Tuesday, December 31, 2013

selamat datang 2014

Assalammualaikum,,,hello 2014 !!!amboih macam baru sangat menulis entri untuk tahun baru 2013,dah 2014 menjenggah.Segala suka duka,pahit manis sepanjang 2013ditinggalkan...Syukur,perancangan bagi tahun 2013 berjalan seperti yang direncanakan dengan izin Allah.

Cerita bab azam memang dah sinonim sangatlah dengan tahun baru...ok azam saya tahun lalu,yg lalu dan yang dah berlalu dengan lamanya  diteruskan lagi,yang mana kurang ditambah dan diperbaiki mana yang boleh.Yang lain lebih kurang saja,perbaiki diri hiasi peribadi. Tapi saya rasa tahun ni kelainan azam saya nak menggurangkan penggambilan gula.Bukan apa,bila usia bertambah keberangkalian untuk mendapatkan penyakit juga bertambah.So tak salahlah kiranya kita menggambil langkah berjaga-jaga.

Tuesday, December 10, 2013

cuti kami. ...

Hai apa khabar semua..hari Ahad dn Isnin kami sekeluarga bercuti ke kota keriangan Genting Highlands....tidak mengambil masa yang lama untuk perbincangan,suami tanya saya "on" saja.memang keriangan sungguh,duit elek pon turun Banjaran Titiwangsa dgn kepuasan yang maksima kerana semuanya enjoy di sana..itu yang penting.

Monday, November 25, 2013

Percutian Tahun Ke 5

Haiiiiii,dah lama tak menulis...banyak cerita,banyak perkara penting yang berlaku tetapi kekangan masa menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas.....Tapi yang sempat tu saya story mory k..

Wednesday, October 23, 2013

sifat kita

Manusia tidak pernah berpuashati dengan apa yang dimiliki,sudah ada yang ini,hendak pulak yang itu,bila ada yang itu nak pulak yang lainnya. Rasanya normal kot begitu,saya juga begitu...heheh. Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.Tapi bukan bererti saya tidak bersyukur tau!!

Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang,cuma ada baik nya juga berfikiran begitu,cuma berpada-padala, sekurang-kurangnya kita tidak terus 'ngaga' menunggu peluang datang kepada kita. Pada saya peluang sentiasa ada di depan kita,cuma kita sendiri sedar atau tidak dengan peluang yang datang atau kita nak ambil peluang tersebut atau tidak, yang ambil positifnya tidak mengapa,tetapi bagaimana dengan manusia yang sentiasa ada perasaan tidak puas hati, dengki, dengan kelebihan yang orang lain miliki????Pada saya tidak baik lah begitu,jika orang itu berusaha keras,bijak mengurus maka dia 'layak' untuk dapat semua tu.Biarlah,sekurang-kurangnya umat islam,bangsa Melayu ramai yang jadi kaya raya dan tidak meminta-minta. Sepatutnya kita yang ambik iktibar dari kejayaan orang tersebut.Belajar dari kejayaan orang lain. Ini tidak sesetengah tu terus suka tengok orang kita jatuh,aihhh pelik,tak baik macam tu k!!!!no.no.no

Rasulullah SAW bersabda,

“Tiga perkara yang tidak akan terlepas seseorang dari padanya, sifat dengki, prasangka buruk dan memandang sial terhadap sesuatu. Maukah engkau kutunjukkan jalan keluarnya. Jika engkau mendengki, jangan melampaui batas. Jika engkau berprasangka buruk, jangan engkau benarkan. Dan jika anda merasa sial, maka teruskanlah1.”
Orang yang mendengki hendaknya melawan perasaan hatinya dengan memuji orang yang didengki, serta memuliakan dan membantunya. Ini adalah cara yang paling mujarab untuk menghilangkan perasaan dengki.

Rasulullah SAW bersabda,

“Janganlah engkau saling mendengki, janganlah membenci, dan janganlah saling bermusuhan.”

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya,
“Wahai anakku, waspadalah dari sifat dengki, karena ia merusak agama dan melemahkan jiwa serta menimbulkan penyesalan. Wahai anakku, tiada bencana yang lebih berat penderitaannya daripada kesombongan. Tiada kesedihan yang lebih menyusahkan penderitaannya daripada kedengkian.”
Itulah sebagian dari penyakit hati yang harus kita waspadai dan kita jauhi. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa–dosa kita, serta membersihkan jasmani, hati dan roh kita. Aminnnnnn.....


 

Monday, August 19, 2013

ceritera raya :: episod 2-Last

syukur ke hadrat Allah S.W.T.Syawal 1434 Hijrah berlangsung dengan jayanya walaupun dalam persiapan yang ala kadar tetapi tetap meriah.Sehari sebelum sambutan hari raya,saya dan keluarga telah sampai ke kampung halaman,bermakna ada sehari lagi peluang berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.....

Tuesday, August 6, 2013

ciritera RAYA ::episod 1

2 hari saja lagi baki puasa pada tahun 1434 hijrah....perasaan bercampur baur,kadang-kala sedih,gembira, dan teruja.Sedih bilamana Ramadhan akan meningalkan kita...mungkinkah ada lagi Ramadhan akan datang untuk kita????In Sya Allah harapannya semoga Allah S.W.T memanjangkan lagi usia kita untuk terus menikmati indahnya bulan yang penuh barakah ini.Gembira dan teruja tu biasalah dah sebulan berpuasa pastinya kita meraikan hari kemenangan kita sebagai umat Islam.Untuk raya tahun ini,awal-awal lagi saya dah request dgn suami nk beraya di Padang Besar...hehe(kampung halaman saya la tu)ada beberapa sebab musabab saya berbuat demikian,pertamanya saya merasakan ayah dan mak saya sudah terlalu tua,jadi apalah salahnya meraikan bersama-sama mereka.Ayah dan mak dari awal lagi sangat bersemangat menyediakan persiapan raya..siap cat rumah,buat langsir baru dengan warna merah menyala-nyala....mungkin dalam hati begitulah semangat mereka...nak beraya bersama anak-anak cucu dan cicit pertama mereka..Sebab keduanya pula,parent mertua keduanya telah tiada jadi tidakla rasanya keterlaluan sangat permintaan saya itu.Syukur.... suami bersetuju.Begitulah sikap saling memahami juga penting bila bab2 beraya nih..Cuma raya kedua pagi balik ke Kedah pula...okla begitu,terus saya setuju!!!!Yeahhhhhh.....

Monday, July 22, 2013

lukisan dari hati BONDA

Ta raaaaaaa!!!!!!inilah yang dikatakan lukisan dari hati bonda yang telah diterjemahkan dalam lukisan mural di dinding Taska Permata Negara Pangsapuri Mesra.Comel tak?????inilah kali pertama saya melukis mural .Contoh gambar tu cikgu dah sediakan,cuma saya perlu lukis dan cat saja.For beginer okla kan,ceeewah puji diri sendiri.Gambar kat bawah ni hasil lusian dari hati  parents lain........ermmmm
 nampaknya jauh lebih comel dari lukisan mural saya!!!!


sisipan minda!!!

Untuk pertengahan tahun 2013,3 buah buku lagi yang dalam proses untuk dihabiskan.Ketiga-tiga buku tersebut konsepnya berbeza,satunya bicara berkaitan keseluruhan kehidupan,hubungan manusia dgn Ya Rab,amat terkesan dengan pengisian buku Bicara Ini Demi Ilahi.Semua sub tajuk dalam buku ini sangat menarik,dan saya tidak sabar-sabar untuk mengetahui isi kandungan selanjutnya.8 BICARA yang diulaskan antaranya:

  • BICARA INI DEMI NURANI 
  •  BICARA INI DEMI AKHLAK 
  •  BICARA INI DEMI ANAK KITA 
  •  BICARA INI DEMI UMAT 
  •  BICARA INI DEMI KITA 
  •  BICARA INI DEMI BAHAGIA 
  •  BICARA INI DEMI HARI PENGADILAN 
  •  BICARA INI DEMI DIA
 Buku selebihnya juga ada daya penarik tersendiri,tidak sabar juga untuk dihabiskan.Buku BAWALAH ANAKMU KE SYURGA lebih memberi fokus dalam membesarkan anak-anak mencintai Allah S.W.T,mencintai Rasulullah S.A.W,mencintai islam,mencintai solat dan mencintai Jilbab.

Buku ke-3 berkaitan Strategi Pemasaran Cara Rasulullah.Banyak membantu saya dalam memastikan BusanaNor Enterprise terus berjaya,Insya Allah.


Monday, July 15, 2013

Puasa Hari ke 6-1434H

Harini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa,syukur!cepat benar masa berlalu....dalam bulan Ramadhan ni semua umat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan,cuba mengaut sebanyak mungkin pahala..manalah tau ini mungkin Ramadhan terakhir kita,Kalau tidak terakhir pun ini mungkin Ramadhan terakhir kita sihat,tidakpon ni mungkin Ramdhan terakhir kita kaya dan semestikan kita akan semakin tua....tetapi saya selalu dan terus mendoakan agar masih ada Ramadhan yang akan datang untuk kita supaya boleh terus menerus kita menokok tambah apa yang kurang,yang tak buat langsung dan mungkin juga menambahbaik apa yang sering dikerjakan dalam bulan yang penuh barakah ini.

Tuesday, July 2, 2013

bila harus memilih!!!

Susah juga bila kita harus memilih,mungkin antara 2,3 atau lebih dari angka itu.Buat masa sekarang saya harus memilih pemborong-pemborong yang memberikan produk berkualiti dan harga yang berbaloi-baloi(tudung,selendang dll) untuk dipenuhkan di booth saya.

Thursday, June 20, 2013

Rezeki di mana-mana!!!

rezeki yang berkat: sedikitnya cukup,banyaknya boleh diagih-agihkan.
Manakala rezeki yang tidak berkat,
sedikitnya tidak cukup,banyaknya tidak puas.
Rezeki yang tidak berkat seperti meminum air laut,semakin diminum semakin haus!!!!!

Rezeki!!!Jika dulu,pemahaman saya tentang rezeki  hanyalah wang ringgit semata-mata,tetapi dalam pertambahan usia yang semakin matang rupanya makna rezeki itu cukup hebat sekali.......

Monday, June 3, 2013

Perasaan itu!!!





Sebagai manusia biasa saya percaya semua orang ada perasaan marah dan dendam.Saya juga sering mengalaminya,dalam bebanyak perkara,kadang kala tanpa disengajakan percakapan atau perbuatan kita mungkin membuatkan orang lain marah,benci,meluat,terasa hati dan seangkatan dengannya.Begitu juga dengan diri saya percakapan dan perbuatan orang lain yang 'lebih kurang' membuatkan perasaan itu lahir dalam diri saya.

Hadiah untuk Diri Sendiri !!!!!


Hadiah sempena hari lahir saya yang 31 adalah perfume!!!bau nya ermmm wangi,HOT seperti namanya Pretty Hot!!!heheh,yang best nya dapat lagi free gift seperti beg,lipstik dan beg make up lg...berbaloi..baloi...

Friday, May 31, 2013

ulangtahun perkahwinan!!!!

Entri kali ni mengisahkan ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang genap 5 tahun hari ni.Sejarah awal perkenalan kami bermula di Pulau Lagenda (Langkawi).Ok la kisah lama kan tetapi kami berkawan hampir 8 tahun kenal sebelum buat keputusan untuk berkahwin.So tolak campur rasanya dah hampir 13 tahun kami berkawan.

Monday, May 20, 2013

Ibu negara ku tercinta!!!

Entri kali ini mengisahkan percutian kami sekeluarga ke negeri penuh bersejarah iaitu negeri Melaka dan Kota raya Kuala Lumpur.Bukan sehari dua baru balik dari percutian tersebut,tetapi dah hampir sebulan.Agak basi dari segi tarikhnya tapi dalam fikiran saya masih segar segala aktiviti dan detik-detik manis kami berlima di sana.

Semenjak berkahwin saya tidak lagi melawat Kuala Lumpur dan Melaka...Hampir 5 tahun yang lalu saya sering ke Kuala Lumpur ketrana belajar di Shah Alam.Satu tempoh yang agak lama.Memang banyak sangat perubahan di kedua negeri tersebut.Diri ini terasa terasa sangat seronok dan teruja,lagila berbangga dengan kepesatan ibu kota.Bagi Negeri bersejarah pula tidak kurang hebatnya,masih seperti dulu,agak tenteram dan sesuai untuk bawa anak-anak beriadah.

sepanjang perjalanan juga tidak pernah boring walaupun hampir 8 jam menyusuri Lebuhraya PLUS,pelbagai cerita dan topik boleh dibualkan bersama,pelbagai cerita antara kami,sepanjang perjalanan pelbagai  topik keluar antaranya komoditi,ekonomi dan politik Malaysia.Hehe kadang-kadang tu bab artis pon ada.Anak-anak dalam kereta banyak tido saja.Letih agaknya dengan perjalanan yang agak panjang bagi mereka.Kadang-kadang dalam fikiran juga mengenang suatu ketika dulu yang selalu berulang-alik dari Shah Alam ke Perlis,masa tu dengan bas Transnasional.Syukurla berulang alik dulu selamat pergi dan balik.Tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh tersebut.Setiap perhentian RnR juga ada sejarahnya tersendiri.Tapi itu dulu,zaman muda mudi.

Berbalik kepada percutian di Melaka,macam biasalah melawat tempat-tempat bersejarah yang sudah sedia terkenal tu,tidak perlu diceritakan lagi kehebatannya.masa itu pula masing- masing mengenang pula time belajar subjek Sejarah dulu.Nama-nama yang dah lama x disebut keluar semula bila sampai ke Melaka.Kata suami dia belajar Sejarah macam baca buku cerita.Menarik dan dia skor juga time SPM.Bagi saya pula,takla skor sangat,sebab dulu bila mula je buka buku sejarah mata saya pon dah ngantuk.Tapi yang bestnya bila belajar sejarah Dunia dan Tamadun Islam di Tingkatan 6 atas dan  6 Bawah.Ermmm masa tu memang agak besar cabarannya,sebab skop dan sejarahnya lebih luas dan mendalam dari yang menengah biasa.

Di Kuala Lumpur pula,jadual kami nak bawa anak-anak naik monorail,KLCC,dan menara Kuala Lumpur,Syukur semua tempat yang dirancangkan kami sempat juga lawati tercapai juga. hasrat nak bawa anak-anak ke situ.Tapi yang bestnya, inilah pertama kali kami ke Menara Kuala Lumpur.best oooo.Tapi yang macam drama tv,saya terjumpa anak saudara yang belajar di UIA di KLCC.Kecilkan dunia ni,Tanpa dirancang kami bersua juga di KLCC pulak tu,rezekila kan.

Lepas ni, In Sya Allah kami akan merancang lagi percutian,tapi entahla kemana pula.Mungkin ke Krabi atau sebelah Pantai Timur.

S.k Berbangga dapat sampai di menara ke 3 tertinggi di Asia dan menara berputar Tamingsari melaka.

Friday, May 17, 2013

Lilin.....

http://www.youtube.com/watch?v=DTrS2JpgLD8

Selamat hari guru buat semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya,beberapa nama yang masih saya ingat -Cikgu Zaiton dan Cikgu Zubaidah (TADIKA Titi Tinggi),Cikgu Osman -cikgu matematik Darjah 3 (SK Padang Besar Utara)Cikgu Musra ,Cikgu Din aka Abg. Din (Cikgu Mate. merangkap jiran sekampung)heheh,Cikgu Mazni (BI-sbb. puji tulisan saya cantik masa di darjah 5)Sir Samsinar ,Md. Zain,Abidin (SK Lubuk Sireh)

Cikgu Asiah (Sejarah)Cikgu Aizon,Anuar, (Mate) (FORM1-3 SM Raja Puan Muda Tengku Fauziah)

Cikgu Maliki (LK)Cikgu Megat,Sir Rosli, (Form 4 dan 5 SM Teknik Arau)

Cikgu Noraini, (6 RENDAH DAN 6 ATAS SM Raja Puan Muda Tengku Fauziah)

Dan lain-lain guru yang mungkin saya tidak mengingati nama kalian namun segala bakti,jasa dan segala pengorbanan kalian sentiasa dalam hati saya selagi hayat masih ada.

Selamat hari Guru juga buat rakan-rakan yang berjaya menjadi seorang guru,saudara mara dan buat suami saya. Teruslah usaha kalian mendidik dan membimbing anak bangsa kita supaya terus berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi yang sudah tiada Al-fatihah buat arwah guru-guru.

S.k -dulu saya suka bila tengok cikgu nyayi lagi GURU MALAYSIA di atas pentas.

3 in 1

Untuk bulan 5 ni saya dan mention dalam entri yang sebelumni,banyak peristiwa penting sepanjang bulan Mei-atau Bulan Jamadilakhir-Rejab dalam bulan Islam.Ya, saya telah dapat hadiah yang dijanjikan begitu juga dengan anak perempuan saya juga dapat hadiah walaupun bukan ada hari-hari penting bagi Nor Auni Syifa'...heheh.xapalah pada siapa lagi nak beli kalau bukan pada anak perempuan yang seorang....Hadiah yang saya dapat katanya merangkumi Hari IBU+Hari Lahir+Hadiah Ulang Tahun Perkhawinan.Ermmm agak budget si dia nampaknya...tapi x perlah....xnak minta lebih-lebih pon!!!!Apa-apa pun terima kasih yerrr,nanti beli lagi.......

Tuesday, May 14, 2013

dah 31 ok!!!!

Arini genap usia saya yang ke 31.Mak saya kata,saya dilahirkan pada jam 7.30 pagi di rumah saja.Syukur alhamdulillah kini saya sudah 31 tahun.Pasti mak juga merasakan begitu cepat masa berlalu dan baru saja melahirkan saya...hehe.Saya juga apa kurangnya,cepat sungguh masa berlalu macam baru semalam saya belajar mengayuh basikal (abag ajar) dan kini saya boleh memandu sendiri.Dari tadika hingga la ke Universiti.Dari bujang hinggala sudah beranak 3.Dan banyak lagila transformasi dalam hidup saya selama 31 tahun ni.

Bagi saya tidak ada apa bezanya harini dengan hari biasa,sama saja,kehidupan diteruskan seperti biasa,cuma hari ini kawan-kawan ramai wish birthday (itupun mungkin dah sedia remain dalam fb masing2)xperla janji ada juga ucapan-ucapan selamat dan sering mendoakan saya.Tapi untuk tahin ni ada juga beberapa ucapan birthday yang mendoakan saya lebih kaya ...errm elok juga tu,harap apa yang saya lakukan dapat juga menambahkan pendapatan yang sedia ada..heheh....terima kasih pada semuanya.Kalau sebelumni unur 30 dan hari ni 31,betullah usia hanyalah sekadar angka.Pada saya,penambahan usia ini,biarlah saya menjadi hamba Allah yang sentiasa menuruti segala suruhanNya dan menambah segala amal ibadat.In sya Allah.

Pada usia ini juga, tangungjawab juga semakin bertambah, dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil,menjadi seorang isteri dan ibu juga,serta sebagai anak membuatkan saya agak tidak keruan jadinya.Setiap hari bangun seawal jam 5.30 pagi,mungkin orang lain merasakan time tu biasa saja.tetapi saya merasakan agak awal sbb sebelumni malas bangun pagi...heheh dan saya merasakan bagus juga sebab banyak perkara saya boleh siapkan sebelum bergerak ke tempat kerja.Semestinya bekal untuk kami berdua telah disiapkan,sarapan telah tersedia ,(kena minum juga sebelum keluar-itu prinsip-heheh),rumah dah siap kemas,anak-anak sudah dimandikan,dan apa sahaja yang rasa perlu dilaksanakan time pagi saya dan suami akan selesaikan sebaik mungkin masa yang ada.Sebab sebelah petangnya,saya tidak mahu membuang masa dengan melakukan kerja-kerja rumah lagi,biarlah masa sedikit yang ada dihabiskan bersama anak-anak setelah seharian mereka di tempat asuhan. tapi saya seronok,amat bahagia dengan kurniaan tuhan kepada saya.Selain tubuh badan yang sihat,rezeki anak-anak dan suami yang baik,ahli keluarga yang baik-baik dan selalu baik,rakan taulan juga baik seadanya dan masyarakat sekeliling agak baik dan memuaskan membuatkan saya semakin bersemangat menjalani kehidupan seharian saya.Jika ada yang jahat-jahat,busuk hati,ada niat yang tidak baik,mintala dijauhkan dari mereka semua dan dari insan-insan di sekeliling saya yang saya sayangi.

Terima kasih keada mak dan ayah yang memebesarkan saya,Ketika saya dilahirkan mak berusia 39 tahun dan ayah pula 49 tahun.Sehingga kini alhamdulillah keduanya masih sihat walaupun ayah sudah hampir 80 tahun dan ada sedikit masalah kesihatan(biasalah orang-orang tua),Saya sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan bagi keduanya.Kalau nak dicatatkan segala kebaikan dan apa yang mereka korbankan tidak tertulis rasanya.Hanya doa saya sentiasa mengiringi mereka berdoa dan berbuat baik sementara mereka masih ada.

Menjadi kebiasaannya saya akan menghadiahkan untuk diri sendiri.Pelik kan?tetapi begitula saya.Jika ada peristiwa penting saya akan 'reward' diri saya sendiri.Rasanya tidak adil jika saya tidak melayan diri saya sendiri.Saya akan belikan apa2 yang saya rasakan berbaloi-baloi buat diri saya.

Pada usia 31 tahun ini,saya berdoa agar saya,keluarga, zuriat serta keturunan saya sentiasa selamat,sihat,diberkati olehNya dalam apa juga perkara yang saya lakukan dan semua la yang terbaik untuk saya dan keseluruhannya,ahli keluarga,rakan-rakan,sanak saudara,jiran-jiran,dan seluruh umat Islam di buma bumi ni,ha senang!!!!

s.k mana hadiah cincin nih????

Friday, May 3, 2013

Tak Mau jadi Lalang!!!!

Ya Allah semakin hampir PRU 13 semakin berdebar rasanya diri saya.Macam nak perang pon ada.Debaran pembuangan undi lebih hebat lagi dengan pelbagai kempen.Bagi PRU kalini, pihak pembangkang mempunyai lebih banyak saluran berbanding dulu.Dengan adanya teknologi terkini,pelbagai maklumat dapat disampaikan dengan cepat.Inilah cara kempen alaf baru.Tidak seperti dulu,proses berkempen hanyalah melaui media massa dan ceramah politik je.Kadang-kadang bila fikir-fikirkan semula ada juga betulnya kata-kata mereka.Kadang-kadang saya rasa dalam pembangunan yang serba moden ini,di sebalik kebenarannya Malaysia sebuah negara yang banyak rasuah,keje mengeji,bersumpah yang tah hapa-hapa.Arghhh saya sudah terlalu bosan dengan semua ini.Terlalu banyak rasanya dan dah macam nonton wayang.Pelakon-pelakon tersebut makin rancak menjayakan watak masing-masing.Sampai bila pula kita harus begini.Saya rasa perubahan yang akan berlaku amat drastik tetapi tidak mengapalah jika itulah kebenarannya, saya REDHA.

Ya betul,TEGAKKAN KEBENARAN walaupun pahit.itu pesanan Rasullullah.Ramai yang tidak sanggup untuk menyampaikan kebenaran kerana cabarannya terlalu hebat.Bagi sesetengah orang pula ,mungkin tidak boleh menerima kebenaran kerana kebenaran itu walaupun benar namun adaklanya akan menjatuhkan air muka.Bagi yang menyampaikan kebenaran pula,mereka terpaksa melakukannya walaupin pahit.(Mungkin seperti keadaan kita sekarang!!Harap faham).

Sekarang saya tidak risau lagi seperti dulu,kerana mereka dari pihak yang lagi satu adalah oang-orang hebat,berpendidikan tinggi dan dikenali,dan dengan adanya 'mereka semua' semoga mereka tidak lali dan lalai jika amanah dan mandat diberikan kepada mereka.Semoga agama,bangsa dan negara kita terus aman dan jayanya,yang paling penting agama Islam terus dipertahankan dan hak-hak orang melayu bumiputera tidak terus dilupakan.

Kalau kita sayangkan agama dan bangsa kita marilah kita membuat perubahan ke arah kebaikan.

sk:mulakan pembuangan undi dengan Bismillah,In Sya Allah semuanya akan baik-baik belaka.Undi adalah rahsia!!!

Tuesday, April 30, 2013

Selamat sampai Mei

Tup -tap tup-tap dah 4 bulan kita di tahun 2013,cepat sungguh waktu berlalu.selama 4 bulan yang lepas alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna.Bulan Mei menjengah tiba,rasanya banyak juga agenda-agenda yang istimewa saya dalam bulan Mei.hehhe.Tarikh-tarikh penting tersebut telah siap ditanda di kalender peribadi.

Dimulai dengan 1 Mei -Ya esok Hari Pekerja.Hari yang ditunggu-tunggu,hari bercuti umum.Tema hari pekerja untuk tahun ni Pekerja Pemangkin Transformasi Negara.Betul tu,walau sekecil-kecil jawatan kita hingga ke besar-besarnya kita mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas kita dengan sebaik mungkin.Amanah yang diberi tak boleh kita sia-siakan.

Saya seperti biasa terus menerus menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja sebaik yang boleh walaupun jawatan yang disandang tidak sebesar mana dan tidak sepenting mana.Kadang-kadang golongan pekerja kontrak for services  macam tidak diperlukan.Tak apalah,yang penting segala tugasan yang diberikan disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.tidak kiralah apa juga status kita itu 'konsep' saya.Tetapi selagi khidmat masih diperlukan saya sentiasa bersemangat meneruskan dan berdoa agar akan adanya perubahan yang lebih positif dalam kerjaya saya suatu hari nanti dan saya terus berjaya.

Bagi seluruh pekerja yang masih berkhimat walau dengan agensi mana sekalipun selamat hari pekerja di ucapkan.Semoga terus semangat dan selamat dalam menjalankan tugas masing-masing.Bagi yang telah berpencen,khidmat anda sebelum ini,sentiasa dan akan terus dikenang!!!Bagi yang belum bekerja atau masih mencari-mencari peluang pekerjaan bersabarlah dan teruslah berusaha ke arah tersebut.Bagi saya rezeki di mana-mana selagi kita terus berusaha untuk mendapatkannya In Sya Allah akan dipermudahkan olehNya.

Rezeki bukan hanya sekadar wang dan kerjaya tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan,Nikmat kesihatan, suami/isteri, anak-anak,  ketenangan fikiran,  rasa mencukupi walaupun sedikit dll adalah rezeki Allah.(ayat bos saya hehehe.Terima kasih En....)


-5 Mei-Pilihanraya Umum ke-13

-13 Mei-Hari Ibu

-14 Mei -Hari Lahir Saya

-16 Mei- Hari Guru

-31 Mei-Ulangtahun Hari Besar saya!!!!!

s.k semoga bulan Mei terus membawa kebahagian buat diri ini


Thursday, April 25, 2013

Semakin Dekat semakin Hangat!!!

Semakin dekat dengan PRU13,semakin hangatla kempen-kempen yang dijalankan,poster,replika-replika yang menarik juga menghiasi warna-warni sepanjang tempoh berkempen yang bersisa beberapa hari sahaja lagi.Handphone saya juga dihujani dengan pelbagai SMS yang berbaur fitnah dan saling mengata antara satu sama lain.Tak baik la kan macam tu.sudah cukup sudah,letih dah rasanya,cepat-cepatla undi dan kita bekerja seperti biasa.mudah bukan???
                          
Dalam kekalutan kita dalam beberapa hari ini sebelum tibanya pilihan raya tiba-tiba saya teringat semula lagu-lagu yang patriotik yang membangkitkan semula semangat kita.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

sk:Teringat masa di UiTM dulu



Tuesday, April 23, 2013

Susu Ibu vs Susu Tepung

Tidak perlu dipertikai lagi sememangnya susu ibu atau susu badan adalah yang paling terbaik,tetapi tidak semua yang dapat sepenuhnya bf ni,Bagi saya  dan wanita lain yang bekerja agak sukar untuk bagi susu badan sepenuhnya.Untuk anak pertama  dalam 2 bulan saja menyusu badan.Kasihan Syifa' minum susu Dumex.fur'qan pula dalam 6 bulan bf,itupun siang hari sepenuhnya susu tepung Babylac.Faqih juga menyusu badan sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Faktor utamanya anak-anak sekejap je bf adalah kerana saya pekerja kontrak,xboleh cuti lama dan cuti bersalin pon tanpa gaji.So terpaksa la anak-anak diberi susu formula.Tapi bagi ibu-ibu yang bersungguh-sungguh dalam bf boleh perah susu di tempat kerja.Mungkin faktor 'malas' hehe dan x bersungguh-sungguh dalam usaha murni ini membuatkan usaha perah susu di tempat lerja tidak kemana.Kini Syifa' dan Fur'qan sepenuhnya minum Ducth Lady 123,lepas ni in sya Allah 456 pula. Anak- anak pon suka dan harganya juga amat- amat berpatutan.Maklumla harga susu sekarang boleh tahan harganya. Sebenarnya susu formula yang mahal tidak semestinya bersesuaian dgn anak- anak kita.Lagipun DL mengandungi nutrisi yang lengkap.So sebagai ibu bapa kita pilihlah yang terbaik buat permata-permata hati kita!!!!http://www.smartmoments.com.my/

Monday, April 22, 2013

Bila Diri ini Berhutang-PTPTN-


Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” 
(HR. Ahmad)
Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)


Entri saya kali ini menyingkap isu berkaitan PTPTN,syukur alhamdulillah sehingga hari ini saya masih lagi berusaha untuk menjelaskan saki-baki hutang yang ada,walaupun baki hutang masih banyak tetapi diharap usaha yang berterusan akan melangsaikan juga segalanya suatu hari ini.In Sya Allah.

Pelbagai pendapat berkaitan isu PTPTN,ada yang mau bayar,dan lagi-lagi ramai yang dah bagi keputusan muktamad x mau bayar.Tetapi bagi saya KONSEPnya amat mudah,bila dah  meminjam tu pandai-pandaila membayar semula.

Pengurangan kos pentadbiran dari 5% kepada 3 % juga telah banyak mengurangkan bebanan untuk melunaskan hutang peminjam.

Diharapnya sesiapa sahaja yang merasakan dirinya masih lagi ada hutang (bukan sahaja dengan PTPTN) diharapnya sama-samalah kita selesaikannya.Jika kita tidak membayar hutang bagaimana nanti nasib anak-anak bangsa pada masa hadapan.Tidak adil rasanya jika mereka pada masa hadapan tidak dapat merasa nikmat tersebut.Jangan pentingkan diri sendiri ok!!!!

sk: ingat memperingati sesama kita amalan mulia...


Thursday, April 18, 2013

PRU13

Insyaallah untuk PRU 13 kalini,dah kali ke-2 saya mengundi.Berdebar dan tak sabar menantikan saat itu,saat pembuangan undi dan lebih-lebih berdebar lagi menantikan keputusan PRU 13.

PRU kali ini dianggap paling mencabar dan paling dashyat dalam sejarah Malaysia rasanya la kan?Sudah 5 tahun berlalu,begitu cepat ,jika mengundi buat kali pertama saya masih lagi seorang pelajar UiTM,bujang,kini dalam tempoh 5 tahun tersebut saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Begitu juga dengan kerajaan yang telah dipilih dan diberi mandat dalam PRU12,terus rancak merencanakan pembangungan negera dalam setiap aspek kehidupan rakyat dilakukan supaya Malaysia terus maju dan makmur dan terus mengekalkan rekod cemerlang seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi satu pihak lagi,yang terlalu teringin memerintah negara yang tercinta ini,aishh susah juga nak cakap,terlalu takut juga rasanya jika perubahan yang terlalu drastik yang akan memusnahkan apa yang telah kita bina sebelum ini.Bagi saya pihak yang lagi satu 'tu',saya lihat mereka bukan lah pihak yang hendak bersama-sama membangukan negara ini,sebaliknya mereka hanya ingin memusnahkan apa yang telah kita bina dan membina sesuatu yang baru dan yang belum tentu pasti.Kita wajib ingat,membina sebuah negara bukanlah semudah yang disangka dan diangan-angankan.

Suami saya, orang sekeliling selalu kata cubalah TUKAR, 'negara lain boleh je tukar pemerintah berbeza'.Bagi saya Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri.Malaysia sebuah negara yang 'kompleks dan agak rumit' ,berbagai bangsa dan agama yang menjadi penghuninya.Politik kita juga berbezaJadi tak perlulah kita nak membandingkan dengan negara-negara lain seperti Jepun, China dan Amerika.Malaysia adalah Malaysia.Bagi negara-negara tersebut,walau sesiapa sahaja yang memerintah dan berkuasa contohnya di Jepun,mereka tetap bangsa Jepun yang satu dan sama.Punya visi dan misi yang sama.Bagi Britain pula,walau sesiapa sahaja yang memerintah, dasar-dasar teras negara,matlamat dan polisi mereka tetap sama dan mereka terus mempertahankannya.Berbezakan dari kita,yang hanya ingan merubah apa sahaja yang mereka fikirkan tidak betul.

Bagi saya,tetap dengan pendirian saya,walau apa juga juga kempen,bisikan serta hasutan yang datang biarlah saya dengan ketetapan diri saya ini, berila peluang anak-anak pada masa akan datang turut merasa apa yang telah saya rasa sebelum ini,Biarlah mereka hidup dengan aman kerana merekalah pewaris negara kita.Pastikan pilihan kita pada 5 Mei 2013 adalah pilihan yang bijak,tepat dan berbaloi.Ingat keputusan yang dibuat bukanlah untuk sehari dua,sebulan dua,tetapi untuk tempoh 5 tahun akan datang!!!Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Selamat mengundi buat semua!!!!



p/s;Jika ada salah silap sama-sama kita betulkan

Friday, April 5, 2013

Jadi Cikgu Permata!!

Syarat kemasukan anak ke Sekolah PERMATA,parent diwajibkan luangkan masa 4 jam dalam sebulan bersama -sama anak dan tenaga pendidik.Untuk bulan Mac(baru update)saya seorang je yang berkesempatan ke sekolah sebab suami kerja.Saya memang teruja nak menjaga 9 orang,termasuk 2 orang anak sendiri.Kebetulan seorang guru pada hari tersebut bercuti.

Sebenarnya bukan perkara yang mudah nak menjaga dan mendidik anak-anak kecil,berbagai macam kerenah mereka.Syukur,tugas yang diberikan pada hari tersebut berjalan lancar walaupun hanya sebagai pembantu tadika.

Dari situ,barulah kita tahu bagaimana para guru dan pembantu menjaga anak-anak semasa kita berkerja.Moga-moga lebih banyak sekolah PERMATA ditubuhkan,bayar lebih pon ok,sbb sangat berpuas hati dengan TASKA PERMATA!terima kasih!!!

Ohhh my TOMMY HILFIGER!!!!

Baru-baru ni tetiba pula rasa teringin nak mengenakan kaca mata hitam,mungkin keadaan cuaca yang agak panas menjadi faktor pendorong untuk mendapatkan kaca hitam.Kalau ikutnya memang suka jenama Esprit,tapi dah terjumpa yang ni pon kira okla.Bertambah lagi dgn potongan harga yang menarik minat saya!!! faktor harga amat penting,hehe.

So terima kasihla kepada en.suami yang menjadi penasihat tetap dalam pemilihan setiap barangan,hehe,tq

Tuesday, March 19, 2013

Permata Negara

syukur Alhamdulillah,anak pertama dan kedua dapat masuk permata perpaduan Pangsapuri Mesra Daerah Timur Laut Penang.Setiap hari anak-anak bersemangat ke sekolah,cikgu-cikgu pon amat ok dn berkelayakan menjadikan proses pembelajaran lebih baik dan menyeronokkan.

Paling berpuas hati apabila aktiviti anak-anak dicatatkan dalam buku laporan pada setiap hari.Segala aktiviti,menu harian dan perkembangan anak-anak khas disekolah dicatat. Jadi kita sebagai ibu bapa tak boleh lepas tangan macam tu je,balik check semula aktivi anak- anak di sekolah.

Cuma saya belum lagi berkesempatan meluangkan masa selama 4 jam dalam sebulan yang perlu dihadiri oleh ibu atau bapa.Itu adalah salah satu prosedur yang wajib dipatuhi oleh pihak permata.

Terima kasih kepada penaung Permata Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya Projek Perintis PERMATA Negara ini.


p/s:saya MESTI pilih,,,,hehe

Tuesday, March 5, 2013

Lahat Datu oh Lahad Datu!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tindak akan membiarkan kedaulatan dan keamanan negara tergugat oleh sesiapapun.

"Oleh itu sebagai ketua kerajaaan saya mengambil keputusan, masa untuk kita memberi apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita bertindak dengan segala kekuatan yang kita ada.

"Soal kedaulatan dan keamanan kita tidak akan biarkan tanah seinci pun digugat, dinodai oleh sesiapapun," katanya bagi memberitahu perkembangan terkini serangan pasukan keselamatan di Sabah.

Mengulas lebih lanjut mengenai serangan pasaukan keselamatan Malaysia pada pagi ini, Najib berkata:

"Berita terkini bahawa pada pukul 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan operasi besar-besaran untuk menumpaskan pencerobohan di Lahad Datu.

"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya.

p/s: Ya Allah selamatkanlah semua Pasukan Keselamatan Malaysia, selamatkan bumi bertuah ini...amin

Monday, February 18, 2013

cerita kosong

Sudah lama tidak menulis di ruangan ini,kesuntukan masa dalam urusan seharian menyebabkan sekejap saja masa berlalu.Rasanya baru semalam saja 2013,rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Februari.Bukan mudah untuk menjadi insan yang terbaik,tetapi sekurang-kurannya aku terus berusaha ke arahnya.terutama memperbaiki hubungan dgn Pencipta Yang Maha Esa.

Seperti biasa setiap hari rutin harian,pagi-pagi bangun memasak,hantar anak ke nursery,menguruskan urusan pejabat,petang dijemput atau menjemput sang suami bersama anak-anak.Bila hujung minggu pulak hang out bersama keluarga itu adalah aktiviti wajib kami saban minggu.

Tapi cuti CNY lepas,kami pulang ke kampung,cuti umum yang jatuh pada hujung minggu menjadikan cuti berpanjangan hingga ke hari Selasa.Walaupun hanya 2 malam sahaja di kampung sendiri,diri ini bersyukur dan puas masih boleh bersama-sama orang yang disayang.Jika nak berseronok di kampung balikla semasa mak ayah kita masih ada.Jika mereka sudah tiada,tiada apa lagi yang istimewa di kampung halaman sendiri.Aku bersyukur ayah masih lagi sihat walaupun di akhir usia 70an,masih lagi mampu memandu kereta dan mendukung anak- anak ku,walaupun semasa aku dilahirkan ayah sudah berusia 49 tahun....Terima kasih Allah,,,

Friday, January 18, 2013

cerita hari ke- 56

Nor 'Abdurrahman Faqih bin Norisyam,itulah nama kepada putera ke-2 kami,merangkap anak ke-3 kami,,,,baru berusia 56 hari semasa entri ini ditulis...doa bonda semoga anak-
anak bonda akan menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat,saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.
Dan segalanya hanya yang terbaik utk anak2 bonda....insya allah








sk:semoga blog ini masih releven digunapakai pada masa akan datang,,,





Tuesday, January 15, 2013

Buku Tahun baru!!

Ok untuk tahun baru ni,azam dalam membaca juga harusla ditambah baik dari sebelum ini.Rasanya terlalu lama masa untuk menghabiskan sesebuah buku tidak seperti dulu,alasan yang paling utama adalah 'internet'.ber Facebook Twitter,IG,Viber,Skype.Buku pertama untuk tahun ini adalah 100 Pesanan Terakhir Rasulullah.


p/s;anak saudara kata saya positif!!!

selamat tahun baru!!!

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2013,bila bercakap soal tahun baru pastinya tidak terlepas berbicara mengenai topik AZAM,untuk tahun 2013 azam saya menjadi lebih baik dari tahun sbelumnya,dan yang lebih penting lagi azam ni di 'update' setiap hari,supaya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.

Sebagai insan yang lemah,saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri,anak-anak zuriat dan kerurunan,ahli keluarga,rakan taulan,jiran tetangga dan keseluruhan umat sentiasa dilindungi  dan dirahmati olehNya.Selain itu juga hubungan sesama ahli keluarga,rakan taulan menjadi semakin akrab,dan yang lebih penting hubungan dengan Pencipta juga terus menerus dan semakin baik,insyaallah.mudah dan ringkas saja azam saya,tetapi ianya menyeluruh dalam segala aspek kehidupan seharian,sebagai seorang isteri,anak,ibu,pekerja,dan semestinya sebagai seorang hamba AllahS.w.t.


Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...