Wednesday, October 31, 2012

selamat hari raya korban

cepat masa berlalu,macam baru saja lagi ayah dan mak ke Makkah menunaikan haji.Rupanya dah setahun masa berlalu.Raya Aidiladha 1433 kami beraya di Kedah,biasa-biasa sahaja sambutan,mungkin beraya dtanpa mak ayah serta ahli keluarga yang lain,lepas sembahyang raya,seperti biasa menziarahi pusara ahli keluarga suami,selepas itu kami makan di R&R Gurun.Terkejut bila sampai di sana begitu ramai orang di R&R walaupun hari raya.Sebelah petangnya kami terus bertolak ke rumah mak dan ayah di Perlis.Selesai sudah sambutan Raya Korban pada tahun ini....

Tuesday, October 23, 2012

ISO oh ISO

Mingguni merupkan minggu yang agak sibuk bagiku,terpaksa menghabiskan filling yang masih berbaki serta mengupdate apa2je berkaitan analisa sebelum di audit minggu depan serta menunggu masa untuk bersalin pada bila-bila masa saja ku kira walaupun tarikh due hampir sebulan lagi.Setakat blog ni ditulis alhamdullillah hampir 60% siap!!!Hope dapat disiapkan sebelum tarikh audit.

Monday, October 22, 2012

cerita hari minggu

keluar jam 11pagi hingga jam 7.30  mlm,,haha itula masa yang diperuntukan untuk anak-anak pada 21.10.2012.Memang best dr quensbay ke Tesco Extra ke Tesco Jelutong.Pada mulanya cari sport shoes dan track suit syam kt Al-Ikhsan,syoping di JJ,then minum dulu di JCO,ermmm abis sudah ngidam selamani!!!,dapat minum Hot Lattee.

Tuesday, October 16, 2012

bahan bacaan hari ini.

dah masuk hari ke-4 dalam usaha menghabiskan buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar.Baca buku ni terus jadi kita bertambah positif dn diharap akan berterusan pada hari- hari mendatang.Insyaallah!!!

Monday, October 8, 2012

perihal sambutan hari lahir anak ke2

sambutan hari lahir kali ke2 amatla sesimple yg boleh,hanya kek setengah kilo yang bgambar Ultramen menjadi pilihan Syifa',walaupun yang dirai adalah fur'qan,hehe.Apa2 pun aku bersyukur anak2 suka itu yang penting.upacara potong kek adalah pada 5.10.2012 selepas isyak.ITulah sebabnya semua sudah berbaju tido bagai.


Sambutan birtday berterusan ke esok harinya,cewah kalini bawa anak2 mandi di kolam renang Taman Belia.Walaupun pada mulanya furqan agak takut dan mungkin juga terasa gayat dlm air (seperti abahnya) itu hanyalah seketika sahaja.lepas tu tak mau keluar dari kolam pula,alahai Fur'qan,...



Thursday, October 4, 2012

Selamat Hari Lahir Nor Abdullah Fur'qan

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin
Selamat ulang tahun yang ke-2 buat anakku Nor Abdullah Fur'qan - with
Norafiza Othman
Nukilan dari Suamiku:Norisyam Mohammad

Wednesday, October 3, 2012

cerita raya,,,,

walaupun Syawal 1433 telah berlalu,baru hari ni nak update citer-citer raya.Pada tahun ni,giliran beraya di kampung laman sendiri bersama parent serta ahli keluarga amatla meriah rasanya.Bukan beerti beraya di kampung suami tidak meriah,tetap bila parent mertua keduanya sudah tiada menyebabkan tiada apa2 lagi istimewanya beraya di kampung suami.Bila ingat macamni,aku terfikir sejenak bagaimanakah perasaannya bila suatu hari mak ayah pula meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.Pastinya ketika itu Syawal aku mungkin tidak bermakna juga....

Pada tahun ni yang lebih istimewanya,anak saudara dan isteri yang baru berkahwin pun turut beraya di kampung halamanku,Bertambah meriahla keluarga kami .

Pagi Syawal seperti biasa aku dan keluarga akan ke masjid,samaada menunaikan solat sunat Aidilfitri ataupun tidak,aku kira inilah kewajipan aku pada setiap pagi Syawal,insyaallah akan kuteruskan dan turunkan kewajipan pada anak-anakku juga.

Tradisi masjid di kampungku selepas solat,akan diadakan upacara sedekah duit pada kanak-kanak.Aku rasa tradisi sebegini tiada di lain masjid.Seingat aku tradisi beri duit raya sejak aku kecil lagi...

Di kesempatan ini,aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.mungkin ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris hati dan perasaan.

p/s:Al-Fatihah buat insan yang telah tiada....

permata hati bonda dan abah

ntahla kenapa harini rajin pula nak menulis blog,walaupun tak ada citer yang menarik tapi mungkin pembawaan baby menyebabkan aku rajin pula untuk menulis.dan alasan lain,mungkin pengaruh dari pembacaan blog kawan-kawan.ok juga harap-harap anak dalam kandungan suka dan minat dalam bidang penulisan,insyaalah.ermm ok juga kan....


inilah masa yang syifa dan furqan tunggu-tunggu,Saat dapat bermain bersama maklumla saban hari masa banyak dihabiskan di nursery.Tambahan pula sekarang syifa dah pandai berkata-kata walaupun ada sesetengah perkataan syifa masih sebut dalam pelat tersendiri.Harapnya syifa akan dapat cakap dengan lancar sebelum menjangkau usia4 tahun pada bulan 3 tahun depan.



saat menunggu

entri  kalini nak cerita saat-saat menunggu kelahiran anak ke 3,perasaan takut dan teruja mudah kata speechless adalah perkara biasa bagi semua ibu mengandung.mungkin si suami juga merasa getarnya,bagi anak2ku nor auni syifa' dan nor abdullah fur'qan,bonda tetap dan amat sayangkan anak-anak bonda.pada saat entri ini ditulis kandungan telah masuk minggu ke32,bermakna ada lagi 8 minggu sebelum kami sekeluarga menyambut orang baru dalam keluarga kami.

Aku sentiasa berdoa anak yang bakal dilahirkan akan sihat sempurna fizikal dan mental,buat syifa dn furqan doa untuk kalian juga tidak pernah putus-putus semoga kalian panjang umur,murah rezeki,sihat,dan menjadi anak-anak yang hebat di dunia dan akhirat.

Buat suami,aku senriasa juga mendoakan yang terbaik agar hubungan kita akan terus berkekalan hingga akhirnya dan sentiasa diredai olehNya.Semakin hari semakin sayang.


Aku sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan anak-anak yang menambah lagi seri dalam kehidupan ini.Semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga. Amin.....

Tuesday, October 2, 2012

cucu sedara sulung

29 September2012,saya mendapat cucu saudara sulung,so pangkat jg telah bertambah kepada tok su,tahniah kepada anak saudara mohd farhan ashran dn ruzana dgn kelahiran Nur Qalisha Farhana.

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...