Friday, December 26, 2025

Genting Highland 4.0

 Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat

 tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa cuti tak la banyak sangat dah.

3 tempat pilihan antara Batu Feringi, Bukit Merah atau Genting Highland.Akhirnya Genting dipilih.Selama usia perkahwinan ini adalah kali ke 4 kami sampai ke sini, pertama masa menggandungkan kak yong, kedua semasa ada anak 3...ke 3, 2 tahun lepas  dan ini adalah yang ke 4.

Pelbagai perubahan fizikal Taman Tema yang dilihat, tetapi agak ralat sebab kami tak tahu kena buat tempahan  awal untuk setiap permainan, mulanya ingatkan diaorang beli tiket untuk fast lane.kami terpaksala menunggu hampir 2 jam untuk satu permainan yang hanya ambil masa 5 minit.bertabahlah.....last- last dah nak balik baru tahu...masa tu pulak slot banyak dah penuh.

Syukur anggap ja itu rezeki kita dapat bermain untuk kali ni..moga-moga semuanya jadi kenang-kenangan buat kami dan anak-anak pada masa depan.

Penginapan kami di Midhills sama dengan kami datang sebelum ni, ok juga kawasan ni..dekat dengan kedai-kedai makan, kolam renang pon besar.

Alhamdulillah buat kenangan pahit dan terindah 2025 dan tahun - tahun sebelumni.Semoga kita semua sihat, anak-anak ditakdirkan takdir yang lebih baik dari bonda dan abah, dan segala kebaikan bagi kita dunia dan akhirat.

Entri ni separuh ditulis di Tingkat 10 Midhills dan separuh lagi disambung di Kompleks Sempilai..

Salam Jumaat terakhir 2025 moga banyak keajaiban berlaku dan doa2 yang terbaik buat kita diangkat.

2025 antara suka dan duka....

Nukilan Bonda

Zohor Jumaat.


Tuesday, December 16, 2025

Sisa 2025

 Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak kekurangan...Alhmdulillah syukur dalam kekurangan masih terselit kebahagian, kegembiraan dan pelbagai cerita gembira dari pencipta yang adil segalanya.

Semoga segala proses ujian terselit banyak hikmah buat diri sendiri, cerita sedih terus bermuhasabah diri yang terlalu banyak kekurangan, ikutkan hati dan pelbagai rasa yang terus disimpan di sudut paling dalam biar dia di situ dan moga jalan ini Allah ampunkan segala dosa silam.

Moga tahun seterusnya hati lebih tenang, segala takdir berubah menjadi lebih baik mengikut aturanNya..

Buat semua, ketahuilah tiada salah silap kalian buat diri ini, semuanya dimaafkan.Tidak pernah simpan di sudut hati..hanya manis-manis yang terus bersemi hingga ke syurga nanti...Amin.Semoga keajaiban berlaku, tiada daya lagi menanggung semua ini dan kekuatan yang ada hanya semata keranaNya..jika tidak ntahlah diri ini dimana..malu dengan semuanya.Moga Allah ampunkan segala dosa..dan dosa sesama makhluk juga mereka maafkan dan halalkan semua ...itu harapan sebelum nyawa diambil semulašŸ¤

Sayang Semua

16 Disember 2025

Kompleks Sempilai

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...