Wednesday, February 29, 2012

Telefon Bimbit


P1i


G900





Samsung Wonder

Sejak dari Jun 2008,telefon Sony Ericsson model P1i menjadi pilihan,ingat lagi masa nak beli hp ni pusing-pusing satu Kompleks Bukit Jambul (BJ) dengan abang, last2 hp P1i menjadi pilihan. sebelum beli memang xder buat review langsung pasal hp ni main beli je.. bagus phone ni kira user friendly la....dari segi body,display,camera,features kiranya saya amat berpuas hati...berbaloi dengan harga yang dibeli time tu around RM1400 cam tue la.

Tapi lately handphone kesayangan ni macam dah blur2 sket kadang2 msg xdapat bila dah off, on semula berderet msg masuk.mungkin dah sampai usia matang hp ni setelah hampir 4 tahun menggunakan khidmat P1i.Tetapi sepanjang tempoh penggunaan handphone tersebut hanya 2 kali je dibawa ke kedai untuk dibaiki,cuma masalah nak charge je..elektrik xmasuk.yang lain semua x der masalah walaupun hp tu kadang-kala dibaling macam bola oleh fur'qan atau syifa'.

Bermula semalam 28 Februari 2012 saya nekad nak tukar hp, tapi bukan hp baru la, hp suami yang dia dah x nak pakai sebab dia dah beli hp baru Samsung Wonder. Tapi ok lagi hp ni...cuma x secanggih P1i.Terima kasih P1i dan P1i tetap menjadi pilihan hati setakat ni, dan sehingga sekarang juga xder lagi cita2 nak pakai smartphone....pada masa akan datang insyaallah....

Wednesday, February 22, 2012

Tribute buat Allahyarham Sudirman

Pada hari ini genap 20 tahun Dato' Sudirman Haji Arshad DIMP, JMN, AMN, AMP (25 May 1954 – 22 February 1992) meninggalkan kita semua.Walaupun begitu lagu2 nyayiannya masih lagi segar untuk didengar,Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.Wauu hebat sekali.Lagu-lagu beliau sesuai untuk semua golongan masyarakat, pekerja kilang,penganggur,jururawat (Jamilah), pelajar (Pesan abang).
SayaKata pada entri kali ini menyenaraikan lagu-lagu yang paling diminati antaranya:


31 Ogos, bapak dan warisan (kategori patriotik) dan nilai cintamu...

                            Al-Fatihah untuk Arwahyarham Dato'Sudirman Hj. Arshad



Tuesday, February 21, 2012

Khas Buat Wanita Bernama ISTERI!!!

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.

Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Khas Buat Lelaki bernama SUAMI !!!

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.

Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik.

Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah.

Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpin masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.

Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta.

Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.

Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!

Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.”

Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.

Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”

Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.

Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu. Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w.

Monday, February 13, 2012

takziah

Takziah kepada abang dan keluarga di atas kehilangan anaknda Allahyarham Abd. Mujib Bin Suhairi pada 3 Februari 2012 ,Bersamaan 11 Rabiul Awal 1433 , Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah....

Thursday, February 2, 2012

nursery

pagi ni hantar syifa' ke nursery,sian nengok budak2 kena tingal dengan mak bapak..masing-masing bersandar di tepi dinding dengan mood baru bangun tdo dengan cara paksa. MESTI bangun bila dah sampai pintu nursery.Kadang-kadang terfikir juga diri sendiri dijaga oleh mak sepanjang masa,belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading.ada ijazah sarjana muda walaupun bukan Ijazah 1st class, Now,anak pula ditingalkan dengan orang lain,hampir 9 jam membesar di depan orang lain dan bukan di depan mata ibu bapa sendiri. Bila dah balik rumah sama-sama penat,anak2 pun time nih la nak tunjuk perangai merengek ndak itu ini.....pastu anak2 pun tertido. Berapa jam je kita spend time untuk anak2 kita setiap hari?????renung2kanlah

Wednesday, February 1, 2012

PenyeRI Hidup



sepanjang tempoh tersebut juga dah ada 2 orang anak comel2. Sekali lagi syukur kepadaNya, tak lupa juga kepada suami yang ok dan kuangap lebih pada kawanla..so lebih senang untuk berbincang dari segala hal, politik,filem,drama,gosip2 yang vass gitu dan macam2 lagi, xlupa juga rakan kongsi niaga....amat begitu senang dengannya...

Begitu cepat masa berlalu,macam baru je kawin semalam....bilik pengantin kat kampung masih sama macam ari kawin....saja kononnya nak jadikan kenanganla...

Syukur alhamdullillah....

KenanGan


terima kasih kobeng (abang)


Setelah sekian lama x menulis ..so macam2 citer nak citer dan rasanyanya x abis kalau nak cerita segala-galanya....tapi ringkasannya sepanjang tempoh tersebut segala pahit manis dapat diharungi dengan baiknya, mungkin dorongan kuat dari keluarga menjadikan semuanya berjalan dengan mudah serta x lupa juga doa yang x pernah putus2....


Ringkasan peristiwa penting sepanjang tempoh tersebut......

Pindah rumah
Time mula-mula live kat penang nih masa mula-mula kawen kami nyewa dulu kat flat Sri Wonder, biasalah kat penang mana nak ada rumah teres kan, so pilihan yang ada dan sesuai dengan gaji adalah rumah flat....tapi nyewa kat cni memang mahal la...rumah 506 sf RM400+50 for parking...bayangkanlah kalau time ramai famili datang agak besesak2 jugala dengan 2 bilik dan 1 br. Tapi yang best dan berbangganya famili x putus2 datang ke rumah comel kami...hahaha. Syok la tu rumah kami....

Hampir 2 tahun juga menyewa di Sri Wonder, bukan xder niat nak beli rumah tapi lokasi,price perlu di ambil kira...bukan senangkan nak beli rumah...tapi alhamdulillah selepas mencari turun naik apartment dan boleh dikatakan rumah tingkat -yang ada kat area georgetown ni semuanya kami dah p tengok via tuan rumah ataupun ejen..tapi semuanya macam ada x kena...macam xder ikatan kimia la dengan kami rumah2 yang kami tengok tu..

Last2 lepas lahir anak ke 2 time kat kampung...si syam (panggilan untuk suami) call kata dah ada rumah yang ok dan ok la...Price RM120k 3r and 2 br..ok la kan???? korang janganla bandingkan dengan rumah kat sebarang memang x dapatla kat island price dan rumah cam gitu...lepas dah survey2 ,tengok2,tanya2,ok price dan lokasi...dekat dengan Masjid,Pasar,kawasan orang Islam ,walaupun bukan melayu sepenuhnya,kami bersetuju nak beli rumah tu... itu merupakan faktor yang perlu ada dalam pembelian rumah kami.

Proses pembelian mengambil masa yang agak lama... berurusan dengan Bank Islam,agak slow (maaf bukan bermaksud apa2),lepas tu dengan loyer juga dengan orang melayu-Islam (agak slow juga) kami agak sedihla time tu sebabnya dengan niat nak tolong melayu tapi macam ni plak jadinya.....kawan2 yang berurusan dengan bangsa lain semuanya dah setel sedangkan kami asyik kena follow up je ......mungkin ada hikmah di sebaliknya.tapi xperlah akhirnya selesai juga pembelian tersebut.....

proses renovasi juga mengambil masa hampir sebulan, sbb terukla kan kalau ambil masa lama2 nak sewa rumah dok sekarang lagi nak bayar bank lagi untuk rumah baru....tapi untuk proses renovate abang rekemenkan kami wong (nama pangilan utk tuan kontraktor)untuk mengubahsuai rumah kami...terima kasih kepada abang yang banyak membantu...syukur rumah siap di ubah suai,cantik,simple,tapi sket2 ada rasa kesilapan ada pengubahsuian tu biasalakan,len-len kali ada duit boleh tambah lagi....

















































mula

payah betul nak mula setelah 3 tahun x menulis blog...walaupun dalam fikiran macam2 benda nak luahkan dan banyak perkara berlaku sepanjang tempoh tersebut....
bila dah selalu baca2 blog orang lain, teringin nak menulis semula tapi kesuntukan masa yang menyebabkan blog ni terhenti macam tu je.

kalau x salah masa blog ni dibuat tahun 2009,baru je dapat anak pertama, masih lagi duduk d rumah sewa dan sekarang dah ada anak ke dua, dan dah berusia setahun..begitu cepat masa berlalu dan sekarang usia menjengah 30 tahun.... sudah 30 tahun di muka bumi tuhan ni...bersyukur kepadaNya.......

Harap pada tahun lompat ini (2012)..... blogku dapat aktif sepenuhnya

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...