Assalammualaikum dan salam hormat buat semuanya.Alhamdulillah kita sudah berada di bulan ke tiga 2023.
Cepat je masa berlalu.Alhamdulillah Kisah Mac setakat hari ini berjalan lancar.Bermula 1 Mac,saya telah bertukar tempat bertugas dari Pejabat Timur Laut ke Pejabat Seberang Tengah, kiranya ke pejabat ibu negeri lah. Pertukaran adalah sebab telah berpindah rumah,jadi pejabat ni lebih hampir la dari kediaman.Kalau hendak difikirkan keseronokan dan kemudahan tu semestinya tempat lama lagi indah.Tapi jika sudah rezeki tiada salah untuk kita bertukar angin, pasti ada hikmahnya.Alhamdulillah perpindahan dirai oleh sahabat pejabat , dan penerimaan sahabat di pejabat baru juga alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.Syukur dikelilingi sahabat dan ketua -ketua pejabat yang baik hati dan memahami.
Keduanya semalam 21.Mac .2023,anakanda kedua Nor Abdullah Fur'qan dapat melanjutkan pengajian ke MRSM Balik Pulau,yang merupakan pilihan ke 3 nya,yang pertama MRSM Kepala Batas dan Ke dua MRSM Langkawi.Alhamdulillah walaupun pilihan ke 3 semoga anak-anak bonda semua dipermudahkan urusan dan mencari ilmu dan mendapat ilmu yang berkat.Sentiasa dilindungi oleh Nya dan doanya semua yang baik bukan hanya untuk anak-anak bonda tapi untuk semua anak-anak di luar sana.
In Sya Allah esok hari pertama Ramadan 1444H,Semoga kita semua dipertemukan pada Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun akan datang,diberikan kesihatan yang baik dan paling penting kita semua keluar dari bulan suci mulia dengan Allah telah mengampunkan segala dosa dan menerima segala amalan kita semua.
Setiap kali hadirnya Ramadan,tidak lupa hari pertama arwah mak dimasukkan ke wad Hospital Tengku Fauziah Kangar.Aruah pergi meninggalkan kami pada 22 Ramadan,tidak lama cuma masa menjaga aruah, aruah sudah tidak sedarkan diri,hentaklah aruah boleh mendengar atau tidak.Harapnya masih boleh mendengar suara kami.kalau diingat macam tak sempat berbuat baik dengan arwah mak,kalau sempat menjaga pun ianya sekejap sangat.Tapi Allah dah tetapkan bergitulah perjalanan perpisahan kami.Semoga aruah mak dan seluruh arwah ahli keluarga kita yang telah pergi ditempatkan bersama golongan soleh dan solehah.Amin.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada bulan Ramadan dan bulan-bulan selebihnya pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.
Doanya juga moga-moga ada rezeki untuk mengerjarkan umrah dan haji, dan dapat melancong luar negara juga bersama keluarga.Macam dah lama rasanya tidak bercuti yelah sebelum ni banyak juga dihabiskan untuk proses ubah suai rumah dan urusan lain.In sya allah semoga Allah mudahkan dan Allah bagj mesti pada masa yang tepat.
In sya allah ada rezeki jumpa lagi di lain entri,Selamat menjalani ibadah puasa, dipermudahkan urusan kita dan selamat semuanya.❤️š„°