Seperti kebiasaannya setiap tahun kami merancang untuk dua percutian....satu yang jauh sket dan satu lagi yang dekat-dekat je...Untuk tahun 2014 ini,jika bulan 5 haritu kami dah terbang ke negeri bawah bayu....minggu lepas pula kami selamat bercuti ke Ipoh..Plan asalnya nak bercuti di Genting Highlands dan Putrajaya,tetapi terpaksa dibatalkan sebab tarikh due saya semakin hampir...
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Tuesday, December 9, 2014
Tuesday, October 28, 2014
1436H
Assalammualaikum....salam sejahtera buat semua..salam Maal Hijrah 1436 walaupun sudah beberapa hari berlalu...semoga tahun baru ini terus membawa kita semua ke arah kebahagiaan dan kejayaan.Bagi saya tiada apa yang lebih baik dan penting dari kebahagiaan.Berbahagialah kita beri dan kongsilah kebahagiaan dengan org sekeliling kita selagi usia masih dipinjamkan.Bila kita berbahagia dengan apa yang kita miliki In Sya Allah segalanya dipermudahkan.
Friday, August 15, 2014
Saya baca berulang kali......
"RENUNGAN MASA TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.
"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"
Semoga bermanfaat...

Thursday, August 14, 2014
Taklimat GST merangkap Jamuan Raya PPDNKK Pulau Pinang
Hari ni bekerja seperti biasa ...lainnya hari ni ada taklimat berkaitan GST,tugas baru bukan semakin bertambah tetapi syukur dengan tugas yang baru dapat.Mungkin lepas ini terus ada berita yang lebih menggembirakan,di samping pertambahan tugas seharian.
Majlis juga meraikan pegawai baru dan pegawai yang akan bertugas di tempat baru.
Selepas itu majlis makan-makan dimulakan,pelbagai juadah disediakan,syukur kenyang sangat nih.Tetapi makan tu beringat-ingatlah,makan berpada-pada kata org.
Acara kemuncak cabutan bertuah,harap sangatla dapat kali ni,bukan apa tak pernah dok dapat lagi cabutan bertuah ni....ermmm dapat LED tv tu ok juga.hihi

Monday, August 4, 2014
Seindah Lebaran 1435H
Alhamdulillah setelah seminggu bercuti raya..harini bermulah rutin seperti biasa.Kerja...kerja..kerja..Cuti seminggu walaupun hanya 4 hari di kampung halaman saya,bagi saya ianya sudah memadai....moment pagi2 raya bersama mak ayah yang sudah berusia bagi saya amat berbaloi-baloi.Pendapat saya jika mereka sudah tiada ...tidak lengkaplah raya kita.Memang kita masih ada kakak dan abang dan saudara mara yang lain
..tapi mereka juga akan sibuk dengan ahli keluarga masing-masing,anak cucu mereka.(pengalaman dari keluarga suami)
..tapi mereka juga akan sibuk dengan ahli keluarga masing-masing,anak cucu mereka.(pengalaman dari keluarga suami)
Friday, July 4, 2014
alahan yang menduga
Ini cerita pengalaman saya setiap kali di awal kahamilan.Ini kehamilan ke-4 dan keadaannya masih sama dengan yang sebelumnya...Mungkin rezeki orang lain,bila mengandung tidak mengalami apa2 komplikasi tetapi tidak bagi saya.Walau apapun saya bersyukur proses kelahiran setiap anak saya berlaku dengan cepat dan semuanya selamat.Itu yang paling penting.
Thursday, June 26, 2014
Lambaian Sabah bahhhh
sudah lama tidak mengemaskini blog,nak kata sibuk tidak lah sesibuk mana,tetapi kesihatan yang tidak menentu juga menghalang dari melakukan pelbagai aktivi yang menjadi rutin harian.Mengapa terjadinya begitu???jeng...jeng saya tengah mengandungkan anak ke -4.Minggu ini saya kira dalam bulan ke tiga masih lagi dalam trimister pertama.
Tuesday, April 8, 2014
genap.....
Hari ini genap sebulan sudah misteri kehilangan MH370,sepanjang tempoh tersebut juga pelbagai spekulasi berkaitan perkara tersebut.Pada hemat diri saya,selagi tiada bukti sahih kita tidak boleh berkata apa-apa.Hanya doa dan usaha sahaja yang mampu merungkai misteri tersebut.Semoga usaha mencari dn menyelamat berjaya dan segala tanda tanya terjawab sesungguhnya satu dunia menanti jawapan tepat dan pasti kepada insiden yang sungguh misteri ini.Susah juga bila ramai sangat "reporter" tak bertauliah ni.Yang mengambil iktibar dari peristiwa tersebut Alhamdulillah tapi dalam keadaan genting macam ni masih ramai lagi yang tidak bertanggungjawab.Ada juga individu yang nak "membongkar" kisah kehilangan MH370 tapi bukan sekarang...motif???alahai manusia.....
Tuesday, February 11, 2014
Harga Barang!!!!
bersua lg kita tapi kali ni nk bincang bab semasa sket.cewah nampak macam hebat je tajuk tapi saya ni biasa-biasaje....walaupun bukanlaaa saya ni teror sangat bab2 harga barang nih,tetapi sebagai pengguna biasa saya sedar akan kenaikan harga barangan semasa.Salah satu sebab mengapa terdetik nak tulis entri ni adalah kerana pagi tadi banyak sgt dah terbaca dlm blog dan sebagainya yang menyalahkan pihak-pihak tertentu dan menunding jari pada individu tertentu.
Tak salah jika ingin menegur tetapi ada cara dan adabnya.
Saya menulis dan memberi pendapat di sini bukanlah kerana saya merupakan salah seorang pekerja kerdil dan hanya di pinggiran yang terlibat dalam checking harga barangan setiap hari.Tidak sama sekali.....sekali lagi diulang,saya di sini sbg pengguna biasa.
Wednesday, February 5, 2014
permulaan 2014
haiiii dah lama tak menulis,masa yang ada digunakan semaksima mungkin mengurus urusan seharian.Bangun seawal jam5.30 pagi,menguruskan hal rumah,memasak,urus diri dan anak-anak sebelum keluar rumah jam 7.20pagi.Nasib sangat sang suami turut membantu jadi semuanya berjalan dengan mudah dan jayanya alhamdulillah.
Hari ni dah hari ke 36 dalam tahun 2014,cuaca yg tidak menentu sekarang membuatkan kami sekeluarga mngalami masalah kesihatan tetapi masih terkawal.Bermula dari Faqih anak bongsu demam sehingga dimasukkan ke wad,panasnya mencecah hingga 40 celcius...errmmmm kesian sungguh.Tapi itulah bila anak demam panas ni,kena lebih hati-hati,kena banyak basahkan badan anak dengan air,jelumla kata mudahnya.Peristiwa yang menakutkan saya dan suami bila otw ke hospital mata Faqih mula dah tengok2 ke atas.Cepat-cepat saya panggil dia takut dia tidak sedar dan mungkin itu tanda2 yang baby saya hampir tarik.Mujur sgt dah tak jauh dari GH.Apa lagi terus suami membawa kereta melawan arus.Memang merbahaya,tetapi keaadaan Faqih masa tu betul-betul menakutkan saya.Ok sampai saja terus berlari masuk ke 'wad kecemasan.Syukur baby saya masih seperti sediakala setelah mendapat rawatan segera.Pada mulanya kami bercadang nak merawat Faqih di hospital swasta saja,tetapi bila dah jadi mcm macamni terbatal niat nak ke hospital lain. Terima kasih juga kepada semua petugas di bilik kecemasan Pulau Pinang GH pada petang itu.2malam juga ditahan di wad.
Setelah Faqih dah sihat,ari jumaat dapat keluar wad,dapat berita pula yang nenek kepada suami pula meninggal dunia dari hospital terus balik Yan Kedah kampung suami.2 malam di sana dan balik semula ke Penang.
Semenjak dari Faqih demam,bersambung pula dengan Furqan dan saya batuk pula.... so kena lebih sket jaga kesihatan....minum banyak air kosong...ok jumpa lain di lain entri....

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...