bersua lg kita tapi kali ni nk bincang bab semasa sket.cewah nampak macam hebat je tajuk tapi saya ni biasa-biasaje....walaupun bukanlaaa saya ni teror sangat bab2 harga barang nih,tetapi sebagai pengguna biasa saya sedar akan kenaikan harga barangan semasa.Salah satu sebab mengapa terdetik nak tulis entri ni adalah kerana pagi tadi banyak sgt dah terbaca dlm blog dan sebagainya yang menyalahkan pihak-pihak tertentu dan menunding jari pada individu tertentu.
Tak salah jika ingin menegur tetapi ada cara dan adabnya.
Saya menulis dan memberi pendapat di sini bukanlah kerana saya merupakan salah seorang pekerja kerdil dan hanya di pinggiran yang terlibat dalam checking harga barangan setiap hari.Tidak sama sekali.....sekali lagi diulang,saya di sini sbg pengguna biasa.
Setiap hari pon kita beli barang,kalau orang tu tak sedar akan kenaikan harga,saya kelaskan orang tu orang yang terlebih banyak duit ataupun dia memang x pernah ke pasar,runcit,super atau apa2 lagila jenis premis yang ada.Tapi adake orang macamtu?????
Pertamanya,barangan basah seperti ikan,sayur-sayuran dipengaruhi oleh faktor cuaca,maknanya kita sebagai pengguna kena faham hukum alam ,angin kencang maka hasil makanan laut akan berkurangan,cuaca yang sering hujan dan panas pula mempengaruhi pengeluaran sayur-sayuran.
Selain itu juga pertambahan penduduk juga menyebabkan bekalan makanan semakin berkurangan.Tudiaaaaa macam buat laporan pula ayatnya kan....hihi.ok tak per kita sharing becoz sharing is caring gitu!!!!
Keduanya,ekoran kenaikan harga barangan asas yang lain juga mendorong kepada peningkatan harga barangan yang lainnya,pendek kata semuanya berantaian.Saling berhubung kait.Tidak pernah dan tidak akan putus.Naik gaji bukan jalan penyelesaian yang terbaik saya rasa.
Pada saya,isu-isu ni sebenarnya agak sensetif,salah-salah tulis silap-silap lain pula jadinya.Tapi sekadar hanya beri pendapat tak salah bukan?????
Bila saya di lapangan kerja macam-macam pendapat dari pengguna dan peniaga di pasar.Orang marah,perli,usik mengusik saya rasakan itu adalah biasa bila dah hari-hari dengar.Kalau setakat usik bab 'kangkung' tu saya senyum sajalah,anggap hiburan pagi.Bila ke pasar berbeza kaum dan agama juga sendiri mau ingatlah banyak lah bergantungan ****.Ok,itu xper,namapun dah kerjakan!!!
Tapi saya terkejut gak,pagi tu tetiba seorang peniaga ikan terus menyerbu saya.Ok saya buat relax saja,bila 'dia' hanya ingin menyuarakan pendapat,suruh saya cakap kpd ketua yang harga barangan TAK PERLU DIKAWAL.Beberapa kali dia ulang.Katanya ini cara 'kaum' mereka meniaga.Pengguna sekarang bijak katanya,pandai memilih,barang mahal tak perlu beli atau cari saja barang pengganti.Kalau barang tak laku automatik peniaga turun harga sebab pengguna ada kuasa veto di situ.Kalau rampas-rampas barang lagi peniaga 'hot' katanya!!!
Tapi pada pendapat saya,harga barangan wajib dikawal,time harga kawalan boleh pula menjual barangan tertentu mengikut harga tertentu.haiiiih pelik.Tapi begitulah kita,jika terlalu bergantung pada kaum tertentu yang menopoli pun susah juga.Bila tak kawal takut orang tertentu yang terus mengaut keuntungan.Tak apalah orang labelkan kita apa saja atau 'cap apa'.Kerja adalah suatu ibadah bagi kita,gaji dapat tetapi pahala adalah ganjaran sebenar yang dicari.Ikhlas lah kita dalam apa saja yang kita lakukan.Terus cari jalan dan usaha macam mana dan apa cara sekalipun agar kita terus tidak ditindas di tanah air sendiri....itu saja yang SAYA nk KATA.....bye
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!