Thursday, June 26, 2025

Selamat tinggal 1445h

 Assalammualaikum, ada beberapa minit ja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 1447 hijrah.Jangan lupa doa akhir tahun dan sekejap lagi selepas Maghrib doa awal tahun.

Banyak kenangan sedih & bahagia yang dilalui membuatkan kita semakin matang dan kadang kala kita akan rasa semakin tenang seiring dengan peningkatan usia.

Semoga segala setiap laku perbuatan kita diampunkan oleh Allah dan segala amalan kita diterima.Semoga juga yang berada di sekeliling kita memaafkan segala salah silap kita...banyak sangat dosa rasanya sama ada sedar atau luar sedar dan sama ada kenal atau pun yang tidak pernah kenal atau bersua muka..moga- moga tiadalah nanti di sana menuntut apa - apa dari kita.

Saya juga di sini ingin memohon maaf dari seluruh isi keluarga dan juga buat suami serta anak-anak bonda, mohon halalkan semuanya....maaf segala terlanjur kata dan perbuatan.

Buat sahabat yang selalu bersua, kenalan, jiran- jiran atau sesiapa sahaja...mohon maaf  juga semuanya.Tidak semua dapat membaca entri ini , tapi harapnya Allah Ya Fatah ...membuka segala pintu hati kita untuk saling memaafkan.

Semoga kita terus berjaya selamat dunia dan akhirat dan dipanjangkan usia,sihat selalu dengan berkat dan rahmat dariNya.

Selamat datang 1447h, moga terus memberi sinar buat kami, bahagiakan kami dunia dan akhirat, limpahkan kekayaan buat kami dalam semua aspek dan undanglah kami untuk ziarah Makah dan Madinah.Kurniakan anak-anak serta zuriat keturunan yang baik akhlak dan amalanya & kumpulkan kami lagi nanti bersama di syurga Firdausi yang Abadi...

Salam sayang 

Bonda

Akhir 1446h

Taman Perda Indah

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...