Friday, August 15, 2014

Saya baca berulang kali......

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"

Semoga bermanfaat...

Thursday, August 14, 2014

Taklimat GST merangkap Jamuan Raya PPDNKK Pulau Pinang

Hari ni bekerja seperti biasa ...lainnya hari ni ada taklimat berkaitan GST,tugas baru bukan semakin bertambah tetapi syukur dengan tugas yang baru dapat.Mungkin lepas ini terus ada berita yang lebih menggembirakan,di samping pertambahan tugas seharian.

Majlis juga meraikan pegawai baru dan pegawai yang akan bertugas di tempat baru.

Selepas itu majlis makan-makan dimulakan,pelbagai juadah disediakan,syukur kenyang sangat nih.Tetapi makan tu beringat-ingatlah,makan berpada-pada kata org.

Acara kemuncak cabutan bertuah,harap sangatla dapat kali ni,bukan apa tak pernah dok dapat lagi cabutan bertuah ni....ermmm dapat LED tv tu ok juga.hihi


Monday, August 4, 2014

Seindah Lebaran 1435H

Alhamdulillah setelah seminggu bercuti raya..harini bermulah rutin seperti biasa.Kerja...kerja..kerja..Cuti seminggu walaupun hanya 4 hari di kampung halaman saya,bagi saya ianya sudah memadai....moment pagi2 raya bersama mak ayah yang sudah berusia bagi saya amat berbaloi-baloi.Pendapat saya jika mereka sudah tiada ...tidak lengkaplah raya kita.Memang kita masih ada kakak dan abang dan saudara mara yang lain
..tapi mereka juga akan sibuk dengan ahli keluarga masing-masing,anak cucu mereka.(pengalaman dari keluarga suami)

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...