Sunday, May 31, 2026

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahagia sebelum ini kita juga tidak tahu sampai bila.Sesekali badai kecil dan besar menghempas kehidupan yang dulunya damai dan menenangkan.

Jika kita merasakan Allah ambil rasa kecewa  mesti kita rasa, tapi jika kita merasakan inilah takdir tulisan yang telah ditulis sebelum kejadian kita, kita akan akur dan tenangnya itu tiba.Walaupun bukan mudah seperti apa yang dicatat pada entri pagi ini.Tapi semua yang berlaku menjadi pengajaran buat diri sendiri.Rasa ego, pemilikan, prasangka buruk, rasa kebergantungan, penyesalan dan sebagainya seperti keluar dari diri sendiri.

Mungkin ini cara Allah nak menyedarkan dari diri terus tersasar jauh.Rasa Redho dan ikhlas mula hadir sedikit walaupun kadang -Kala bertanya juga,MENGAPA.SAMPAI BILA! Seperti di awangan tapi inilah kenyataan yang perlu ditempuhi.Orang sekeliling melihat kuat dan seperti kita boleh membawa diri..jika itullah doa mereka Alhamdulillah semoga seperti apa yang mereka lihat.Kuat juga dariNya.

Saya yakin kita menyerahkan kembali orang yang ada pernah ada bersama kita, dan itulah tempat yang terbaik bagi nya dan bukan lagi di sisi kita di dunia ini.Ujiannya di dunia ini telah selesai.Tinggal untuk kita yang akan meneruskan perjuangan dalam menghadapi ujian yang telah ditetapkan.

Bagi saya...suami untuk 17 tahun 8 bulan yang dipinjamkan adalah yang terbaik, berbuat apa sahaja dengan ikhlas, mungkin orang luar memuji kebaikan arwah tapi kami yang bersamanya akur dengan kata-kata sahabat sekeliling.

Semoga arwah suami & abah kepada anak-anak kami ditempatkan bersama golongan yang diangkat darjatnya bersama kaum muslimin yang diredhoi.

Selamat Hari Ulang tahun ke 18 buat kami dan selesai tempoh edah pada hari yang sama.Terima kasih juga buat arwah mak dan ayah.Terima kasih semua atas doa buat kami selama ini dan seterusnya.Semoga yang baik- baik juga buat semua.Semoga Allah memberi segala kebaikan dan menjauhkan segala keburukan yang kita tahu atau tidak.

Semoga amanat arwah supaya saya menjaga anak-anak dengan elok dipermudahkan dengan bantuan dan izin dari Allah.Anak-anak sihat panjang usia dan berkat sehingga kami dikumpulkan semula dalam syurga Firdausi dan dibangkitkan semula bersama Penghulu kita.Itu harapan dan doa sepanjang masa.Bantulah Aku Ya Rabb..Ya Fatah..Ya Rahman..Ya Rahim.

Buat anak-anak terbaik bonda abah Nor Auni Syifa', Nor Abdullah Fur'qan , Nor 'Abdurahman Faqih, dan Nor Aboubakar Fud'zail swpwrti semuanya masih baru menamakan anak-anak.

Bonda doakan kalian semua berjaya dunia akhirat, teruskan perjuangan walaupun apa berlaku, jadi hamba yang menunduk kepada RabNya.Terus melangkah demi amanah abah yang sangat inginkan kejayaan anak-anaknya.

Maafkan bonda jika tidak dapat menggalas sepenuhnya seperti sebelum ini 'separuh' yang masih ada.Kita menjaga hati kita masing- masing dalam melalui ujian ini dan bonda tidak pasti dan kadang bonda juga goyah dalam perjalanan tanpa abah disisi, tapi tetap mendoakan terbaik sepanjang perjalanan sebelum ajal datang menjemput mengadapNya.Ingat Allah sentiasa bersama kita.

Ketahuilah apa yang berlaku anak-anak bonda telah buat yang terbaik untuk bonda dan teruskan berbuat baik dan mendoakan kita semua.Moga bertemu di SyurgaNya yang kekal abadi.Jaga diri semua.



Salam sayang  dari bondašŸ¤

Taman Perda Indah

31Mei2026( 18 tahun)

130 (hari)

Newborn

 Assalammualaikum....Alhamdulillah semalam genap usia 44 tahun.Terima kasih mak dan ayah atas segala usaha melahir dan membesarkan..belum lagi selesai tempoh edah.

Kebetulan tempoh edah selesai pada hri ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18, tanggal 31 Mei nanti.

Bila sampai pada fasa sekarang...perlu melalui ujian yang rasa berat rasa penyerahan sepenuhnya pada Allah, rasa tak berdaya lagi dah...semoga terus sentiasa dalam limpahan dan rahmatNya buat diri serta anak-anak.


Saturday, April 18, 2026

6445 Part 2

 Assalaammualaikum, entri sebelumni kata nak sambung kan.tapi semacam tiada apa yang ank disambungkan...setiap hari ada je berita kehilangan sama ada kita kenal atau tak...ianya tetap sama...mereka turut juga melalui kehilangan dan kesedihan..

Sudah hampir 3 bulan arwah meninggalkan kami...tapi ujian demi ujian hadir dalm kehidupan...doanya badainya akan reda.ketenangan dan kebahagian kembali menyinar dalam kehidupan kami sekeluarga dan mereka yang lain yang tengah mengalamo proses yang sama.

Harini Syawal last untuk tahun 1447, moga kita akan dipermukan lagi denganRamadan pada tahun- tahun akan datang dengan sebaik- baik keadaan , walapun memang tidak akan sama.Moga Allah gantikan segalanya dengan keadaan lebih baik dari sebelum ini.

Doakan kami semua anak- anak dikurniakan kesihatan yang baik, amalan yang diterima dan dijauhkan dari segala keburukan dunia dan akhirat.

Moga baik- baik juga untuk yang lainnya dan kita semua dalam rahmatnya.


Salam Sayang

Bonda

TPI



Wednesday, February 11, 2026

6445 hari

 Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini..

Selama hampir 6445 bersamaan 920 minggu 211 bulan kami bersama sebagai suami isteri, saya menyaksikan arwah suami yang sering berbuat apa sahaja yang terbaik & ikhlas buat kami.

Pagi 13 Januari 2026 dalam lebih kurang 9.15 pagi dpt panggilan telefon dari runner yang katanya suami kak eksiden.Ya Allah ingatnya biasa sahaja rupanya bila sampai di hospital Kepala Batas arwah mengalami patah tulang rusuk dan tertikam paru-parunya.Prosedur seterusnya perlu ditidurkan dan satu cheest tiub perlu dimasukkan.Kedua prosedur itu dibuat di Hospital Kepala Batas.Untuk ditidurkan arwah sendiri yang bersetuju saya hanya turunkan tanda tangan.Sebelum ditidurkan mohon maaf , ajar mengucap dan minta zikir tanpa henti.Sebelum ditidurkan arwah minta jaga anak-anak dan sampaikan salam buat anak- anak.Itu kata-kata sebelum ditidurkan.Arwah minta jangan bagitahu anak-anak,mana mungkin dengan keadaan macam tu saya terus maklum kepada pihak sekolah.

Alhamdulillah jiran-jiran sahabat pejabat datang menemani di hospital.Sebelah petangnya dokter memaklumkan pesakit perlu dibuat ct scan sepenuhnya di Hospital Seberang Jaya kerana di situ tiada alat dan dokter pakar.

3 hari selepas ditidurkan,Alhamdulillah sedar , hari mulanya agak mamai lagi, hendak kesekolah katanya,meronta-ronta akhirnya nurse bagi ubat tenang....

Esoknya, alhamdulillah..arwah dah mula nampak perubahan yang lebih positif.

Agak sukar nak menyambung entri ni...ada turun naik perasaan di jiwa...kehilangan yang amat ditakuti tapi perlu diharungi...

Selepas nampak keadaan kesihatan semakin stabil tapi semua tahu proses penyembuhan menggambil masa yang agak panjang..tapi kami bersyukur.Bila nampak keadaan dah ok..kak yong dan abg fur'qan saya suruh balik ke asrama, sebab abah nampak macam dah ok sanggat ni.Adik ipar dn keluarga juga pulang ke Klang dengan agak tenang dengan perkembangan kesihatan.

3 hari di wad , arwah sangat happy, saudarra dan sahabat tak pernah putus-putus...dokter dan staf di wad semuanya panggil cikgu. Mereka agak senang dengan sikap arwah..ya memang dia agak mudah bergaul dan mudah didekati.

Tapi sepanjang di ward saya tidak menemani di malam hari..sebab perlu hantar anak-anak ke sekolah, tapi lepas selesai hantar anak saya terus ke hospital.

Pagi hari pertama di wad, bila saya sampai, arwah cakap dah siap mandi, subhanallah terkejut saya, katanya tunggu saya agak lama, betul memang agak lama sebab masa tu prkir aggak terhad sebab Perdana Menteri datang untuk perasmian.

Sepanjang hari ok seperti biasa, saya keluar masuk teman di wad.Arwah sangat gembira, tapi tak banyak sangat yang kami bualkan, tak mesra sangat tidak juga ada apa- apa..seperti masing-masing melayan perasaan yang semakin melayang dan semakin menjauh, mungkin.

Hari ke 3 mendapat perkhabaran...arwah dapat Keluar wad.Seronok katanya.Oo dalam 2 malam arwah do wad, dia ada cakap banyak tulisan-tulisan di dinding, langsir dan lampu-lampu.Saya tanya nurse betulke bila malam ada tulisan, nurse cakap mana ada apa pon kak.So saya andaikan, mungkin kesan ubat tidur sebab ada juga jiran yang ada pengalaman yang sama.

Setelah surat dari dokter dikeluarkan, ubat-ubatan telah diambil dan kami dapat keluar dari wad dalam jam 8 malam.....

Insya Allah entri seterusnya akan disambung lagi...

Tempat terakhir arwah suami.TPI

11.13 pm



Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...