Assalammualaikum,salam tahun baru 2025,pada 28 Januari 2025,Selasa kami sekeluarga pergi ke Lost World Tambun,ini kali kedua kami ke sana.Tidak mengambil keputusan yang lama untuk ke sini,sbb memang niat untuk tempat yang dekat ja.
Alhamdulillah setelah beli tiket di Apps Klook dan dapat harga yang ok,RM90 mcm tu,terus onz.
So kami bertolak dari awal pagi Selasa dari TPI terus bersarapan di kawasan sekitar Tambun.Perjalanan agak lancar dan cuaca agak mendung,doa agar cuaca elok sampai ke petang.
Kami sampai di Theme Park lebih kurang 11.30 pg,pengunjung pon belum ramai lagi.Pelbagai aktiviti menarik di dlm sana,nak main apa-apa aktiviti juga agak mudah kerana orang tak ramai.
Cuaca ok sampai dalam jam 4 petang masa pertunjukkan makan harimau,hujan selebatnya,pertunjukkan terpaksa dilewatkan atas sebab-sebab keselamatan haiwan.Mujur ada tempat berteduh semasa pertunjukan.
Selepas dalam 20 minit menunggu hujan reda sikit,ada juga pertunjukkan makan untuk harimau tapi tak lama la,selepas tu kami terus ke Hot Spring,okla seronok berendam selepas sejuk- sejuk menunggu dalam hujan.
Selesai main-main dan jalan -jalan,kami bersiap-siap untuk keluar.Terus check in homestay sebelah je dengan theme park,Sangat cantik dan selesa rumah tu,kami semua suka.
Sebelah malamnya,kami ke Gerbang Malam,jalan-jalan,makan dan kembali ke homestay.
So untuk hari esoknya kami ambil keputusan untuk ke Lumut,suami mencari homestay di kawasan sana.
Dalam perjalanan ke Lumut,kami singgah ke Silverlakes Village Outlet,pertama kali tahu berkaitan outlet ni,dan terus singgah,dapatla sandal buat anak-anak.Kemudian di sebelah outlet ada Galeri Perkampung Lat,sangat teruja,di luar dari inteneri percutian kami kali ini.
Selepas selesai,kami terus ke Lumut,sampai dalam jam 5 ptg,alangkah terkejutnya,homestay yang dipilih adalah yang scary yang pernah lalu sebelum ni.
Ok kami masuk juga,memang rumahnya sangat besar dan luas,3 bilik dan 3 bilik air.Apartment tu di sebelah jalan besar.In sya Allah ini mcm kali terakhir kot menginap di sini,sangat seram,sunyi keadaan sekitar apartment tersebut,kami berenam tidur 1 bilik pada malam tersebut.
Dalam takut-takut siang juga la akhirnya,kami jalan-jalan di sekitar Teluk Batik,makan dan terus balik ke Penang tiba dalam jam 730 ptg.Alhamdulilah selesai percutian 3hari 2 malam kami.
Ada suka,seram&menghiburkan hati.moga-moga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Ada rezeki in sya allah bolehla ke Borneo pula lepas ni.
Semoga kita semua diperluaskan rezeki,sihat dapat mengembara ke seleuruh bumi tuhan ini.
4 Februari 2025
Kompleks Sempilai
