Monday, August 17, 2020

Kalamullah

 Alhamdulillah pada tanggal 22 Zulhijjah 1441H, 12 Ogos 2020 kak yong sudah menghatam Al Quran buat kali pertama.Pengalaman awal menghantar anak pertama memulakan kelas pengajian Al Quran bermula pada usia 4 tahun.Mulanya kami menghantar kak yong ke kelas Iqra di Flat Sungai Pinang,selepas itu pada usia 5 tahun berpindah ke Sekolah Agama Hajah Salmah ,dan bila masuk alam persekolahan smbung pula di KAFA Pangsapuri Mesra,tetapi pada sebelah malamnya mula belajar di sebuah rumah ustazah di Flat Blok 9,tak jauh mana flat berdepan je dengan flat kami.Tapi selalu pulak la skip kelas sebab masa tu dan mula 3 orang bersekolah dan kerja rumah pon dah banyak.

Fikir punya fikir..alhamdulillah Allah bukakan hati untuk ambil ustazah mengajar dari rumah sahaja.Mulanya rasa macam kalau kita nak menuntut ilmu baiknya kita keluar mencari ilmu,tetapi dalam keadaan sekarang elokla kita mengikut trend terkini asal tujuan asal tak tersasar.Senang juga siapa yang belum turn ngaji boleh buat homework atau buat jadual.

Jadi pemilihan ustazah Ulya ni seorang hafizah adalah dari carian dalam facebook ja..Alhamdulillah..sekali dengan bonda mengikuti kelas bacaan Al Quran..in sya allah jika tiada aral dalam sebulan lagi khatam la juga.

Ok nanti sambung lagi di entri sama bila bondadan khatam k..❤

Sunday, August 9, 2020

Panggilan Sumpahan Pulau Lagenda

 Pada 24-26  Julai 2020 yang lalu kami sekeluarga telah bercuti di Pulau Langkawi.Pada asal perancangannya memang tarikh ini dipilih...tapi memandangkan masa tu sesi persekolahan belum pasti lagi bila bermula,kami macam susah juga nak buat keputusan sama ada jadi atau tak.

Jadi tak jadi,alhamdulillah segala perancangan jadi juga akhirnya,bertolak Jumaat pagi,feri jam 11.30 pagi bila sampai terus ke cabel car.Sukar juga sebenarnya melancong bila mana pada masa yang sama kita perlu mengikut SOP yang ditetapkan.Tetapi kita cuba yang terbaik la kan.Pada masa tersebut kebanyakan hotel memberi harga promosi yang saya kira sangat berbaloi dengan apa yang diberikan.Kami memilih untuk menginap di @Favehotel Chenang.

Kami beli tiket online ja untuk kereta kabel,dan dapat Ekspress lane.so agak memudahkan juga la sebab tidak perlu beratur panjang.Cuaca pon sangat cantik.Selesai semuanya,kami turun ke bawah dalam 6.30 petang,kelam kabut juga sebab belum solat.So kami terus bertanyakan surau dan bergegas la nk solat,anak ke 2 Fur'


qan buat plak xnak solat,kami tinggalkan dia berseorangan di luar surau.Bila keluar dari surau dia cerita ada kawan bonda tanya ,mana bonda.punyala sama jalan sama berfikir,siapa kawan kita,sampai tak sedar melangkah rupanya ada satu anak tangga,last2 terpelecot jatuhlah.Masa tu tak terasa sakit lagi,bila jalan nak ke kereta dah rasa macam nak pitam.

Bila balik ke hotel,boleh lagi jalan-jalan walaupun terhencot-hencot.Sempat jugala bersiar-siar tepi pantai Chenang tapi masa tu hujan renyai-renyai.

Bila sampai je ke hotel nak tidur sakitnya Ya Allah...sakit sangat dan kaki mula membengkak.semalaman tak boleh tidur,sampaikan solat perlu duduk di katil.

Dalam fikiran memikirkn boleh tak ke aktiviti seterusnya esok 'island hoping' (ih)kalau tak pergi kesian juga anak-anak sebab dah janji,dan bayaran separuh juga telah dibuat.

Esoknya nak subuh sekali lagi rasa nak pitam,last-last cuba jugalah untuk ih walaupun sakitnya kaki Allah je mengetahui.

Kami ke Tasik Dayang Bunting &Pulau Beras Basah.Anak-anak sangat suka rupanya.Tugas kak Yong memapah bonda ke sana sini.🤩

Petang nya kami meneruskan aktiviti melawat Makam Mahsuri dan persekitarannya,sempat membeli belah sebentar di Kedai Hj. Ismail Group sama-sama tu dapatla kenang- kenang tempat masa tinggal di Langkawi.Sebelah malamnya terus ke Dataran Lang.Memang pack la jadual harian.

Esoknya kami menghabiskan masa sebelah pagi dengan mandi kolam saja di hotel sebelum bersiap kemas untuk check out 12 tengah hari.Tiket untuk pulang kami sudah beli awal semasa sampai di Langkawi.So ada lagi masa dalam 4 jam sebelum bergerak pulang tiket

4.30 petang.Selepas check out,terus ke kedai HJ.Ismsil lagi sekali🤣👍🏼 dapat serba sedikit barang,anak-anak seronok memborong cokelat.

Selepas itu kami terus ke feri,jumpa juga beberapa orang rakan yang sama- sama kerja dulu di Jetty Point.

Selesai dulu titipan serba sedikit percutian di Pulau Lagenda dan sehingga kini,misteri sebuah keluarga menegur Fur'qan di kaki gunung kereta kabel belum terjawab.Ntahla siapa.

Keseluruhannya percutian kali ini adalah terindah,walaupun sibuk dengan face mask dan hand sanitizer,tetapi bila anak- anak dah besar seronok sebab mereka lebih menghayati erti percutian.

Semoga virus covid di Malaysia dan dunia ini akan lenyap kerana kita hendak meneroka lebih jauh lagi di bumi Allah.Perancangan untuk program luar negara bawa anak- anak menziarahi Makkah dan Madinah adalah antara 'list' yang terutama jika diizinkan Allah S.w.t.Amin.Tapi untuk yang terdekat rasanya macam teringin nak ke Pulau Pangkor,sebab nampak gaya mereka lebih berminat dengan laut dan pulau.Semoga apa yang dirancang dipermudahkan.

Akhir kata kita sama-sama doakan semoga sentiasa yang terbaik untuk kita,syukur dan Alhamdulillah di atas segalanya💜.

#humkobolana

#kitajagakita


Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...