Monday, August 17, 2020

Kalamullah

 Alhamdulillah pada tanggal 22 Zulhijjah 1441H, 12 Ogos 2020 kak yong sudah menghatam Al Quran buat kali pertama.Pengalaman awal menghantar anak pertama memulakan kelas pengajian Al Quran bermula pada usia 4 tahun.Mulanya kami menghantar kak yong ke kelas Iqra di Flat Sungai Pinang,selepas itu pada usia 5 tahun berpindah ke Sekolah Agama Hajah Salmah ,dan bila masuk alam persekolahan smbung pula di KAFA Pangsapuri Mesra,tetapi pada sebelah malamnya mula belajar di sebuah rumah ustazah di Flat Blok 9,tak jauh mana flat berdepan je dengan flat kami.Tapi selalu pulak la skip kelas sebab masa tu dan mula 3 orang bersekolah dan kerja rumah pon dah banyak.

Fikir punya fikir..alhamdulillah Allah bukakan hati untuk ambil ustazah mengajar dari rumah sahaja.Mulanya rasa macam kalau kita nak menuntut ilmu baiknya kita keluar mencari ilmu,tetapi dalam keadaan sekarang elokla kita mengikut trend terkini asal tujuan asal tak tersasar.Senang juga siapa yang belum turn ngaji boleh buat homework atau buat jadual.

Jadi pemilihan ustazah Ulya ni seorang hafizah adalah dari carian dalam facebook ja..Alhamdulillah..sekali dengan bonda mengikuti kelas bacaan Al Quran..in sya allah jika tiada aral dalam sebulan lagi khatam la juga.

Ok nanti sambung lagi di entri sama bila bondadan khatam k..❤

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...