Tuesday, March 19, 2013

Permata Negara

syukur Alhamdulillah,anak pertama dan kedua dapat masuk permata perpaduan Pangsapuri Mesra Daerah Timur Laut Penang.Setiap hari anak-anak bersemangat ke sekolah,cikgu-cikgu pon amat ok dn berkelayakan menjadikan proses pembelajaran lebih baik dan menyeronokkan.

Paling berpuas hati apabila aktiviti anak-anak dicatatkan dalam buku laporan pada setiap hari.Segala aktiviti,menu harian dan perkembangan anak-anak khas disekolah dicatat. Jadi kita sebagai ibu bapa tak boleh lepas tangan macam tu je,balik check semula aktivi anak- anak di sekolah.

Cuma saya belum lagi berkesempatan meluangkan masa selama 4 jam dalam sebulan yang perlu dihadiri oleh ibu atau bapa.Itu adalah salah satu prosedur yang wajib dipatuhi oleh pihak permata.

Terima kasih kepada penaung Permata Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya Projek Perintis PERMATA Negara ini.


p/s:saya MESTI pilih,,,,hehe

Tuesday, March 5, 2013

Lahat Datu oh Lahad Datu!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tindak akan membiarkan kedaulatan dan keamanan negara tergugat oleh sesiapapun.

"Oleh itu sebagai ketua kerajaaan saya mengambil keputusan, masa untuk kita memberi apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita bertindak dengan segala kekuatan yang kita ada.

"Soal kedaulatan dan keamanan kita tidak akan biarkan tanah seinci pun digugat, dinodai oleh sesiapapun," katanya bagi memberitahu perkembangan terkini serangan pasukan keselamatan di Sabah.

Mengulas lebih lanjut mengenai serangan pasaukan keselamatan Malaysia pada pagi ini, Najib berkata:

"Berita terkini bahawa pada pukul 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan operasi besar-besaran untuk menumpaskan pencerobohan di Lahad Datu.

"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya.

p/s: Ya Allah selamatkanlah semua Pasukan Keselamatan Malaysia, selamatkan bumi bertuah ini...amin

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...