Thursday, March 28, 2024

Ramadhan Kareem 1445h

 Asslammualaikum,selamat menyambut Ramadhan buat semua walaupun sudah 17 hari berlalu,selamat menyambut Nuzul Alquran.

Masuk saja bulan puasa,mesti ingat aruah mak.22 Ramadhan 3 tahun aruah mak telah meninggalkan kami semua.Alfatihah,minggu lepas sempat ziarah pusara aruah mak masa balik bercuti di kampung.Sekarang cuaca di Perlis panas sangat sangat,pokok -pokok di kubur juga kering kontang.Perlis negeri yang paling panas.

Puasa tahun ni pula abg ipar pula dimasukkan ke hospital,abang ipar saya keduanya dah macam abang sendiri,kerana lama tinggal bersama mereka pada suatu ketika dulu.Semoga abg pen segera sembuh.

Kak yong dan Abang Fur'qan akan balik pada minggu depan.In sya allah nanti dapat berbuka puasa bersama.Untuk persiapan raya kami biasa-biasa saja .Baju raya pertama yang penting yang selebihnya belum fikir lagi sebab duit banyak digunakan untuk persekolahan anak-anak.Alhamdulillah semuanya ok apa yang ada sudah memadai.

Untuk juadah berbuka juga selalunya dimasak je,walaupun lauknya ala kadar alhamdulillah semua suka air tangan bonda kan.hehehe.

Sebelah malamnya, rutin menunaikan solat terawih di surau taman saja, in sya allah ada rezeki boleh pergi Qiammualail di Masjid Abdullah Fahim.

ok berjumpa lagi di lain entri, semoga semuanya bergembira dan bersyukur dengan apa saja yang kita miliki,semoga semuanya kita dalam rahmat Allah.Amin.


P/s ...Ya Allah teringin sangat nak menunaikan ibadah umrah bersama sekeluarga.Allah Ya Fattah Ya Razzak...Amin..

Sunday, March 3, 2024

Bukit Merah

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,Alhamdulillah dipertemukan lagi dalam entri kali ini,walaupun sejak hujung tahun lepas kami agak sibuk menguruskan anakanda Faqih yang ada masalah buang air besar,hasil dari pemeriksaan dokter pakar semua keputusan alhamdulillah semua ok.

Harapannya Faqih diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan dengan riang gembira sihat sentiasa..Amin.

Pada 29 Februari yang lalu,kami sekeluarga telah bercuti ke Bukit Merah Lake Town Waterpark..walaupun bukanlah itu tempat utama pemilihan percutian,tapi memandangkan anak-anak telah pilih untuk ke sana,kami ikut sahaja.Tempat pilihan yang saya cadangkan adalah Bertam Resort,tetapi kata mereka dekat pula,macam tak seronok, so terusla buat keputusan ke Bukit Merah.

Mungkin kami pergi hari bekerja,jadi tak ramai pengunjung ke sana,ini adalah kali ke dua kami ke sana. Alhamdulillah anak-anak enjoy di sana walaupun kami pergi hanya balik hari.Pelbagai aktiviti yang kami bolrh ulang-ulang buat sebab tak perlu beratur panjang,memang jimat masa.Semacam melayan keluarga kami ajalah pada hari tersebut...hahah.

Sampai malam terus ke masjid Abdullah Fahim,Faqih dan Fud'zail ada kelas silat.

In sya allah ada rezeki kita pergi taman tema yang lain pula,mana tau mungkin Sunway Lagoon.

Ok jumpa lagi di lain entri, 10 hari lagi sebelum bertemu tetamu Agung Ramadhan,semoga kita semua dipanjangkan usia dapat masuk ke bulan mulia pada tahun ini dan tahun yang seterusnya,sihat tubuh badan dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna .In sya Allah,Amin Ya Mujib.

3 Mac 2024

Surau Kompleks Sempilai



Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...