Entri kali ni mengisahkan ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang genap 5 tahun hari ni.Sejarah awal perkenalan kami bermula di Pulau Lagenda (Langkawi).Ok la kisah lama kan tetapi kami berkawan hampir 8 tahun kenal sebelum buat keputusan untuk berkahwin.So tolak campur rasanya dah hampir 13 tahun kami berkawan.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Friday, May 31, 2013
Monday, May 20, 2013
Ibu negara ku tercinta!!!
Entri kali ini mengisahkan percutian kami sekeluarga ke negeri penuh bersejarah iaitu negeri Melaka dan Kota raya Kuala Lumpur.Bukan sehari dua baru balik dari percutian tersebut,tetapi dah hampir sebulan.Agak basi dari segi tarikhnya tapi dalam fikiran saya masih segar segala aktiviti dan detik-detik manis kami berlima di sana.
Semenjak berkahwin saya tidak lagi melawat Kuala Lumpur dan Melaka...Hampir 5 tahun yang lalu saya sering ke Kuala Lumpur ketrana belajar di Shah Alam.Satu tempoh yang agak lama.Memang banyak sangat perubahan di kedua negeri tersebut.Diri ini terasa terasa sangat seronok dan teruja,lagila berbangga dengan kepesatan ibu kota.Bagi Negeri bersejarah pula tidak kurang hebatnya,masih seperti dulu,agak tenteram dan sesuai untuk bawa anak-anak beriadah.
sepanjang perjalanan juga tidak pernah boring walaupun hampir 8 jam menyusuri Lebuhraya PLUS,pelbagai cerita dan topik boleh dibualkan bersama,pelbagai cerita antara kami,sepanjang perjalanan pelbagai topik keluar antaranya komoditi,ekonomi dan politik Malaysia.Hehe kadang-kadang tu bab artis pon ada.Anak-anak dalam kereta banyak tido saja.Letih agaknya dengan perjalanan yang agak panjang bagi mereka.Kadang-kadang dalam fikiran juga mengenang suatu ketika dulu yang selalu berulang-alik dari Shah Alam ke Perlis,masa tu dengan bas Transnasional.Syukurla berulang alik dulu selamat pergi dan balik.Tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh tersebut.Setiap perhentian RnR juga ada sejarahnya tersendiri.Tapi itu dulu,zaman muda mudi.
Berbalik kepada percutian di Melaka,macam biasalah melawat tempat-tempat bersejarah yang sudah sedia terkenal tu,tidak perlu diceritakan lagi kehebatannya.masa itu pula masing- masing mengenang pula time belajar subjek Sejarah dulu.Nama-nama yang dah lama x disebut keluar semula bila sampai ke Melaka.Kata suami dia belajar Sejarah macam baca buku cerita.Menarik dan dia skor juga time SPM.Bagi saya pula,takla skor sangat,sebab dulu bila mula je buka buku sejarah mata saya pon dah ngantuk.Tapi yang bestnya bila belajar sejarah Dunia dan Tamadun Islam di Tingkatan 6 atas dan 6 Bawah.Ermmm masa tu memang agak besar cabarannya,sebab skop dan sejarahnya lebih luas dan mendalam dari yang menengah biasa.
Di Kuala Lumpur pula,jadual kami nak bawa anak-anak naik monorail,KLCC,dan menara Kuala Lumpur,Syukur semua tempat yang dirancangkan kami sempat juga lawati tercapai juga. hasrat nak bawa anak-anak ke situ.Tapi yang bestnya, inilah pertama kali kami ke Menara Kuala Lumpur.best oooo.Tapi yang macam drama tv,saya terjumpa anak saudara yang belajar di UIA di KLCC.Kecilkan dunia ni,Tanpa dirancang kami bersua juga di KLCC pulak tu,rezekila kan.
Lepas ni, In Sya Allah kami akan merancang lagi percutian,tapi entahla kemana pula.Mungkin ke Krabi atau sebelah Pantai Timur.
S.k Berbangga dapat sampai di menara ke 3 tertinggi di Asia dan menara berputar Tamingsari melaka.

Friday, May 17, 2013
Lilin.....
http://www.youtube.com/watch?v=DTrS2JpgLD8
Selamat hari guru buat semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya,beberapa nama yang masih saya ingat -Cikgu Zaiton dan Cikgu Zubaidah (TADIKA Titi Tinggi),Cikgu Osman -cikgu matematik Darjah 3 (SK Padang Besar Utara)Cikgu Musra ,Cikgu Din aka Abg. Din (Cikgu Mate. merangkap jiran sekampung)heheh,Cikgu Mazni (BI-sbb. puji tulisan saya cantik masa di darjah 5)Sir Samsinar ,Md. Zain,Abidin (SK Lubuk Sireh)
Cikgu Asiah (Sejarah)Cikgu Aizon,Anuar, (Mate) (FORM1-3 SM Raja Puan Muda Tengku Fauziah)
Cikgu Maliki (LK)Cikgu Megat,Sir Rosli, (Form 4 dan 5 SM Teknik Arau)
Cikgu Noraini, (6 RENDAH DAN 6 ATAS SM Raja Puan Muda Tengku Fauziah)
Dan lain-lain guru yang mungkin saya tidak mengingati nama kalian namun segala bakti,jasa dan segala pengorbanan kalian sentiasa dalam hati saya selagi hayat masih ada.
Selamat hari Guru juga buat rakan-rakan yang berjaya menjadi seorang guru,saudara mara dan buat suami saya. Teruslah usaha kalian mendidik dan membimbing anak bangsa kita supaya terus berjaya di dunia dan akhirat.
Bagi yang sudah tiada Al-fatihah buat arwah guru-guru.
S.k -dulu saya suka bila tengok cikgu nyayi lagi GURU MALAYSIA di atas pentas.
3 in 1
Untuk bulan 5 ni saya dan mention dalam entri yang sebelumni,banyak peristiwa penting sepanjang bulan Mei-atau Bulan Jamadilakhir-Rejab dalam bulan Islam.Ya, saya telah dapat hadiah yang dijanjikan begitu juga dengan anak perempuan saya juga dapat hadiah walaupun bukan ada hari-hari penting bagi Nor Auni Syifa'...heheh.xapalah pada siapa lagi nak beli kalau bukan pada anak perempuan yang seorang....Hadiah yang saya dapat katanya merangkumi Hari IBU+Hari Lahir+Hadiah Ulang Tahun Perkhawinan.Ermmm agak budget si dia nampaknya...tapi x perlah....xnak minta lebih-lebih pon!!!!Apa-apa pun terima kasih yerrr,nanti beli lagi.......
Tuesday, May 14, 2013
dah 31 ok!!!!
Arini genap usia saya yang ke 31.Mak saya kata,saya dilahirkan pada jam 7.30 pagi di rumah saja.Syukur alhamdulillah kini saya sudah 31 tahun.Pasti mak juga merasakan begitu cepat masa berlalu dan baru saja melahirkan saya...hehe.Saya juga apa kurangnya,cepat sungguh masa berlalu macam baru semalam saya belajar mengayuh basikal (abag ajar) dan kini saya boleh memandu sendiri.Dari tadika hingga la ke Universiti.Dari bujang hinggala sudah beranak 3.Dan banyak lagila transformasi dalam hidup saya selama 31 tahun ni.
Bagi saya tidak ada apa bezanya harini dengan hari biasa,sama saja,kehidupan diteruskan seperti biasa,cuma hari ini kawan-kawan ramai wish birthday (itupun mungkin dah sedia remain dalam fb masing2)xperla janji ada juga ucapan-ucapan selamat dan sering mendoakan saya.Tapi untuk tahin ni ada juga beberapa ucapan birthday yang mendoakan saya lebih kaya ...errm elok juga tu,harap apa yang saya lakukan dapat juga menambahkan pendapatan yang sedia ada..heheh....terima kasih pada semuanya.Kalau sebelumni unur 30 dan hari ni 31,betullah usia hanyalah sekadar angka.Pada saya,penambahan usia ini,biarlah saya menjadi hamba Allah yang sentiasa menuruti segala suruhanNya dan menambah segala amal ibadat.In sya Allah.
Pada usia ini juga, tangungjawab juga semakin bertambah, dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil,menjadi seorang isteri dan ibu juga,serta sebagai anak membuatkan saya agak tidak keruan jadinya.Setiap hari bangun seawal jam 5.30 pagi,mungkin orang lain merasakan time tu biasa saja.tetapi saya merasakan agak awal sbb sebelumni malas bangun pagi...heheh dan saya merasakan bagus juga sebab banyak perkara saya boleh siapkan sebelum bergerak ke tempat kerja.Semestinya bekal untuk kami berdua telah disiapkan,sarapan telah tersedia ,(kena minum juga sebelum keluar-itu prinsip-heheh),rumah dah siap kemas,anak-anak sudah dimandikan,dan apa sahaja yang rasa perlu dilaksanakan time pagi saya dan suami akan selesaikan sebaik mungkin masa yang ada.Sebab sebelah petangnya,saya tidak mahu membuang masa dengan melakukan kerja-kerja rumah lagi,biarlah masa sedikit yang ada dihabiskan bersama anak-anak setelah seharian mereka di tempat asuhan. tapi saya seronok,amat bahagia dengan kurniaan tuhan kepada saya.Selain tubuh badan yang sihat,rezeki anak-anak dan suami yang baik,ahli keluarga yang baik-baik dan selalu baik,rakan taulan juga baik seadanya dan masyarakat sekeliling agak baik dan memuaskan membuatkan saya semakin bersemangat menjalani kehidupan seharian saya.Jika ada yang jahat-jahat,busuk hati,ada niat yang tidak baik,mintala dijauhkan dari mereka semua dan dari insan-insan di sekeliling saya yang saya sayangi.
Terima kasih keada mak dan ayah yang memebesarkan saya,Ketika saya dilahirkan mak berusia 39 tahun dan ayah pula 49 tahun.Sehingga kini alhamdulillah keduanya masih sihat walaupun ayah sudah hampir 80 tahun dan ada sedikit masalah kesihatan(biasalah orang-orang tua),Saya sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan bagi keduanya.Kalau nak dicatatkan segala kebaikan dan apa yang mereka korbankan tidak tertulis rasanya.Hanya doa saya sentiasa mengiringi mereka berdoa dan berbuat baik sementara mereka masih ada.
Menjadi kebiasaannya saya akan menghadiahkan untuk diri sendiri.Pelik kan?tetapi begitula saya.Jika ada peristiwa penting saya akan 'reward' diri saya sendiri.Rasanya tidak adil jika saya tidak melayan diri saya sendiri.Saya akan belikan apa2 yang saya rasakan berbaloi-baloi buat diri saya.
Pada usia 31 tahun ini,saya berdoa agar saya,keluarga, zuriat serta keturunan saya sentiasa selamat,sihat,diberkati olehNya dalam apa juga perkara yang saya lakukan dan semua la yang terbaik untuk saya dan keseluruhannya,ahli keluarga,rakan-rakan,sanak saudara,jiran-jiran,dan seluruh umat Islam di buma bumi ni,ha senang!!!!
s.k mana hadiah cincin nih????

Friday, May 3, 2013
Tak Mau jadi Lalang!!!!
Ya Allah semakin hampir PRU 13 semakin berdebar rasanya diri saya.Macam nak perang pon ada.Debaran pembuangan undi lebih hebat lagi dengan pelbagai kempen.Bagi PRU kalini, pihak pembangkang mempunyai lebih banyak saluran berbanding dulu.Dengan adanya teknologi terkini,pelbagai maklumat dapat disampaikan dengan cepat.Inilah cara kempen alaf baru.Tidak seperti dulu,proses berkempen hanyalah melaui media massa dan ceramah politik je.Kadang-kadang bila fikir-fikirkan semula ada juga betulnya kata-kata mereka.Kadang-kadang saya rasa dalam pembangunan yang serba moden ini,di sebalik kebenarannya Malaysia sebuah negara yang banyak rasuah,keje mengeji,bersumpah yang tah hapa-hapa.Arghhh saya sudah terlalu bosan dengan semua ini.Terlalu banyak rasanya dan dah macam nonton wayang.Pelakon-pelakon tersebut makin rancak menjayakan watak masing-masing.Sampai bila pula kita harus begini.Saya rasa perubahan yang akan berlaku amat drastik tetapi tidak mengapalah jika itulah kebenarannya, saya REDHA.
Ya betul,TEGAKKAN KEBENARAN walaupun pahit.itu pesanan Rasullullah.Ramai yang tidak sanggup untuk menyampaikan kebenaran kerana cabarannya terlalu hebat.Bagi sesetengah orang pula ,mungkin tidak boleh menerima kebenaran kerana kebenaran itu walaupun benar namun adaklanya akan menjatuhkan air muka.Bagi yang menyampaikan kebenaran pula,mereka terpaksa melakukannya walaupin pahit.(Mungkin seperti keadaan kita sekarang!!Harap faham).
Sekarang saya tidak risau lagi seperti dulu,kerana mereka dari pihak yang lagi satu adalah oang-orang hebat,berpendidikan tinggi dan dikenali,dan dengan adanya 'mereka semua' semoga mereka tidak lali dan lalai jika amanah dan mandat diberikan kepada mereka.Semoga agama,bangsa dan negara kita terus aman dan jayanya,yang paling penting agama Islam terus dipertahankan dan hak-hak orang melayu bumiputera tidak terus dilupakan.
Kalau kita sayangkan agama dan bangsa kita marilah kita membuat perubahan ke arah kebaikan.
sk:mulakan pembuangan undi dengan Bismillah,In Sya Allah semuanya akan baik-baik belaka.Undi adalah rahsia!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...