Monday, May 20, 2013

Ibu negara ku tercinta!!!

Entri kali ini mengisahkan percutian kami sekeluarga ke negeri penuh bersejarah iaitu negeri Melaka dan Kota raya Kuala Lumpur.Bukan sehari dua baru balik dari percutian tersebut,tetapi dah hampir sebulan.Agak basi dari segi tarikhnya tapi dalam fikiran saya masih segar segala aktiviti dan detik-detik manis kami berlima di sana.

Semenjak berkahwin saya tidak lagi melawat Kuala Lumpur dan Melaka...Hampir 5 tahun yang lalu saya sering ke Kuala Lumpur ketrana belajar di Shah Alam.Satu tempoh yang agak lama.Memang banyak sangat perubahan di kedua negeri tersebut.Diri ini terasa terasa sangat seronok dan teruja,lagila berbangga dengan kepesatan ibu kota.Bagi Negeri bersejarah pula tidak kurang hebatnya,masih seperti dulu,agak tenteram dan sesuai untuk bawa anak-anak beriadah.

sepanjang perjalanan juga tidak pernah boring walaupun hampir 8 jam menyusuri Lebuhraya PLUS,pelbagai cerita dan topik boleh dibualkan bersama,pelbagai cerita antara kami,sepanjang perjalanan pelbagai  topik keluar antaranya komoditi,ekonomi dan politik Malaysia.Hehe kadang-kadang tu bab artis pon ada.Anak-anak dalam kereta banyak tido saja.Letih agaknya dengan perjalanan yang agak panjang bagi mereka.Kadang-kadang dalam fikiran juga mengenang suatu ketika dulu yang selalu berulang-alik dari Shah Alam ke Perlis,masa tu dengan bas Transnasional.Syukurla berulang alik dulu selamat pergi dan balik.Tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh tersebut.Setiap perhentian RnR juga ada sejarahnya tersendiri.Tapi itu dulu,zaman muda mudi.

Berbalik kepada percutian di Melaka,macam biasalah melawat tempat-tempat bersejarah yang sudah sedia terkenal tu,tidak perlu diceritakan lagi kehebatannya.masa itu pula masing- masing mengenang pula time belajar subjek Sejarah dulu.Nama-nama yang dah lama x disebut keluar semula bila sampai ke Melaka.Kata suami dia belajar Sejarah macam baca buku cerita.Menarik dan dia skor juga time SPM.Bagi saya pula,takla skor sangat,sebab dulu bila mula je buka buku sejarah mata saya pon dah ngantuk.Tapi yang bestnya bila belajar sejarah Dunia dan Tamadun Islam di Tingkatan 6 atas dan  6 Bawah.Ermmm masa tu memang agak besar cabarannya,sebab skop dan sejarahnya lebih luas dan mendalam dari yang menengah biasa.

Di Kuala Lumpur pula,jadual kami nak bawa anak-anak naik monorail,KLCC,dan menara Kuala Lumpur,Syukur semua tempat yang dirancangkan kami sempat juga lawati tercapai juga. hasrat nak bawa anak-anak ke situ.Tapi yang bestnya, inilah pertama kali kami ke Menara Kuala Lumpur.best oooo.Tapi yang macam drama tv,saya terjumpa anak saudara yang belajar di UIA di KLCC.Kecilkan dunia ni,Tanpa dirancang kami bersua juga di KLCC pulak tu,rezekila kan.

Lepas ni, In Sya Allah kami akan merancang lagi percutian,tapi entahla kemana pula.Mungkin ke Krabi atau sebelah Pantai Timur.

S.k Berbangga dapat sampai di menara ke 3 tertinggi di Asia dan menara berputar Tamingsari melaka.

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...