Ya Allah semakin hampir PRU 13 semakin berdebar rasanya diri saya.Macam nak perang pon ada.Debaran pembuangan undi lebih hebat lagi dengan pelbagai kempen.Bagi PRU kalini, pihak pembangkang mempunyai lebih banyak saluran berbanding dulu.Dengan adanya teknologi terkini,pelbagai maklumat dapat disampaikan dengan cepat.Inilah cara kempen alaf baru.Tidak seperti dulu,proses berkempen hanyalah melaui media massa dan ceramah politik je.Kadang-kadang bila fikir-fikirkan semula ada juga betulnya kata-kata mereka.Kadang-kadang saya rasa dalam pembangunan yang serba moden ini,di sebalik kebenarannya Malaysia sebuah negara yang banyak rasuah,keje mengeji,bersumpah yang tah hapa-hapa.Arghhh saya sudah terlalu bosan dengan semua ini.Terlalu banyak rasanya dan dah macam nonton wayang.Pelakon-pelakon tersebut makin rancak menjayakan watak masing-masing.Sampai bila pula kita harus begini.Saya rasa perubahan yang akan berlaku amat drastik tetapi tidak mengapalah jika itulah kebenarannya, saya REDHA.
Ya betul,TEGAKKAN KEBENARAN walaupun pahit.itu pesanan Rasullullah.Ramai yang tidak sanggup untuk menyampaikan kebenaran kerana cabarannya terlalu hebat.Bagi sesetengah orang pula ,mungkin tidak boleh menerima kebenaran kerana kebenaran itu walaupun benar namun adaklanya akan menjatuhkan air muka.Bagi yang menyampaikan kebenaran pula,mereka terpaksa melakukannya walaupin pahit.(Mungkin seperti keadaan kita sekarang!!Harap faham).
Sekarang saya tidak risau lagi seperti dulu,kerana mereka dari pihak yang lagi satu adalah oang-orang hebat,berpendidikan tinggi dan dikenali,dan dengan adanya 'mereka semua' semoga mereka tidak lali dan lalai jika amanah dan mandat diberikan kepada mereka.Semoga agama,bangsa dan negara kita terus aman dan jayanya,yang paling penting agama Islam terus dipertahankan dan hak-hak orang melayu bumiputera tidak terus dilupakan.
Kalau kita sayangkan agama dan bangsa kita marilah kita membuat perubahan ke arah kebaikan.
sk:mulakan pembuangan undi dengan Bismillah,In Sya Allah semuanya akan baik-baik belaka.Undi adalah rahsia!!!
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!