Friday, December 31, 2021

2022

 Assalammualaikum.💙

Banyaklah senarai suka duka sepanjang tahun ini...PKP berpanjangan dan membawa kepada aruah mak sakit tenat pada awal Ramadhan...sehingga meninggal dunia pada 4 Mei 2021 bersamaan 22 Ramadhan.Ini bukan berita kesedihan buat tahun ini malah kesedihan bagi sepanjang kehidupan di dunia ini.Telah hilang doa seorang ibu.Itulah ujian Allah bagi kita.semoga ujian ini menghapuskan dosa-dosa buat kita semua dan diberikan pahala..In Sya Allah.Amin

Selepas itu Kita terus berPKP berpanjangan sehingga bulan Oktober..selama itu juga tidak dapat menziarahi pusara arwah mak.

Alhamdulillah walaupun keadaan masih belum stabil kita pasti meneruskan kehidupan kita.selepas hampir 173 hari aruah meninggalkan kami,barulah dapat menziarahi pusara arwah.Hilang kenikmatan pulang ke kampung bila tiada lagi aruah mak menanti kadang kala pulang diberitahu kadang kala sahaja berahsia supaya menjadi kejutan.Tetapi kehilangan aruah kami telah agak bersedia kerana keadaan arwah yang hampir seminggu tidak sedarkan diri.Pasti ada hikmahnya.

Kadang-kala kita fikir undang - undang dan peraturan manusia sangat menyesakkan.Bilamana masa sakit biasa tenat tidak dibenarkan berjumpa,bila tiada diberi izin untuk berjumpa.Redho.

Berterusan lagi kehidupan kita dalam norma yang bukan lagi baru kena telah tahun kedua..pemakaian mask telah menjadi biasa, solat masih mengikut penjarakkan sosial.Tetapi banyak perkara lain kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa...November telah mula kerja penuh seperti biasa.Mula hari pertama bekerja rasa Ya Allah aku mulai sibuk bekerja sepanjang hari,hampir setiap hari,anak-anak mula bersekolah kembali tetapi secara penggiliran.

Jumlah kes tidak pernah nampak kes akan menurun dengan drastik..jumlah nya masih hampir sama statik.Belum reda Delta menyusul pula Omicron. Dari 2 dos vaksin hadir pula dos penggalak yang ketiga.Tetapi untuk yang ketiga ini tidak seperti pertama dan kedua..ada juga yang sudah mulai mempertikaikan isu vaksin.Pada saya kita hanya berusaha ikut sahajalah demi menjaga diri dan umat manusia yang lain,selebihnya kita berserah.Tawakal.

Terus menjalani kehidupan di tahun 2021 tanpa doa seorang mak..bukan kita tidak redho tetapi menggambil masa dan memberi laluan kepada hati untuk ditenangkan.Bersangka baik dengan Allah.

Bulan Disember 14 -18 kami bercuti ke Port Dickson,Muar ,Melaka,Kuala Lumpur dan akhirnya ke Klang.Setelah lama tidak bercuti.Menikmati pemandangan ciptaanNya.Subhanallah.

Banjir besar yang melanda beberapa negeri Selangor, Kuala Lumpur,Selangor dan Pahang pada ketika itu amat menakutkan.Allah bagi sedikit rasa takut, kelam kabut begitulah kami dalam situasi banjir.Walaupun tidaklah kami terlibat secara keseluruhanya,Semoga mereka yang terlibat dalam bencana banjir diampun segala dosa mereka,dipermudahkan urusan mereka dan mereka yang pergi memberi bantuan semoga diberkati usaha.Bukan mudah untuk mereka bangkit semula kehilangan harga benda ada yang kehilangan nyawa ahli keluarga.Semoga semua ahli keluarga , rakan taulan sama ada kenal atau tidak diangkat martabat mereka di sisi Allah..diberikan ketabahan buat ahli keluarga,sama-sama berdoa agar kita akan kembali bersama bersua dia syurga Firdausi .

Disember 29-31 kami pulang ke kampung menziarahi ayah dan ahli keluarga.Bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.

Semoga lembaran baru 2022 menjadikan diri ini dan kita semua hamba yang bertaqwa , keluarga Malaysia terus berbahagia bersama walaupun kita berada dalam situasi pendemik dan pelbagai lagi isu negara lain yang kita alami.Setiap segala kepayahan,ujian , penat & lelah kita In Sya Allah akan barsinar akhirnya.Amin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 Selamat menyambut tahun baru 2022❤

#alfatihah

#syukurselalu

Bonda
11.15pm 31 Dis 2021
Halaman Damai ,Kampung Rawa
Penang.



Tuesday, August 10, 2021

Salam Maal Hijrah 1443h

Assalammualaikum...💙

 Alhamdulillah,kita dah masuk tahun baru dalam tahun Hijrah...bermakna semakin hari semakin pendek usia kita.Tema tahun ini adalah Manhaj Rabanni Ummah berkualiti.Manhaj membawa maksud cara atau jalan menjadikan ummah meletakkan Allah swt sebagai keutamaan dan panduan dalam segala amalan,perbuatan dan serta matlamat hidup diniatkan semata-mata keranaNya.

Syukur sekali lagi kita masih dipanjangkan usia memasuki tahun baharu,semoga segala amalan kita sebelumnya diterima Allah..Amin.Dalam situasi sekarang badai Covid 19 yang semakin mengganas,ramai orang telah kehilangan orang yang tersayang,anak-anak yang masih kecil kehilangan tempat bergantung dan bermanja,ibu ayah yang kehilangan anak-anak yang menjadi harapan keluarga,dan sebagainya.Pelbagai ujian mengikut kemampuan kita .Allah sentiasa ada dengan kita tempat bergantung harap ..tempat meluah rasa cuma kadang-kadang itula hati kita juga berbolak balik...iman ada turun naiknya.

Kehilangan yang bukan biasa-biasa kerana tidak dapat menatap wajah insan tersayang di saat akhir.Kelmarin juga negara digemparkan dengan kes kematian akibat Covid itu pemergian Allahyarhamah Siti Sarah,saya merasakan pemergian arwah adalah yang 'teristimewa' dijemput dikala Allah menggangkat darjatnya,semua lapisan masyarakat bercakap-cakap pasal kebaikan arwah setelah tiada.Allahuakbar,moga-moga khusnul khotimah,dengan keadaan arwah yang baru bersalin dan dijemput ajalnya kerana wabak.Semestinya banyak kebaikan arwah semasa hidupnya.

Semoga semua yang dijemput ilahi asbab covid ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diluaskan kuburan seluas mata memandang.Semoga Allah melindungi diri kita,dan negara kita dari wabak yang mengancam nyawa dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Esok genap 100 hari arwah mak pergi meninggalkan dunia ini..rasa macam aruah dah jauh pergi..kita pula semakin menghampiri.Itu pasti!selalu juga mimpi-mimpi aruah mak..semacam masih ada..itulah hikmah covid...sebelum arwah mak pergi memang dah lama tak dapat berjumpa dengan mak terutama anak-anak semacam Allah dah mula jarakkan hubungan kita dan perlahan-perlahan diambil terus.Jadi kadang-kala rasa seperti masih ada.Allahuakbar..Alfatihah(bacaan)🤲


Tahun baru ini marilah sama-sama kita berdoa agar wabak ini Allah angkat semula dan diletakkan ditempat asalnya.Semoga semuanya dalam lindungan Allah.Kepada semua barisan hadapan juga didoakan Allah sentiasa kurniakan mereka ketabahan dan kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang berat.Allah jaga seluruh ahli keluarga mereka,kerana mereka tidak boleh bersenang lenang di rumah seperti kita.semoga segala usaha dan penat lelah mereka diberkati.

Maaf add on ja.sebab malas nak buat entri baru...di kesempatan tahun baru walau sudah beberapa hari berlalu,.semoga kesihatan politik kita juga semakin stabil...siap ada rentas parti politik..dengar perkataan 'rentas 'pon dah serabut kepala...Allah bagi ujian demi ujian...semoga Allah kurniakan kita negara Malaysia seorang pemimpin yang memerintah mengikut ajaranNya...amin,yang individu bermasalah dan telah berzaman dalam parti..minta tolong undurkan diri secara berhemah...menjadi pemimpin bukan kerana wang semata-mata...sebab jika kerana wang saya kira mereka sudah banyak menggumpul kekayaan...7 keturunan makan tak habis...Ini kerana tanggungjawab ini adalah sangat berat...akan disoal kelak...

Akhir kata buat entri kali ini...semoga kita semua mengikut SOP yang ditetapkan walaupun beberapa syarat telah dilanggorkan seperti dapat menjamu selera di restoren,tetapi jika boleh elak kita elak.Kerajaan juga terpaksa menjaga ekonomi semua lapisan masyarakat ,kesian juga kepada peniaga jika pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di kedai.Cuma itula..kita usaha ikut SOP dan selebihnya kita tawakal.Jangan lupa dapatkan Vaksin,tetapi bagi yang sudah lengkap suntikan bukan bermakna dah dapat tiket kebebasan.

Semoga berjumpa lagi di coretan seterusnya...

Assalammualaikum...💙


Wednesday, June 2, 2021

39 & 13 & 30

 Assalammualaikum..sepanjang bulan 5 telah banyak ujian suka duka yang dilalui.Alhamdulillah walaupun perit dan sukar...sebagai manusia kita tidak layak dan langsung tak berhak untuk bersoal jawab mengapa kita harus diuji...saya terima segala ketentuan dengan hati yang luhur....

14 Mei lepas genap usia 39 tahun..dan 31 Mei pula ulangtahun perkahwinan yang ke 13 tahun..1/3 dari usia sekarang kehidupan bersama suami...dan pastinya 2/ 3 bersama emak dan ayah....mak telah meninggalkan kami semua pada 4 Mei 2021..Hari ni genap 30 hari mak meninggalkan dunia yang fana ni.Kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan seperti biasa...semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah..dan di akhir kematian kita khusnol khotimah..amin

Kami anak-anak mak meneruskan kehidupan seperti biasa...biarpun banyak rasa kekosongan dan seperti masih di awang- awangan dan masih merasakan mak masih ada...masih di rumah seperti biasa.Allahuakbar.Berdosakah saya masih ada perasaan sebegitu..bukan tidak redho cuma perlu masa untuk terima.Bagi kita yang merasa kehilangan masih boleh berbakti sehingga selesai urusan aruah emak kita.Syukur.bagaimana mereka yang kehilangan insan tersayang akibat covid dan sebagainya.. kita masih diberi peluang tatap buat kali terakhir walaupun sakit dan perit.

Kasihan ayah..melayari kehidupan 'berseorangan' ..hampir 57 tahun melayari kehidupan bersama aruah mak..pastinya lebih lagi merasa kehilangan...mujur ada kak sekeluarga yang menetap di sebelah rumah..boleh menumpang kebahagian dan mengubat kesunyian.

Hari ni hari ke 2 juga untuk negara Malaysia ber 'PKP' sekali lagi untuk kali ke 3 sepanjang tempoh pendemik.Semoga kes positif di Malaysia akan turun,yang telah positif juga segera sembuh...kerana kebanyakan hospital telah penuh dan risau juga jika staf KKM juga akan lumpuh...nauzubillah..semoga Allah terus beri kekuatan kepada semua frontlinear...sebab kami yang biasa tidak bisa melaksanakan tugasan seperti mereka laksanakan..

Yang mana masih bekerja seperti biasa ..masih ada pendapatan..alhamdulillah..jangan berkira dalam urusan sedekah kalau hanya sekadar RM10 bagi golongan tertentu bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.Letih juga jika ada golongan yang masih menganggap pemberian ada suatu bebanan.Kalau diri sendiri yang tak redho tak perlu mewakili bagi yang lainnya.

Kalau tidak berbuat cara begitu mungkin lagi susah untuk kita menderma dan sebagainya...semoga mereka diberikan hidayah mengikhlaskan apa yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan..tak kan kerana RM10 kita akan susah...in sya allah dalam rezeki kita..ada rezeki untuk insan lain...percaya dan yakin dengan janji Allah...positif kan minda tapi negatif covid 19..Amin...

Sekian sahaja coretan buat kali ini untuk tatapan anda semua dan kenang- kenangan bila saya membaca semula di suatu ketika nanti.


#alfatihah  untuk arwah mak..arwah ahli keluarga yang lain...jiran-jiran,rakan taulan serta kaum muslimin dan muslimat yang lain.

Salam zohor...💜

Tingkat 8

Bangunan Tuanku Syed Putra





Friday, May 14, 2021

39 ~hilangnya doa seorang ibu~

Assalammualaikum..Taqabbalallahu minna wa minkum ...Alhamdulillah 7.30 pagi bersaamaan hari jumaat...genap usia 39 tahun.. 

Aruah mak pergi beberapa hari sebelum hari kelahiran yang 39...arwah melahirkan juga semasa usia 39 tahun...dan selama 39 tahun juga arwah ada penyakit darah tinggi dan terpaksa menggambil ubat dalam tempoh tersebut.

Sebelum arwah meninggal ..selalu pesan suruh baca yassin selalu kepadanya..semacam mengetahui ajalnya semakin hampir.Aruah juga kerap mengatakan dunia ini sudah tidak seronok lagi.

Selama 7 hari menjaga aruah sebelum dijemput Al Rahman...sedih sangat melihat penderitaan sakit yang ditanggung...mak sudah tidak sedar dalam tempoh tersebut,mata tertutup rapat.

Dokter juga tidak pasti sama ada mak boleh mendengar atau tidak pada masa itu..tetapi kami masih bercakap-cakap dengan mak walaupun tiada lagi respon darinya.Anggaplah mak masih mendengar.

Mak pergi dengan tenang dalam jam 530 pagi 22 Ramadhan...alhamdulillah dapat menyaksikan saat terakhir arwah mak..dan dapat menguruskan jenazah mak.khidmat terakhir kami sebagai anak2....jika dulu mak memandikan kami anak-anak dan cucu- cuci...hari tersebut 22 Ramadhan kami memandikan mak buat kali terakhir..

Tiada lain yang dipohon untuk arwah mak..selain Allah menghapuskan dosa-dosa seperti mana Allah menlenyapkan kesakitan mak semasa dijemput ilahi...luaskan kubur mak seluas mata memandang,jauhkanlah fitnah kubur dan siksaan kubur...permudahkan segalanya urusan di alam kubur dan seterusnya sehingga kami berjumpa di syurga Mu kelak..In sya Allah.

Selamat hari lahir buatku yang 39 tahun...semoga semuanya terbaik dan sentiasa dalam lindunganNya untuk diriku dan seluruh ahli keluargaku.kerana kami telah kehilangan doa dari SEORANG IBU.....

Sunday, May 9, 2021

#kehilangan😭

 Assalammualaikum & salam 27 Ramadhan...7 hari aruah mak telah meninggalkan kami semua...sempat menjaga aruah selama 7 hari melihat penderitaan menahan kesakitan tidak akan pernah sama dengan apa yang dilalui oleh aruah.

Aruah masuk hospital pada malam 1 Ramadhan...mulanya hanya check up biasa di klinik..dan seterusnya perlu menerima rawatan di Hospital Tengku Fauziah.Masa tu mak masih ok boleh bercakap...tetapi selepas beberapa hari di hospital keadaan aruah semakin tenat.Tak sangka rupanya ada ketumbuhan dalam kepala aruah.Dokter juga tidak menyarankan kami untuk teruskan rawatan untuk pembedahan memandangkan risiko aruah yang sangat tinggi.Kami adik beradik berbincang dan bersetuju dengan nasihat dokter selain rasa tawakal dan redho mengatasi.

Saya memang tak berpeluang untuk menjaga di hospital kerana keadaan pendemik semasa,tetapi telah berniat jika aruah boleh keluar hospital akan terus menggambil cuti tanpa gaji untuk menjaga mak..selama 15 hari di hospital..kakak -kakak yang menjaga dan mengguruskan aruah.27.4.2021 aruah dapat pulang ke rumah,masa tu memang sudah tidak boleh bercakap dan mata terpejam.

Dokter pakar sendiri tidak dapat mengesahkan samaada aruah boleh mendengar atau tidak,tetapi kami dirumah masih bercakap-cakap dengan aruah moga-moga aruah mendengar kehadiran kami disekelilingnya.

Kadang kala ada air mata aruah mengalir mungkin masa tersebut aruah boleh mendengar..wallahualam...apa-apa yang berlaku hanya Allah mengetahui.

Pada pagi 4.05.2021 bersamaan 22 Romadhan dalam linkungan 5.30 pagi,aruah pergi meninggalkan kami dengan tenang.Itulah kali pertama saya berjumpa dengan saat-saat akhir sebuah kehidupan.Alhamdulillah kami sempat berjumpa sehingga saat akhir walaupun aruah sekali pon tidak pernah boleh buka mata sepanjang saya menjaga aruah.

Kami redho dengan pemergian aruah di bulan yang Mulia,semoga segala sakit & derita yang ditanggung oleh aruah memadam segala dosa-dosa ditanggung sepanjang kehidupan aruah mak...segala urusan pengurusan jenazah aruah berjalan lancar,cepat, plan asal 11 pagi kebumi tetapi 10.30 aruah telah keluar..semacam sudah tidak sabar ke alam sana.Lagipun sebelum aruah selalu bercakap-cakap dunia ni dah tak seronok lagi.mungkin aruah telah dapat merasa yang masanya makin hampir.

Selamat jalan mak..terima kasih menemani sepanjang hampir genap usia saya 39 tahun pada 14.05 minggu depan.selamat jalan ke alam yang akan kekal abadi...tunggu kami mak,kami pasti akan menyusul..semoga kita semua tergolong dalam golongan khusnul khotimah.

AL FATIHAH untuk aruah mak dan juga untuk kaum muslimin dan muslimat yang telah dahulu pergi mendahului kita .Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya kami redho dan bersyukur di atas segala ketetapan yang Allah aturkan buat kami.selamat hari ibu dan salam 27 Ramadhan...kehidupan kita tetap diteruskan semoga semuanya dalam lindunganNya. 



Tuesday, April 13, 2021

Ramadhan Mubarak 1442H.

 Assalammualaikum dan apa khabar semua...lama tidak menulis semenjak dari PKP dan berterusan PKPB sehingga sekarang masih PKPB bagi negeri Pulau Pinang..Selamat berpuasa buat semua..mesti terkenangkan puasa-puasa kita sebelum ni kan...banyak kenangan telah dilalui dan telah mengajar kita erti kehidupan, kelahiran insan baru,kehilangan,kebahagian dan segala kesakitan yang perit yang membuatkan kita jatuh dan terus menerus bangun untuk meneruskan kehidupan.

Jika tahun lepas kita menyambut dalam situasi dan pengalaman baru pendemik covid yang melanda seluruh dunia...tahun ni alhamdulillah walaupun belum nampak yang covid 100% meninggalkan kita,tetapi kita perlu akur dan menerima apa yang telah ditentukan oleh kita...Memang betul mudah untuk terus menerus mengucapkan sabar dan sebagainya kerana tidak terjadi kepada kita atau keluarga..tetapi setiap dari kita perlu yakin Allah sudah tetapkan setiap ujian yang berbeza mengikut kemampuan setiap dari kita.Terima ..redho...

Semalam terkenangkan zaman kanak-kanak dan remaja yang seluruh kehidupan dilalui bersama mak dan ayah di kampung,terutamanya bila datangnya Ramadhan..persiapan menyambut ramadhan,berbuka,berjalan ke masjid bersama dan segalanya membuatkan perasaan sedih dan pilu bertambah.. ..sekarang masa kita pula mengharungi kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri..mencorakkan anak-anak  dan kehidupan dengan cara kita sendiri..semoga anak-anak bonda juga akan mengabadikan setiap saat suka dan duka kita bersama,sebagaimana bonda pada masa sekarang mengimbau seluruhnya apa yang termampu.Setiap dari kita pastinya bekorban mengikut cara dan keadaan kita..Semoga semuanya menjadi asbab kita semua berkumpul semula di syurga Allah nanti. 

Selamat berpesta ibadah buat semua,semoga segala amalan kita diterima olehNya.....Alfatihah buat semua yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.Giliran Kita akan menyusul...


Bonda.

13 April 2021

1 Ramadhan 1442H

Stesyen KTM Butterworth.


Tuesday, January 5, 2021

Baby SP

 Tepat jam 3.45 pagi saya ditolak masuk labour room...sakit yang ditunggu-tunggu jika tidak kena melalui proses pembedahan...so berdoa banyak2 malam tu.Alhamdullillah masuk ke labour room,sepanjang proses menahan sakit yang turun naik...ada nurse yang menemani saya.

Suami dan anak-anak masa tu ada di hotel,sebelum masuk labour room bleh buat panggilan,dan selepas tu hand fon semua disimpan di tempat khas itu prosedur hospital Sungai Petani.So dalam fikiran tak bolehla nk bergambar kenangan selepas melahirkan😘.

Tepat jam 558 or 559 mcm tula..selamat melahirkan baby boy...hanya ditemani nurse melayu seorang diri sejak dari mula hingga akhir.

Ya allah sepanjang proses kelahiran,kami berborak ja,tapi saya tak ingat nama dan wajahnya.Semoga Allah sahaja yang membalas jasa nurse tersebut,serius saya lupa..yang saya ingat dia suruh selalu mengucap dan tanya sakit di aras mana dalam kiraan 1-10.

Pada hari yang sama juga,ada temuduga dari SPA semua rakan-rakan sekerja menghadirkan diri,tetapi pada pagi yang hening tu saya masih ingat,berbisik di dalam hati,Ya Allah ini hadiah yang teristimewa pada kami..aku bersyukur dan anugerah ini tidak dapat menandingi apa-apa lagi kegembiraan. Walaupun pada masa tu kerja tetap pon impian la kan...tetapi kita kena redho,jika bukan rezeki kita tak perlu la nak sad sad kan.

So selepas semuanya selamat,nak minta orang tolong azan kan pula..adoi masa tu mcm segan juga nk minta tolong orang,sorang demi sang suami datang mengazankan anak masing-masing.

Tunggu punya tunggu,sampai dan masuk wad,nurse dan docter plak visit,dalam hati tak kan nk suruh dokter azan,sbb tengok pada tag tu dokter Islam.

Last-last dalam jam 1 petang waktu melawat,suami naik dan terus azan baby.3 orang lagi anak tinggal kat lobi bawah..dengan sepantas kilat azan,ambil barang apa perlu dan turun semula ke bawah.

Itula serba sedikit kenangan yang tidak pernah padam bagi setiap kenangan melahirkan.4 orang anak 4 cara berbeza,pengalaman yang berbeza,tapi sangat indah.Alhamdulillah Allah bagi rasa detik saat bertarung nyawa.

Semoga Allah kurniakan ku anak-anak yang soleh dan solehah,anak-anak yang memberi manafaat kepada seluruh ummah,agama dan negara.

Bonda doakan Nor Auni Syifa',Nor Abdullah Fur'qan, Nor Abdurrahman Faqih dan always our baby Nor Aboubakar Fud'zail sentiasa dalam lindunganNya,sentiasa diberi petunjuk dan hidayah hingga akhir nyawa.

Begitu juga buat anak-anak di luar sana..semoga semuanya baik-baik hendaknya.

Kini anak-anak dah besar,dah mula minta nak adik baru..hahah..dah berusia kot rasanya tahun ni dah 39...

Ok...happy birthday Fud'zail🍰🎂 anak yang periang,ramah,baik hati dan semuanya baik-baik saja buat anak bonda.

Bonda sayang semua❤



Friday, January 1, 2021

Salam sayang 2021🌸

 Assalammualaikum....selamat datang 2021..2020 yang kita tunggu-tunggu sejak kecil sudah meninggalkan kita...pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama sepanjang tahun ini.

Semoga tahun ini terus memberi keindahan dan melalui ujian Allah dengan tenang dan hati yang terbuka...temukan jalan penyelesaian setiap kali permasalahan tiba.

Tahun 2020 walaupun tahun yang agak 'mendung' akibat dari pendemik...tetapi bila berlama dengan covid...banyak hikmah yang tersembunyi telah kita temui.Alhamdulillah atas segala Allah kurniakan kepada kami semua.

Semoga ada yang dirancang Allah mudahkan...kami nak ke Makkah dah rindu sangat Rasullullah semoga Allah makbulkan doa kepada kita semua...yang belum pernah sampai in sya allah doanya kalian juga akan diundang.🤲

Pada saat entri ini dititip...azan subuh berkumandang....sedih..pilu...bila azan subuh mesti rindukan Ramadhan..moga-moga tahun ini Ramadhan kita bertambah tambah lagi sinarnya..tahun lepas kita lalui bersama PKP,tetapi kita lalui dengan redho dan akhirnya kita tetap bahagia juga.

Sebelum solat subuh pertama bagi tahun ini...sama-sama kita doakan semoga setiap kita akan terus dikurniakan kesihatan yang baik..dipanjangkan umur dengan berkat kerana kita semakin dekat bertemu dengan sang pencipta, jika telah sampai ajal kita doanya dalam khusnul khatimah & Seluruh urusan kita sentiasa dalam perhatianNya...amin...❤

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...