Assalammualaikum & salam 27 Ramadhan...7 hari aruah mak telah meninggalkan kami semua...sempat menjaga aruah selama 7 hari melihat penderitaan menahan kesakitan tidak akan pernah sama dengan apa yang dilalui oleh aruah.
Aruah masuk hospital pada malam 1 Ramadhan...mulanya hanya check up biasa di klinik..dan seterusnya perlu menerima rawatan di Hospital Tengku Fauziah.Masa tu mak masih ok boleh bercakap...tetapi selepas beberapa hari di hospital keadaan aruah semakin tenat.Tak sangka rupanya ada ketumbuhan dalam kepala aruah.Dokter juga tidak menyarankan kami untuk teruskan rawatan untuk pembedahan memandangkan risiko aruah yang sangat tinggi.Kami adik beradik berbincang dan bersetuju dengan nasihat dokter selain rasa tawakal dan redho mengatasi.
Saya memang tak berpeluang untuk menjaga di hospital kerana keadaan pendemik semasa,tetapi telah berniat jika aruah boleh keluar hospital akan terus menggambil cuti tanpa gaji untuk menjaga mak..selama 15 hari di hospital..kakak -kakak yang menjaga dan mengguruskan aruah.27.4.2021 aruah dapat pulang ke rumah,masa tu memang sudah tidak boleh bercakap dan mata terpejam.
Dokter pakar sendiri tidak dapat mengesahkan samaada aruah boleh mendengar atau tidak,tetapi kami dirumah masih bercakap-cakap dengan aruah moga-moga aruah mendengar kehadiran kami disekelilingnya.
Kadang kala ada air mata aruah mengalir mungkin masa tersebut aruah boleh mendengar..wallahualam...apa-apa yang berlaku hanya Allah mengetahui.
Pada pagi 4.05.2021 bersamaan 22 Romadhan dalam linkungan 5.30 pagi,aruah pergi meninggalkan kami dengan tenang.Itulah kali pertama saya berjumpa dengan saat-saat akhir sebuah kehidupan.Alhamdulillah kami sempat berjumpa sehingga saat akhir walaupun aruah sekali pon tidak pernah boleh buka mata sepanjang saya menjaga aruah.
Kami redho dengan pemergian aruah di bulan yang Mulia,semoga segala sakit & derita yang ditanggung oleh aruah memadam segala dosa-dosa ditanggung sepanjang kehidupan aruah mak...segala urusan pengurusan jenazah aruah berjalan lancar,cepat, plan asal 11 pagi kebumi tetapi 10.30 aruah telah keluar..semacam sudah tidak sabar ke alam sana.Lagipun sebelum aruah selalu bercakap-cakap dunia ni dah tak seronok lagi.mungkin aruah telah dapat merasa yang masanya makin hampir.
Selamat jalan mak..terima kasih menemani sepanjang hampir genap usia saya 39 tahun pada 14.05 minggu depan.selamat jalan ke alam yang akan kekal abadi...tunggu kami mak,kami pasti akan menyusul..semoga kita semua tergolong dalam golongan khusnul khotimah.
AL FATIHAH untuk aruah mak dan juga untuk kaum muslimin dan muslimat yang telah dahulu pergi mendahului kita .Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya kami redho dan bersyukur di atas segala ketetapan yang Allah aturkan buat kami.selamat hari ibu dan salam 27 Ramadhan...kehidupan kita tetap diteruskan semoga semuanya dalam lindunganNya.
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!