Wednesday, April 4, 2012

keliru...

kadang-kala saya amat keliru dengan situasi hiburan semasa....lagu yang diangap sebagai penyedap halwa telinga diharamkan(merujuk kepada lagu Bawaku Pergi). walaupun lagu tuh ala2 macam nak lari dari rumah tapi baca la apa comment penulis lagu nih...

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.
Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Ha betul gak ..xkanla kalau dengan lagu 4 minit dah bleh buat anak kita lari dari rumah...Saya rasa pihak berwajib yang mengharamkan lagu nih kena buat usul periksa semula. Tengok dari pelbagai sudut dan faktor.Cuba haramkan artis-artis  yang berpakaian seksi dan juga iklan-iklan dari luar negara yang tidak memenuhi kretiria kita sebagai warga timur yang pentingkan agama dan adat.....Saya kira itulah yang terbaik dalam membendungi pelbagai masalah sosial anak remaja kita....Sekian...

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...