Alhamdulillah....harini genap setahun tarikh berangkat untuk menunaikan umrah 24 November...sepanjang tempoh ini semua setiap detik masih tersimpan rapi di dalam jiwa...
Dalam keadaan sekarang yang sukar diramal,lagi membuatkan saya rasa bersyukur kerana Allah memilih kami untuk menunaikan umrah pada tahun lepas.Tetapi bukan bermakna yang terpaksa menangguhkan perancangan mereka kerana Covid merasakan rugi atau apa-apa kerana semuanya Allah telah tetapkan bahagian kita,dan semestinya perancangan Allah adalah sebaik perancangan.Kita redho dan semestinya bungkusan hadiah yang istimewa akan dipersembahkan kepada kita semua yang terus bersabar dengan ujian ini.
Insya allah bila semuanya akan reda kita dapat menjalani ibadah umrah haji dan yang lain-lain seperti biasa.
Pada masa sekarang ibadah umrah dan haji hanya dari penduduk tempatan saja.Pelbagai prosedur standard yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sana.Tidak lagi bebas keluar masuk masjid,bersesak-sesak hendak menunaikan solat dan bolrh menjalani aktivi bebas seperti sebelum ini.
Ingat lagi pengalaman pada pagi sebelum subuh,saya dan suami tawaf dan kemudian azan subuh hampir berkumandang,dan pihak berkuasa minta kami berhenti untuk tawaf...kami tunggu dulu moga- moga dapat bersolat dalam saf depan kaabah...subhanallah Allah maha kuasa...kami dapat bersolat depan kabaah..saya berada di saf pertama wanita..dan suami saya berada tak jauh dari saf wanita...susah nak gambarkan perasaan
.tapi itulah pengalaman terindah...semuanya aturan Allah.
Banyak perkara yang belajar di sana walaupun sekejap saja berada di tanah haram,kasih sayang, bertolak ansur,merasa kehilangan,redho dan banyak lagi perkara Allah bagi kami merasa semasa di sana.
Jika diikutkan plan kami nak bawa anak-anak bersama menunaikan umrah dalam tempoh 5 tahun..marilah kita sama-sama berdoa agar pendemik ini segera berakhir dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Semoga kita diundang lagi dan lagi
kesana sebelum dijemput Ar Rahman...
Semoga mereka yang positif covid kembali sembuh,dan semua kita dilindungi dari penyakit yang mengancam jiwa.
Salam subuh 24 Nov jika tahun lepas kami bersolat di Airport Istanbul....
Kami datang Istanbul..kota yang penuh cinta💜

