Assalammualaikum..alhamdulillah setelah beberapa hari menunggu..dari AM to PM selama 5 hari,Khamis menjadi saksi perlantikan Perdana Menteri yang dinanti.Walaupun tempoh masa menunggu agak lama.In sya Allah semoga nama yang dipilih oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong..Dato' Seri Anuar bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri.Semoga Allah memberi hidayah ,taufik dan pertolonganNya kepada Dato Seri dan barisan kepimpinannya.
Jika ditanya tentang pandangan peribadi pemilihan PM memang bukan ini lah 'Calon' nya.Tidak juga pernah memilih calon dari partinya,telah berlangsung tiga kali selama boleh membuang undi tidak pernah memilih parti dari PM ini. Macamtu lah kita manusia.jangan terlalu tidak suka pada sesuatu.sebab mungkin yang kita tidak suka atau tidak pernah ambil tahu itu,akan menjadi sebahagian dari dalam hidup kita.Sekarang siapa kita hendak menidakkan kuasaNya.Begitula kehidupan jika lambat kita membuat percaturan,masih berkira-kira,dan masih tetap dengan pandangan sendiri pihak lain menanti peluang.Rezeki orang lain la jawabnya.Beberapa hari menunggu tidak nampak beberapa parti sudi bergabung,masing-masing dengan tekad dan agenda tersendiri.
Semalam bila diulang tayang kronologi perjalanan PM ke 10 memangla penuh tragis.Tetiba anak bertanya "mengapa PM ditangkap" berpandangan kami...tiba-tiba terpacul keluar dari mulut unyul jawapan atas "akta hasutan"dan akta tersebut telah tidak wujud di Malaysia..maksud nya ISA.Tidak pasti jawapan itu betul atau tidak,tetapi bagi menjawab soalan supaya tidak disoal lanjut.Pandangan saya biarlah masa yang beri anak-anak kita kefahaman atas apa yang berlaku.
Pertamanya tidak mahu mengulang-ulang kisah silam seseorang,samaada betul atau salah Wallahulam,itu kita tidak mahu bincangkan.Yang pasti moga kita dajauhkan dari segala fitnah.Jika apa yang diperlakukan kepada beliau adalah dari sebuah 'skrip' yang direka carilah beliau untuk memohon maaf. Besar sangat tuduhan yang dibuat 24 tahun berjuang demi sebuah keadilan.
Syukur...negara kita Malaysia masih lagi ada sistem Raja yang berdaulat,yang boleh membantu menyelesaikan setiap kemelut jika kita dapat cari jalan penyelesaian.Jangan sesiapan berani ganggu gugat sistem Raja yang sekian lama di tanah air kita.Daulat Tuanku.
Selepas ini ada dua lagi kawasan yang akan berlansung pilihanraya kecil...harapnya lepasni selesailah segala kemelut politik yang tidak sudah-sudah.Mulalah atur kembali langkah yang telah banyak kita 'tersasar' .letaklah kembali Malaysia di laluan sebenarnya.Bersihkan segala kes-kes rasuah yang masih tertangguh.Jika yang bersalah terlepas bebas seperti sebelum ini,maknanya kurang lebih sama jugalah caranya.
Selebihnya janganlah saling mengata kepada pemimpin terdahulu.saling tuduh menuduh.Mereka juga telah banyak jasa kepada Malaysia.Yang mana telah pergi dahulu,semoga segala kebaikan dan jasa dibalas oleh Allah dan aruah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Kita tidak mahu generasi muda lupa jasa akan pemimpin terdahulu,tidak pandai menjaga hati dan hilang sifat hormat kepada mereka yang telah banyak menabur budi.
Semoga apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan.Agama dan bangsa tetap agenda utama,takut juga jika hadirnya kita sebagai ketua hanya 'boneka'.Biasalah akhir-akhir zaman banyak sangat ancaman yang pelbagai.
Di bawah kepimpinan Dato Seri doanya semoga Agama Islam dan Bangsa Melayu terus berjaya di mata dunia,akhirat nanti mintanya kita disatukan di syurga semula semuanya di kampung halaman abadi.Amin
Sekian dulu untuk kalini..sebenarnya entri ni disambung-sambung penulisannya.Tak sempat siap post je dulu,ada masa kemaskini semula.Alkisahnya.
Selamat menjalankan tugas buat semua.Kita semua menjalankan Amanah .
Hati-hati Kalau tak ok nanti rakyat tukar lagi...😆jumpa lagi di lain entri...💜
Salam Jumaat semua....






