Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
4 hingga 6 Ogos 2022 tempoh hari kami sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi. Last pergi langkawi masa 10 April 2022 sebab hantar kak yong sambung belajar si sana..hahah oversea la katakan..in sya allah 5 tahun lagi nanti kita betul² hantar dia pergi Australia ke London ke😊.Masa kami pergi bulan April tu bulan puasa hari ke 11 puasa kalau tak salah.Masa tu agak rush sket la dengan keadaan saya dan suami tak berapa sihat.Kami pilih Langkasuka Hotel je sebab senang dekat dalam Pekan Kuah.Alkisahnya masa tu ayah nak ikut kami ke Langkawi tetapi memandangkan bulan Puasa dan pergi dalam keadaan ada kerja so tunda dulu bawa ayahnya..
So baru² ni alhamdulillah kami dapat bawa ayah ke Langkawi..lama sangat dah tu dia tak kesana.Tetapi kali ni kami berpecah kepada dua kumpulan..mulanya saya..ayah dan Fud'zail bertolak dulu feri 2.30 ptg..suami,faqih dan fur'qan bertolak feri jam 5.30 petang.Mulanya kami nak pergi melalui kapal terbang ja,tapi ayah tak berani plak biasala orang tua² kan..okla feri pon seronok...epik.
Kami pilih Asenia Resort Langkawi..ok juga hotelnya kami ambil 2 bilik uper Duluxe.Kalau dulu kolam renang di Asenia adalah terpanjang tau di asia tenggara under pencapaian resort.Kali ni percutian tak banyak sangat aktiviti luar..hanya ke Pekan Kuah beli belah barang² kak yong ,sedikit buah tangan untuk rakan taulan.
Alhamdulillah dan terima kasih sang suami sudi bawa ayahanda bersama-sama.
#aseniaresortspalangkawi





No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!