Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Wednesday, October 31, 2012
selamat hari raya korban
cepat masa berlalu,macam baru saja lagi ayah dan mak ke Makkah menunaikan haji.Rupanya dah setahun masa berlalu.Raya Aidiladha 1433 kami beraya di Kedah,biasa-biasa sahaja sambutan,mungkin beraya dtanpa mak ayah serta ahli keluarga yang lain,lepas sembahyang raya,seperti biasa menziarahi pusara ahli keluarga suami,selepas itu kami makan di R&R Gurun.Terkejut bila sampai di sana begitu ramai orang di R&R walaupun hari raya.Sebelah petangnya kami terus bertolak ke rumah mak dan ayah di Perlis.Selesai sudah sambutan Raya Korban pada tahun ini....
Tuesday, October 23, 2012
ISO oh ISO
Mingguni merupkan minggu yang agak sibuk bagiku,terpaksa menghabiskan filling yang masih berbaki serta mengupdate apa2je berkaitan analisa sebelum di audit minggu depan serta menunggu masa untuk bersalin pada bila-bila masa saja ku kira walaupun tarikh due hampir sebulan lagi.Setakat blog ni ditulis alhamdullillah hampir 60% siap!!!Hope dapat disiapkan sebelum tarikh audit.
Monday, October 22, 2012
cerita hari minggu
keluar jam 11pagi hingga jam 7.30 mlm,,haha itula masa yang diperuntukan untuk anak-anak pada 21.10.2012.Memang best dr quensbay ke Tesco Extra ke Tesco Jelutong.Pada mulanya cari sport shoes dan track suit syam kt Al-Ikhsan,syoping di JJ,then minum dulu di JCO,ermmm abis sudah ngidam selamani!!!,dapat minum Hot Lattee.
Tuesday, October 16, 2012
bahan bacaan hari ini.
dah masuk hari ke-4 dalam usaha menghabiskan buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar.Baca buku ni terus jadi kita bertambah positif dn diharap akan berterusan pada hari- hari mendatang.Insyaallah!!!
Monday, October 8, 2012
perihal sambutan hari lahir anak ke2
sambutan hari lahir kali ke2 amatla sesimple yg boleh,hanya kek setengah kilo yang bgambar Ultramen menjadi pilihan Syifa',walaupun yang dirai adalah fur'qan,hehe.Apa2 pun aku bersyukur anak2 suka itu yang penting.upacara potong kek adalah pada 5.10.2012 selepas isyak.ITulah sebabnya semua sudah berbaju tido bagai.
Sambutan birtday berterusan ke esok harinya,cewah kalini bawa anak2 mandi di kolam renang Taman Belia.Walaupun pada mulanya furqan agak takut dan mungkin juga terasa gayat dlm air (seperti abahnya) itu hanyalah seketika sahaja.lepas tu tak mau keluar dari kolam pula,alahai Fur'qan,...

Thursday, October 4, 2012
Selamat Hari Lahir Nor Abdullah Fur'qan
Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin
Selamat ulang tahun yang ke-2 buat anakku Nor Abdullah Fur'qan - with Norafiza Othman
Nukilan dari Suamiku:Norisyam Mohammad
Wednesday, October 3, 2012
cerita raya,,,,
walaupun Syawal 1433 telah berlalu,baru hari ni nak update citer-citer raya.Pada tahun ni,giliran beraya di kampung laman sendiri bersama parent serta ahli keluarga amatla meriah rasanya.Bukan beerti beraya di kampung suami tidak meriah,tetap bila parent mertua keduanya sudah tiada menyebabkan tiada apa2 lagi istimewanya beraya di kampung suami.Bila ingat macamni,aku terfikir sejenak bagaimanakah perasaannya bila suatu hari mak ayah pula meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.Pastinya ketika itu Syawal aku mungkin tidak bermakna juga....
Pada tahun ni yang lebih istimewanya,anak saudara dan isteri yang baru berkahwin pun turut beraya di kampung halamanku,Bertambah meriahla keluarga kami .
Pagi Syawal seperti biasa aku dan keluarga akan ke masjid,samaada menunaikan solat sunat Aidilfitri ataupun tidak,aku kira inilah kewajipan aku pada setiap pagi Syawal,insyaallah akan kuteruskan dan turunkan kewajipan pada anak-anakku juga.
Tradisi masjid di kampungku selepas solat,akan diadakan upacara sedekah duit pada kanak-kanak.Aku rasa tradisi sebegini tiada di lain masjid.Seingat aku tradisi beri duit raya sejak aku kecil lagi...
Di kesempatan ini,aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.mungkin ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris hati dan perasaan.
p/s:Al-Fatihah buat insan yang telah tiada....

permata hati bonda dan abah
ntahla kenapa harini rajin pula nak menulis blog,walaupun tak ada citer yang menarik tapi mungkin pembawaan baby menyebabkan aku rajin pula untuk menulis.dan alasan lain,mungkin pengaruh dari pembacaan blog kawan-kawan.ok juga harap-harap anak dalam kandungan suka dan minat dalam bidang penulisan,insyaalah.ermm ok juga kan....
inilah masa yang syifa dan furqan tunggu-tunggu,Saat dapat bermain bersama maklumla saban hari masa banyak dihabiskan di nursery.Tambahan pula sekarang syifa dah pandai berkata-kata walaupun ada sesetengah perkataan syifa masih sebut dalam pelat tersendiri.Harapnya syifa akan dapat cakap dengan lancar sebelum menjangkau usia4 tahun pada bulan 3 tahun depan.

saat menunggu
entri kalini nak cerita saat-saat menunggu kelahiran anak ke 3,perasaan takut dan teruja mudah kata speechless adalah perkara biasa bagi semua ibu mengandung.mungkin si suami juga merasa getarnya,bagi anak2ku nor auni syifa' dan nor abdullah fur'qan,bonda tetap dan amat sayangkan anak-anak bonda.pada saat entri ini ditulis kandungan telah masuk minggu ke32,bermakna ada lagi 8 minggu sebelum kami sekeluarga menyambut orang baru dalam keluarga kami.
Aku sentiasa berdoa anak yang bakal dilahirkan akan sihat sempurna fizikal dan mental,buat syifa dn furqan doa untuk kalian juga tidak pernah putus-putus semoga kalian panjang umur,murah rezeki,sihat,dan menjadi anak-anak yang hebat di dunia dan akhirat.
Buat suami,aku senriasa juga mendoakan yang terbaik agar hubungan kita akan terus berkekalan hingga akhirnya dan sentiasa diredai olehNya.Semakin hari semakin sayang.
Aku sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan anak-anak yang menambah lagi seri dalam kehidupan ini.Semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga. Amin.....

Tuesday, October 2, 2012
cucu sedara sulung
29 September2012,saya mendapat cucu saudara sulung,so pangkat jg telah bertambah kepada tok su,tahniah kepada anak saudara mohd farhan ashran dn ruzana dgn kelahiran Nur Qalisha Farhana.
Thursday, August 2, 2012
Salam Ramadhan
selamat berpuasa utk semua.....semoga amal kita berganda pada bulan yg mulia ini dn diterima,insyaallah
Saturday, May 12, 2012
Percutian tahun ke-4
Honeymoon tahun ke-4 kali ni kami ke Kuching....pemilihan Kuching sebagai destinasi percutian adalah atas beberapa faktor dan paling utama anak-anak nak naik kapal terbang.4 hari 3 malam di bumi Kenyalang,rasa best sangat,terutama di bilik hotel -360 Hotel.Tempat yang kami lawati biasala Taman Budaya,Sariken dll.
Next percutian rasanya macam nak ke Sabah pula,tapi ntahla macam mana sbb family pun masa tu insyaallah dah bertambah lagi sorang baby. So tunggu je la tahun depan mana-manapun janji boleh tenangkan fikiran dan yang paling penting anak2 suka dan dapat spend time bersama-sama.Hidup hanya sekali dan tak lama hargailah orang yang disekeliling kita.....I LOVE U ALL FOREVER.........
Wednesday, April 4, 2012
keliru...
kadang-kala saya amat keliru dengan situasi hiburan semasa....lagu yang diangap sebagai penyedap halwa telinga diharamkan(merujuk kepada lagu Bawaku Pergi). walaupun lagu tuh ala2 macam nak lari dari rumah tapi baca la apa comment penulis lagu nih...
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.
Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?
Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Ha betul gak ..xkanla kalau dengan lagu 4 minit dah bleh buat anak kita lari dari rumah...Saya rasa pihak berwajib yang mengharamkan lagu nih kena buat usul periksa semula. Tengok dari pelbagai sudut dan faktor.Cuba haramkan artis-artis yang berpakaian seksi dan juga iklan-iklan dari luar negara yang tidak memenuhi kretiria kita sebagai warga timur yang pentingkan agama dan adat.....Saya kira itulah yang terbaik dalam membendungi pelbagai masalah sosial anak remaja kita....Sekian...

Friday, March 30, 2012
Kampung dan peristiwa cirit
| perkarangan laman rumah mak tok dan tok ayah |
Cuti selama seminggu dihabiskan di kampung di Utara Perlis.Sungguh indah dan nyaman udara di sana. Jauh benar bezanya dengan persekitaran Penang.Bersama keluarga juga melupakan seketika segala urusan kerja2 rutin harian yang kadang- kala bosan dengan pelbagai masalah yang pelbagai dan tak pernah sudah-sudah.
Sekembalinya kami dari kampung, anak2 demam dan seterusnya merebak ke cirit-birit dan muntah. Mungkin cuaca panas terik di negeri Perlis nan indah punca demam, yang paling teruk adalah Syifa' dari demam biasa melarat ke muntah dan cirit menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad..Kesian dia, tapi yang terkejutnya bila sampai di wad, rupanya ramai lagi kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat cirit dan muntah. syifa' terpaksa ditempatkan di bilik pengasingan.Kena masukkan air 1 botol.Alhamdullillah semalam di wad Syifa' dah beransur pulih. Bila balik rumah Fur'qan pula kena cirit-birit dan muntah.Semoga mereka cepat sembuh dan sihat macam selalu.....
| Wad kanak-kanak GH Penang |
Tuesday, March 27, 2012
Minyak seledup
minggu lepas saya dan keluarga pergi ke Thailand melalui Wang Kelian,Walaupun x jauh dari Malaysia, Saya terpandang akan lambakan pelbagai minyak masak di pasaran. Sedangkan sepanjang pemantauan yang dijalankan oleh Pegawai Pemantau, negeri-negeri di utara semenanjunag mengalami masalah kekurangan minyak masak terutama 1 kg (paket) dan 5kg botol. Anehnya bagaimana di negara tersebut, berlaku lambakan minyak masak di sana. Di atas adalah bukti bergambar minyak masak. Silapnya terlupa pula nak tanya harga minyak masak yang dijual di sana.Pastinya lebih tinggi dan menguntungkan sesiapa sahaja yang menyeludup minyak ke Thailand.Jahat sungguh...Lain kali p nak tanya berapa harga....heheheh. Lagi pelik bagaimana agensi-agensi yang mengawal pintu-pintu sempadan xperasan langsung mengenai hal ni...apa yang telah berlaku sebenarnya????? Bagaimana mudah benar barangan bersubsidi berlambak di pasaran luar???Berbagai persoalan di benak fikiran saya....siapa patut dipersalahkan???
Wednesday, March 14, 2012
Peningkatan Usia anak...
| syifa' setahun |
| syifa' 2 tahun |
| syifa' 3 tahun |
Wednesday, February 29, 2012
Telefon Bimbit
P1i
G900
Samsung Wonder
Tapi lately handphone kesayangan ni macam dah blur2 sket kadang2 msg xdapat bila dah off, on semula berderet msg masuk.mungkin dah sampai usia matang hp ni setelah hampir 4 tahun menggunakan khidmat P1i.Tetapi sepanjang tempoh penggunaan handphone tersebut hanya 2 kali je dibawa ke kedai untuk dibaiki,cuma masalah nak charge je..elektrik xmasuk.yang lain semua x der masalah walaupun hp tu kadang-kala dibaling macam bola oleh fur'qan atau syifa'.
Bermula semalam 28 Februari 2012 saya nekad nak tukar hp, tapi bukan hp baru la, hp suami yang dia dah x nak pakai sebab dia dah beli hp baru Samsung Wonder. Tapi ok lagi hp ni...cuma x secanggih P1i.Terima kasih P1i dan P1i tetap menjadi pilihan hati setakat ni, dan sehingga sekarang juga xder lagi cita2 nak pakai smartphone....pada masa akan datang insyaallah....
Wednesday, February 22, 2012
Tribute buat Allahyarham Sudirman
Pada hari ini genap 20 tahun Dato' Sudirman Haji Arshad DIMP, JMN, AMN, AMP (25 May 1954 – 22 February 1992) meninggalkan kita semua.Walaupun begitu lagu2 nyayiannya masih lagi segar untuk didengar,Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.Wauu hebat sekali.Lagu-lagu beliau sesuai untuk semua golongan masyarakat, pekerja kilang,penganggur,jururawat (Jamilah), pelajar (Pesan abang).
SayaKata pada entri kali ini menyenaraikan lagu-lagu yang paling diminati antaranya:
31 Ogos, bapak dan warisan (kategori patriotik) dan nilai cintamu...
Al-Fatihah untuk Arwahyarham Dato'Sudirman Hj. Arshad

Tuesday, February 21, 2012
Khas Buat Wanita Bernama ISTERI!!!
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.
Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

Khas Buat Lelaki bernama SUAMI !!!
Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.
Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik.
Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah.
Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpin masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta.
Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.”
Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.
Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”
Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.
Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu. Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w.

Monday, February 13, 2012
takziah
Takziah kepada abang dan keluarga di atas kehilangan anaknda Allahyarham Abd. Mujib Bin Suhairi pada 3 Februari 2012 ,Bersamaan 11 Rabiul Awal 1433 , Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah....
Thursday, February 2, 2012
nursery
pagi ni hantar syifa' ke nursery,sian nengok budak2 kena tingal dengan mak bapak..masing-masing bersandar di tepi dinding dengan mood baru bangun tdo dengan cara paksa. MESTI bangun bila dah sampai pintu nursery.Kadang-kadang terfikir juga diri sendiri dijaga oleh mak sepanjang masa,belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading.ada ijazah sarjana muda walaupun bukan Ijazah 1st class, Now,anak pula ditingalkan dengan orang lain,hampir 9 jam membesar di depan orang lain dan bukan di depan mata ibu bapa sendiri. Bila dah balik rumah sama-sama penat,anak2 pun time nih la nak tunjuk perangai merengek ndak itu ini.....pastu anak2 pun tertido. Berapa jam je kita spend time untuk anak2 kita setiap hari?????renung2kanlah
Wednesday, February 1, 2012
PenyeRI Hidup
sepanjang tempoh tersebut juga dah ada 2 orang anak comel2. Sekali lagi syukur kepadaNya, tak lupa juga kepada suami yang ok dan kuangap lebih pada kawanla..so lebih senang untuk berbincang dari segala hal, politik,filem,drama,gosip2 yang vass gitu dan macam2 lagi, xlupa juga rakan kongsi niaga....amat begitu senang dengannya...
Begitu cepat masa berlalu,macam baru je kawin semalam....bilik pengantin kat kampung masih sama macam ari kawin....saja kononnya nak jadikan kenanganla...
Syukur alhamdullillah....
Syukur alhamdullillah....
KenanGan
terima kasih kobeng (abang)
Setelah sekian lama x menulis ..so macam2 citer nak citer dan rasanyanya x abis kalau nak cerita segala-galanya....tapi ringkasannya sepanjang tempoh tersebut segala pahit manis dapat diharungi dengan baiknya, mungkin dorongan kuat dari keluarga menjadikan semuanya berjalan dengan mudah serta x lupa juga doa yang x pernah putus2....
Ringkasan peristiwa penting sepanjang tempoh tersebut......
Pindah rumah
Time mula-mula live kat penang nih masa mula-mula kawen kami nyewa dulu kat flat Sri Wonder, biasalah kat penang mana nak ada rumah teres kan, so pilihan yang ada dan sesuai dengan gaji adalah rumah flat....tapi nyewa kat cni memang mahal la...rumah 506 sf RM400+50 for parking...bayangkanlah kalau time ramai famili datang agak besesak2 jugala dengan 2 bilik dan 1 br. Tapi yang best dan berbangganya famili x putus2 datang ke rumah comel kami...hahaha. Syok la tu rumah kami....
Hampir 2 tahun juga menyewa di Sri Wonder, bukan xder niat nak beli rumah tapi lokasi,price perlu di ambil kira...bukan senangkan nak beli rumah...tapi alhamdulillah selepas mencari turun naik apartment dan boleh dikatakan rumah tingkat -yang ada kat area georgetown ni semuanya kami dah p tengok via tuan rumah ataupun ejen..tapi semuanya macam ada x kena...macam xder ikatan kimia la dengan kami rumah2 yang kami tengok tu..
Last2 lepas lahir anak ke 2 time kat kampung...si syam (panggilan untuk suami) call kata dah ada rumah yang ok dan ok la...Price RM120k 3r and 2 br..ok la kan???? korang janganla bandingkan dengan rumah kat sebarang memang x dapatla kat island price dan rumah cam gitu...lepas dah survey2 ,tengok2,tanya2,ok price dan lokasi...dekat dengan Masjid,Pasar,kawasan orang Islam ,walaupun bukan melayu sepenuhnya,kami bersetuju nak beli rumah tu... itu merupakan faktor yang perlu ada dalam pembelian rumah kami.
Proses pembelian mengambil masa yang agak lama... berurusan dengan Bank Islam,agak slow (maaf bukan bermaksud apa2),lepas tu dengan loyer juga dengan orang melayu-Islam (agak slow juga) kami agak sedihla time tu sebabnya dengan niat nak tolong melayu tapi macam ni plak jadinya.....kawan2 yang berurusan dengan bangsa lain semuanya dah setel sedangkan kami asyik kena follow up je ......mungkin ada hikmah di sebaliknya.tapi xperlah akhirnya selesai juga pembelian tersebut.....
proses renovasi juga mengambil masa hampir sebulan, sbb terukla kan kalau ambil masa lama2 nak sewa rumah dok sekarang lagi nak bayar bank lagi untuk rumah baru....tapi untuk proses renovate abang rekemenkan kami wong (nama pangilan utk tuan kontraktor)untuk mengubahsuai rumah kami...terima kasih kepada abang yang banyak membantu...syukur rumah siap di ubah suai,cantik,simple,tapi sket2 ada rasa kesilapan ada pengubahsuian tu biasalakan,len-len kali ada duit boleh tambah lagi....
mula
payah betul nak mula setelah 3 tahun x menulis blog...walaupun dalam fikiran macam2 benda nak luahkan dan banyak perkara berlaku sepanjang tempoh tersebut....
bila dah selalu baca2 blog orang lain, teringin nak menulis semula tapi kesuntukan masa yang menyebabkan blog ni terhenti macam tu je.
kalau x salah masa blog ni dibuat tahun 2009,baru je dapat anak pertama, masih lagi duduk d rumah sewa dan sekarang dah ada anak ke dua, dan dah berusia setahun..begitu cepat masa berlalu dan sekarang usia menjengah 30 tahun.... sudah 30 tahun di muka bumi tuhan ni...bersyukur kepadaNya.......
Harap pada tahun lompat ini (2012)..... blogku dapat aktif sepenuhnya

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...