Sunday, May 31, 2026

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahagia sebelum ini kita juga tidak tahu sampai bila.Sesekali badai kecil dan besar menghempas kehidupan yang dulunya damai dan menenangkan.

Jika kita merasakan Allah ambil rasa kecewa  mesti kita rasa, tapi jika kita merasakan inilah takdir tulisan yang telah ditulis sebelum kejadian kita, kita akan akur dan tenangnya itu tiba.Walaupun bukan mudah seperti apa yang dicatat pada entri pagi ini.Tapi semua yang berlaku menjadi pengajaran buat diri sendiri.Rasa ego, pemilikan, prasangka buruk, rasa kebergantungan, penyesalan dan sebagainya seperti keluar dari diri sendiri.

Mungkin ini cara Allah nak menyedarkan dari diri terus tersasar jauh.Rasa Redho dan ikhlas mula hadir sedikit walaupun kadang -Kala bertanya juga,MENGAPA.SAMPAI BILA! Seperti di awangan tapi inilah kenyataan yang perlu ditempuhi.Orang sekeliling melihat kuat dan seperti kita boleh membawa diri..jika itullah doa mereka Alhamdulillah semoga seperti apa yang mereka lihat.Kuat juga dariNya.

Saya yakin kita menyerahkan kembali orang yang ada pernah ada bersama kita, dan itulah tempat yang terbaik bagi nya dan bukan lagi di sisi kita di dunia ini.Ujiannya di dunia ini telah selesai.Tinggal untuk kita yang akan meneruskan perjuangan dalam menghadapi ujian yang telah ditetapkan.

Bagi saya...suami untuk 17 tahun 8 bulan yang dipinjamkan adalah yang terbaik, berbuat apa sahaja dengan ikhlas, mungkin orang luar memuji kebaikan arwah tapi kami yang bersamanya akur dengan kata-kata sahabat sekeliling.

Semoga arwah suami & abah kepada anak-anak kami ditempatkan bersama golongan yang diangkat darjatnya bersama kaum muslimin yang diredhoi.

Selamat Hari Ulang tahun ke 18 buat kami dan selesai tempoh edah pada hari yang sama.Terima kasih juga buat arwah mak dan ayah.Terima kasih semua atas doa buat kami selama ini dan seterusnya.Semoga yang baik- baik juga buat semua.Semoga Allah memberi segala kebaikan dan menjauhkan segala keburukan yang kita tahu atau tidak.

Semoga amanat arwah supaya saya menjaga anak-anak dengan elok dipermudahkan dengan bantuan dan izin dari Allah.Anak-anak sihat panjang usia dan berkat sehingga kami dikumpulkan semula dalam syurga Firdausi dan dibangkitkan semula bersama Penghulu kita.Itu harapan dan doa sepanjang masa.Bantulah Aku Ya Rabb..Ya Fatah..Ya Rahman..Ya Rahim.

Buat anak-anak terbaik bonda abah Nor Auni Syifa', Nor Abdullah Fur'qan , Nor 'Abdurahman Faqih, dan Nor Aboubakar Fud'zail swpwrti semuanya masih baru menamakan anak-anak.

Bonda doakan kalian semua berjaya dunia akhirat, teruskan perjuangan walaupun apa berlaku, jadi hamba yang menunduk kepada RabNya.Terus melangkah demi amanah abah yang sangat inginkan kejayaan anak-anaknya.

Maafkan bonda jika tidak dapat menggalas sepenuhnya seperti sebelum ini 'separuh' yang masih ada.Kita menjaga hati kita masing- masing dalam melalui ujian ini dan bonda tidak pasti dan kadang bonda juga goyah dalam perjalanan tanpa abah disisi, tapi tetap mendoakan terbaik sepanjang perjalanan sebelum ajal datang menjemput mengadapNya.Ingat Allah sentiasa bersama kita.

Ketahuilah apa yang berlaku anak-anak bonda telah buat yang terbaik untuk bonda dan teruskan berbuat baik dan mendoakan kita semua.Moga bertemu di SyurgaNya yang kekal abadi.Jaga diri semua.



Salam sayang  dari bondašŸ¤

Taman Perda Indah

31Mei2026( 18 tahun)

130 (hari)

Newborn

 Assalammualaikum....Alhamdulillah semalam genap usia 44 tahun.Terima kasih mak dan ayah atas segala usaha melahir dan membesarkan..belum lagi selesai tempoh edah.

Kebetulan tempoh edah selesai pada hri ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18, tanggal 31 Mei nanti.

Bila sampai pada fasa sekarang...perlu melalui ujian yang rasa berat rasa penyerahan sepenuhnya pada Allah, rasa tak berdaya lagi dah...semoga terus sentiasa dalam limpahan dan rahmatNya buat diri serta anak-anak.


Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...