Tuesday, April 30, 2013

Selamat sampai Mei

Tup -tap tup-tap dah 4 bulan kita di tahun 2013,cepat sungguh waktu berlalu.selama 4 bulan yang lepas alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna.Bulan Mei menjengah tiba,rasanya banyak juga agenda-agenda yang istimewa saya dalam bulan Mei.hehhe.Tarikh-tarikh penting tersebut telah siap ditanda di kalender peribadi.

Dimulai dengan 1 Mei -Ya esok Hari Pekerja.Hari yang ditunggu-tunggu,hari bercuti umum.Tema hari pekerja untuk tahun ni Pekerja Pemangkin Transformasi Negara.Betul tu,walau sekecil-kecil jawatan kita hingga ke besar-besarnya kita mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas kita dengan sebaik mungkin.Amanah yang diberi tak boleh kita sia-siakan.

Saya seperti biasa terus menerus menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja sebaik yang boleh walaupun jawatan yang disandang tidak sebesar mana dan tidak sepenting mana.Kadang-kadang golongan pekerja kontrak for services  macam tidak diperlukan.Tak apalah,yang penting segala tugasan yang diberikan disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.tidak kiralah apa juga status kita itu 'konsep' saya.Tetapi selagi khidmat masih diperlukan saya sentiasa bersemangat meneruskan dan berdoa agar akan adanya perubahan yang lebih positif dalam kerjaya saya suatu hari nanti dan saya terus berjaya.

Bagi seluruh pekerja yang masih berkhimat walau dengan agensi mana sekalipun selamat hari pekerja di ucapkan.Semoga terus semangat dan selamat dalam menjalankan tugas masing-masing.Bagi yang telah berpencen,khidmat anda sebelum ini,sentiasa dan akan terus dikenang!!!Bagi yang belum bekerja atau masih mencari-mencari peluang pekerjaan bersabarlah dan teruslah berusaha ke arah tersebut.Bagi saya rezeki di mana-mana selagi kita terus berusaha untuk mendapatkannya In Sya Allah akan dipermudahkan olehNya.

Rezeki bukan hanya sekadar wang dan kerjaya tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan,Nikmat kesihatan, suami/isteri, anak-anak,  ketenangan fikiran,  rasa mencukupi walaupun sedikit dll adalah rezeki Allah.(ayat bos saya hehehe.Terima kasih En....)


-5 Mei-Pilihanraya Umum ke-13

-13 Mei-Hari Ibu

-14 Mei -Hari Lahir Saya

-16 Mei- Hari Guru

-31 Mei-Ulangtahun Hari Besar saya!!!!!

s.k semoga bulan Mei terus membawa kebahagian buat diri ini


Thursday, April 25, 2013

Semakin Dekat semakin Hangat!!!

Semakin dekat dengan PRU13,semakin hangatla kempen-kempen yang dijalankan,poster,replika-replika yang menarik juga menghiasi warna-warni sepanjang tempoh berkempen yang bersisa beberapa hari sahaja lagi.Handphone saya juga dihujani dengan pelbagai SMS yang berbaur fitnah dan saling mengata antara satu sama lain.Tak baik la kan macam tu.sudah cukup sudah,letih dah rasanya,cepat-cepatla undi dan kita bekerja seperti biasa.mudah bukan???
                          
Dalam kekalutan kita dalam beberapa hari ini sebelum tibanya pilihan raya tiba-tiba saya teringat semula lagu-lagu yang patriotik yang membangkitkan semula semangat kita.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

sk:Teringat masa di UiTM dulu



Tuesday, April 23, 2013

Susu Ibu vs Susu Tepung

Tidak perlu dipertikai lagi sememangnya susu ibu atau susu badan adalah yang paling terbaik,tetapi tidak semua yang dapat sepenuhnya bf ni,Bagi saya  dan wanita lain yang bekerja agak sukar untuk bagi susu badan sepenuhnya.Untuk anak pertama  dalam 2 bulan saja menyusu badan.Kasihan Syifa' minum susu Dumex.fur'qan pula dalam 6 bulan bf,itupun siang hari sepenuhnya susu tepung Babylac.Faqih juga menyusu badan sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Faktor utamanya anak-anak sekejap je bf adalah kerana saya pekerja kontrak,xboleh cuti lama dan cuti bersalin pon tanpa gaji.So terpaksa la anak-anak diberi susu formula.Tapi bagi ibu-ibu yang bersungguh-sungguh dalam bf boleh perah susu di tempat kerja.Mungkin faktor 'malas' hehe dan x bersungguh-sungguh dalam usaha murni ini membuatkan usaha perah susu di tempat lerja tidak kemana.Kini Syifa' dan Fur'qan sepenuhnya minum Ducth Lady 123,lepas ni in sya Allah 456 pula. Anak- anak pon suka dan harganya juga amat- amat berpatutan.Maklumla harga susu sekarang boleh tahan harganya. Sebenarnya susu formula yang mahal tidak semestinya bersesuaian dgn anak- anak kita.Lagipun DL mengandungi nutrisi yang lengkap.So sebagai ibu bapa kita pilihlah yang terbaik buat permata-permata hati kita!!!!http://www.smartmoments.com.my/

Monday, April 22, 2013

Bila Diri ini Berhutang-PTPTN-


Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” 
(HR. Ahmad)
Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)


Entri saya kali ini menyingkap isu berkaitan PTPTN,syukur alhamdulillah sehingga hari ini saya masih lagi berusaha untuk menjelaskan saki-baki hutang yang ada,walaupun baki hutang masih banyak tetapi diharap usaha yang berterusan akan melangsaikan juga segalanya suatu hari ini.In Sya Allah.

Pelbagai pendapat berkaitan isu PTPTN,ada yang mau bayar,dan lagi-lagi ramai yang dah bagi keputusan muktamad x mau bayar.Tetapi bagi saya KONSEPnya amat mudah,bila dah  meminjam tu pandai-pandaila membayar semula.

Pengurangan kos pentadbiran dari 5% kepada 3 % juga telah banyak mengurangkan bebanan untuk melunaskan hutang peminjam.

Diharapnya sesiapa sahaja yang merasakan dirinya masih lagi ada hutang (bukan sahaja dengan PTPTN) diharapnya sama-samalah kita selesaikannya.Jika kita tidak membayar hutang bagaimana nanti nasib anak-anak bangsa pada masa hadapan.Tidak adil rasanya jika mereka pada masa hadapan tidak dapat merasa nikmat tersebut.Jangan pentingkan diri sendiri ok!!!!

sk: ingat memperingati sesama kita amalan mulia...


Thursday, April 18, 2013

PRU13

Insyaallah untuk PRU 13 kalini,dah kali ke-2 saya mengundi.Berdebar dan tak sabar menantikan saat itu,saat pembuangan undi dan lebih-lebih berdebar lagi menantikan keputusan PRU 13.

PRU kali ini dianggap paling mencabar dan paling dashyat dalam sejarah Malaysia rasanya la kan?Sudah 5 tahun berlalu,begitu cepat ,jika mengundi buat kali pertama saya masih lagi seorang pelajar UiTM,bujang,kini dalam tempoh 5 tahun tersebut saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Begitu juga dengan kerajaan yang telah dipilih dan diberi mandat dalam PRU12,terus rancak merencanakan pembangungan negera dalam setiap aspek kehidupan rakyat dilakukan supaya Malaysia terus maju dan makmur dan terus mengekalkan rekod cemerlang seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi satu pihak lagi,yang terlalu teringin memerintah negara yang tercinta ini,aishh susah juga nak cakap,terlalu takut juga rasanya jika perubahan yang terlalu drastik yang akan memusnahkan apa yang telah kita bina sebelum ini.Bagi saya pihak yang lagi satu 'tu',saya lihat mereka bukan lah pihak yang hendak bersama-sama membangukan negara ini,sebaliknya mereka hanya ingin memusnahkan apa yang telah kita bina dan membina sesuatu yang baru dan yang belum tentu pasti.Kita wajib ingat,membina sebuah negara bukanlah semudah yang disangka dan diangan-angankan.

Suami saya, orang sekeliling selalu kata cubalah TUKAR, 'negara lain boleh je tukar pemerintah berbeza'.Bagi saya Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri.Malaysia sebuah negara yang 'kompleks dan agak rumit' ,berbagai bangsa dan agama yang menjadi penghuninya.Politik kita juga berbezaJadi tak perlulah kita nak membandingkan dengan negara-negara lain seperti Jepun, China dan Amerika.Malaysia adalah Malaysia.Bagi negara-negara tersebut,walau sesiapa sahaja yang memerintah dan berkuasa contohnya di Jepun,mereka tetap bangsa Jepun yang satu dan sama.Punya visi dan misi yang sama.Bagi Britain pula,walau sesiapa sahaja yang memerintah, dasar-dasar teras negara,matlamat dan polisi mereka tetap sama dan mereka terus mempertahankannya.Berbezakan dari kita,yang hanya ingan merubah apa sahaja yang mereka fikirkan tidak betul.

Bagi saya,tetap dengan pendirian saya,walau apa juga juga kempen,bisikan serta hasutan yang datang biarlah saya dengan ketetapan diri saya ini, berila peluang anak-anak pada masa akan datang turut merasa apa yang telah saya rasa sebelum ini,Biarlah mereka hidup dengan aman kerana merekalah pewaris negara kita.Pastikan pilihan kita pada 5 Mei 2013 adalah pilihan yang bijak,tepat dan berbaloi.Ingat keputusan yang dibuat bukanlah untuk sehari dua,sebulan dua,tetapi untuk tempoh 5 tahun akan datang!!!Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Selamat mengundi buat semua!!!!



p/s;Jika ada salah silap sama-sama kita betulkan

Friday, April 5, 2013

Jadi Cikgu Permata!!

Syarat kemasukan anak ke Sekolah PERMATA,parent diwajibkan luangkan masa 4 jam dalam sebulan bersama -sama anak dan tenaga pendidik.Untuk bulan Mac(baru update)saya seorang je yang berkesempatan ke sekolah sebab suami kerja.Saya memang teruja nak menjaga 9 orang,termasuk 2 orang anak sendiri.Kebetulan seorang guru pada hari tersebut bercuti.

Sebenarnya bukan perkara yang mudah nak menjaga dan mendidik anak-anak kecil,berbagai macam kerenah mereka.Syukur,tugas yang diberikan pada hari tersebut berjalan lancar walaupun hanya sebagai pembantu tadika.

Dari situ,barulah kita tahu bagaimana para guru dan pembantu menjaga anak-anak semasa kita berkerja.Moga-moga lebih banyak sekolah PERMATA ditubuhkan,bayar lebih pon ok,sbb sangat berpuas hati dengan TASKA PERMATA!terima kasih!!!

Ohhh my TOMMY HILFIGER!!!!

Baru-baru ni tetiba pula rasa teringin nak mengenakan kaca mata hitam,mungkin keadaan cuaca yang agak panas menjadi faktor pendorong untuk mendapatkan kaca hitam.Kalau ikutnya memang suka jenama Esprit,tapi dah terjumpa yang ni pon kira okla.Bertambah lagi dgn potongan harga yang menarik minat saya!!! faktor harga amat penting,hehe.

So terima kasihla kepada en.suami yang menjadi penasihat tetap dalam pemilihan setiap barangan,hehe,tq

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...