Monday, April 22, 2013

Bila Diri ini Berhutang-PTPTN-


Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” 
(HR. Ahmad)
Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)


Entri saya kali ini menyingkap isu berkaitan PTPTN,syukur alhamdulillah sehingga hari ini saya masih lagi berusaha untuk menjelaskan saki-baki hutang yang ada,walaupun baki hutang masih banyak tetapi diharap usaha yang berterusan akan melangsaikan juga segalanya suatu hari ini.In Sya Allah.

Pelbagai pendapat berkaitan isu PTPTN,ada yang mau bayar,dan lagi-lagi ramai yang dah bagi keputusan muktamad x mau bayar.Tetapi bagi saya KONSEPnya amat mudah,bila dah  meminjam tu pandai-pandaila membayar semula.

Pengurangan kos pentadbiran dari 5% kepada 3 % juga telah banyak mengurangkan bebanan untuk melunaskan hutang peminjam.

Diharapnya sesiapa sahaja yang merasakan dirinya masih lagi ada hutang (bukan sahaja dengan PTPTN) diharapnya sama-samalah kita selesaikannya.Jika kita tidak membayar hutang bagaimana nanti nasib anak-anak bangsa pada masa hadapan.Tidak adil rasanya jika mereka pada masa hadapan tidak dapat merasa nikmat tersebut.Jangan pentingkan diri sendiri ok!!!!

sk: ingat memperingati sesama kita amalan mulia...


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...