Thursday, April 18, 2013

PRU13

Insyaallah untuk PRU 13 kalini,dah kali ke-2 saya mengundi.Berdebar dan tak sabar menantikan saat itu,saat pembuangan undi dan lebih-lebih berdebar lagi menantikan keputusan PRU 13.

PRU kali ini dianggap paling mencabar dan paling dashyat dalam sejarah Malaysia rasanya la kan?Sudah 5 tahun berlalu,begitu cepat ,jika mengundi buat kali pertama saya masih lagi seorang pelajar UiTM,bujang,kini dalam tempoh 5 tahun tersebut saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Begitu juga dengan kerajaan yang telah dipilih dan diberi mandat dalam PRU12,terus rancak merencanakan pembangungan negera dalam setiap aspek kehidupan rakyat dilakukan supaya Malaysia terus maju dan makmur dan terus mengekalkan rekod cemerlang seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi satu pihak lagi,yang terlalu teringin memerintah negara yang tercinta ini,aishh susah juga nak cakap,terlalu takut juga rasanya jika perubahan yang terlalu drastik yang akan memusnahkan apa yang telah kita bina sebelum ini.Bagi saya pihak yang lagi satu 'tu',saya lihat mereka bukan lah pihak yang hendak bersama-sama membangukan negara ini,sebaliknya mereka hanya ingin memusnahkan apa yang telah kita bina dan membina sesuatu yang baru dan yang belum tentu pasti.Kita wajib ingat,membina sebuah negara bukanlah semudah yang disangka dan diangan-angankan.

Suami saya, orang sekeliling selalu kata cubalah TUKAR, 'negara lain boleh je tukar pemerintah berbeza'.Bagi saya Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri.Malaysia sebuah negara yang 'kompleks dan agak rumit' ,berbagai bangsa dan agama yang menjadi penghuninya.Politik kita juga berbezaJadi tak perlulah kita nak membandingkan dengan negara-negara lain seperti Jepun, China dan Amerika.Malaysia adalah Malaysia.Bagi negara-negara tersebut,walau sesiapa sahaja yang memerintah dan berkuasa contohnya di Jepun,mereka tetap bangsa Jepun yang satu dan sama.Punya visi dan misi yang sama.Bagi Britain pula,walau sesiapa sahaja yang memerintah, dasar-dasar teras negara,matlamat dan polisi mereka tetap sama dan mereka terus mempertahankannya.Berbezakan dari kita,yang hanya ingan merubah apa sahaja yang mereka fikirkan tidak betul.

Bagi saya,tetap dengan pendirian saya,walau apa juga juga kempen,bisikan serta hasutan yang datang biarlah saya dengan ketetapan diri saya ini, berila peluang anak-anak pada masa akan datang turut merasa apa yang telah saya rasa sebelum ini,Biarlah mereka hidup dengan aman kerana merekalah pewaris negara kita.Pastikan pilihan kita pada 5 Mei 2013 adalah pilihan yang bijak,tepat dan berbaloi.Ingat keputusan yang dibuat bukanlah untuk sehari dua,sebulan dua,tetapi untuk tempoh 5 tahun akan datang!!!Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Selamat mengundi buat semua!!!!



p/s;Jika ada salah silap sama-sama kita betulkan

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...