Friday, March 30, 2012

Kampung dan peristiwa cirit

perkarangan laman rumah mak tok dan tok ayah

Cuti selama seminggu dihabiskan di kampung  di Utara Perlis.Sungguh indah dan nyaman udara di sana. Jauh benar bezanya dengan persekitaran Penang.Bersama keluarga juga melupakan seketika segala urusan kerja2 rutin harian yang kadang- kala bosan dengan pelbagai masalah yang pelbagai dan tak pernah sudah-sudah.

Sekembalinya kami dari kampung, anak2 demam dan seterusnya merebak ke cirit-birit dan muntah. Mungkin cuaca panas terik di negeri Perlis nan indah punca demam, yang paling teruk adalah Syifa' dari demam biasa melarat ke muntah dan cirit menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad..Kesian dia, tapi yang terkejutnya bila sampai di wad, rupanya ramai lagi kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat cirit dan muntah. syifa' terpaksa ditempatkan di bilik pengasingan.Kena masukkan air 1 botol.Alhamdullillah semalam di wad Syifa' dah beransur pulih. Bila balik rumah Fur'qan pula kena cirit-birit dan muntah.Semoga mereka cepat sembuh dan sihat macam selalu.....
Wad kanak-kanak GH Penang

Tuesday, March 27, 2012

Minyak seledup

minggu lepas saya dan keluarga pergi ke Thailand melalui Wang Kelian,Walaupun x jauh dari Malaysia, Saya terpandang akan lambakan pelbagai minyak masak di pasaran. Sedangkan sepanjang pemantauan yang dijalankan oleh Pegawai Pemantau, negeri-negeri di utara semenanjunag mengalami masalah kekurangan minyak masak terutama 1 kg (paket) dan 5kg botol. Anehnya bagaimana di negara tersebut, berlaku lambakan minyak masak di sana. Di atas adalah bukti bergambar minyak masak. Silapnya terlupa pula nak tanya harga minyak masak yang dijual di sana.Pastinya lebih tinggi dan menguntungkan sesiapa sahaja yang menyeludup minyak ke Thailand.Jahat sungguh...Lain kali p nak tanya berapa harga....heheheh. Lagi pelik bagaimana agensi-agensi yang mengawal pintu-pintu sempadan xperasan langsung mengenai hal ni...apa yang telah berlaku sebenarnya????? Bagaimana mudah benar barangan bersubsidi berlambak di pasaran luar???Berbagai persoalan di benak fikiran saya....siapa patut dipersalahkan???

Wednesday, March 14, 2012

Peningkatan Usia anak...

syifa' setahun
syifa' 2 tahun

syifa' 3 tahun
Rasanya baru semalam sahaja melahirkan Syifa',cepat sungguh masa berlalu syifa' telah berusia 3 tahun..... Bagi sambutan birthday setahun dan 2 tahun, sambutan birthday diadakan di kediaman kami Sri Wonder.Ramai saudara mara,kawan-kawan dan jiran2 meraikan birthday Syifa'. Cuma tahun ni birthday disambut di Nursery Pangsapuri Harmoni bersama tenaga pengasuh dan rakan2 Syifa'....Walaupun syifa belum lagi dapat bertutur dengan lancar tetapi keletah dan aksi syifa' amat mmbahagiakan bonda,abah dan adik Fur'qan..thank you Allah.Bonda doakan syifa' panjang umur, dimurahkan rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.....Bonda sayangkan Nor Auni Syifa'..

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...