Tuesday, September 19, 2023

Belasungkawa 🥹


Assalammualaikum dan salam sayang semua.Alfatihah buat sahabat rakan sekerja, Allahyarham Muhammad Abi Saifuan bin Mustafa,baru petang semalam 18 September 2023 lebih kurang jam 8 malam dijemput ilahi pulang ke negeri abadi.Kami rakan-rakan sekerja sempat memberi penghormatan terakhir buat arwah sehingga selesai bacaan talkin..

Serba sedikit berkaitan arwah ,arwah adalah dari kemasukan baru bertarikh 1 April 2019.Pada saya arwah orangnya ceria,menghormati semua orang terutama dari pihak atasan dan kami yang lebih senior darinya,peramah, pada pandangan saya semuanya ok dan  tidak pernah ada masalah dengan arwah selama kami satu pejabat sebelum ni.Arwah juga sering membantu kami semua dalam urusan kerja dan membantu dalam proses pertukaran saya tempoh hari.

Whatsapp terakhir kami berdua 2 hari sebelum arwah Aby dijemput. Selepas beberapa lama aruah bekerja, bertemu jodoh dengan wanita dari pejabat yang sama cuma unit yang berbeza.Begitu juga isteri arwah,baik,sangat menghormati,peramah sesuai lah bertemu jodoh dengan arwah.Takziah buat Ikin, bukan sesuatu yang mudah dalam tempoh berkahwin belum lagi  setahun, berbadan dua, kita yang orang luar turut berasa sedih inikan pula Isteri arwah yang menanggung.Semoga Ikin terus kuat, sentiasa dalam rahmat Allah dan anak dalam kandungan juga membesar dengan sihat sehingga selamat dilahirkan.Tak sabar pula menanti 'Aby Junior'.

Sebenarnya pada hari kelmarin ,entri ni bersambung - sambung penulisannya ,bermakna hari Aruah meninggal, ada la berlaku sedikit salah faham antara saya dan sahabat lama(cerita lain).Boleh kata memang dah level sahabat la sebab dah lama sangat kami kenal.Kalau yang sudah mengenali saya,mungkin sudah dapat tahu saya bagaimana sikapnya,saya jenis yang susah bertanya atau tidak suka menggambil tahu lebih lanjut jika ada apa-apa perkara berlaku.

Tapi ujian dan pengajaran yang sangat besar dan tersentap dengan kekhilafan diri sendiri, saya tidak sedikit pun menyalahkan sahabat yang memang saya kira terasa sangatlah dengan soalan yang saya ajukan bukan secara verbal tapi melalui 'Instagram Messages' dan bagi saya pula itulah soalan seperti santai-santai dan tiada langsung niat menyakitkan hati atau apa-apa.Tapi ikhlas dari hati saya tidak menyalahkan sahabat saya,Saya sudah memohon maaf dan berdoa agar semuanya berjalan seperti biasa.Tidak pasti di pihaknya.

'Moral of the story ' jika ada apa-apa pertanyaan kepada sahabat elokla bertanya secara terus sebab dalam media sosial kita tak tahu itonasi suara sama ada serius, lawak-lawak, atau apa-apa sajalah orang boleh tafsirkan.Ingatan untuk diri sendiri janganlah banyak bertanya baik diam saja. Itu yang terbaik. Selesai.

Hanya selang beberapa jam dari peristiwa yang saya rasa amat sedih dengan apa yang berlaku dalam sebuah persahabatan, tergempar la berita kematian seorang sahabat yang peristiwa sebelum ini sangat sedih,tetapi berita kehilangan sahabat lagi-lagi menyentap jiwa, tiba-tiba hilang terus kisah  rajuk sahabat melalui medsos tadi hingga saat ni, Allah lenyapkan terus kesedihan yang tadi kita rasa paling besar la pada hari tersebut.

Dari kisah ini dapat rumuskan dalam beberapa jam Allah cepat-cepat sedarkan kesedihan,kebahagian dan apa-apa sahaja di dunia ni semuanya bersifat sementata.Kalau kita rasa itula saat kita terduduk sedih, rasa terhina,berduka,menyalahkan diri sendiri atau sesiapa dan sebagainya semuanya sementara.Diri terasa seperti di awangan, benar semuanya ketentuan ilahi telah sampai masanya tapi iktibarnya usia muda ,sihat jika sudah sampai masanya bersedia atau tidak dengan maut itu bukanlah pilihan kita.Pilihan yang kita ada adakah bersedia atau tidak dengan amalan yang akan dibawa nanti.

Selain itu juga kita boleh memaafkan arwah jika ada sebarang salah dan silap, tetapi bagaimana pula jika kita yang ada silap dengan arwah, risau jika arwah tak sempat maafkan kita.Atas sebab ini juga bagus juga amalan memaafkan semua sebelum kita tidur di malam hari, atau terus maafkan jika sesiapa saja yang kita terasa hati, walaupun sukar dan dicampur ego kita yang tinggi bolehla cuba juga cari jalan penyelesaian dengan memafkan. Hikmah dari banyak kematian mengejut di depan mata kita.

Begitulah serba sedikit cerita duka kesedihan 2 hari lalu, sehari sebelum kejadian Ikin dihujani dengan kata-kata tahniah kerana kenaikan pangkat dan dapat berpindah ke tempat baru ,kita membaca dan mendengar juga tumpang bahagia bagi pihaknya, siapa sangka esoknya berderet ucap takziah pula.Ikin kehilangan suami pula.Silih berganti suka duka kita lalui, itulah dunia bersifat sementara.

Semoga sahabat yang membaca entri kali ini ,semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah.Maafkan jika ada salah silap antata kita, doanya kita semua bahagia dengan cara kita apa yang kita lalui itulah yang Allah telah tetapkan, ujian silih berganti itulah kehidupan kita di dunia yang penuh tipu daya.

Semoga kita semua saling tarik menarik untuk masuk ke syurga firdausi nanti dan marilah sedekahkan bacaan  Al Fatihah buat Nabi Junjungan Nabi kita SAW, para ahli keluarga ,sahabat, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat dan seluruh umat Nabi Muhammad yang sudah dijemput pulang ke penciptaNya.

P/s  ; adakah kita semua telah melakukan persediaan menghadapi kematian? Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..MATI ITU PASTI...

Kompleks Sempilai

4.28pm



Sunday, September 3, 2023

Jelajah kemerdekaan ke 66


 Assalammualaikum dan salam kemerdekaan buat seluruh warganegara Malaysia walaupun di mana berada di luar atau dalam negara.Alhamdulillah syukur untuk tahun ke 66 tahun ni,doa kita semoga merdeka kita merdeka selamanya yang mengikut aliran agama islam dan budaya serta adat majmuk kita.

Sebenarnya perancangan sambut merdeka di Putrajaya pada tahun ni tidakla dirancang sangat macam agak tiba-tiba.Lebih kurang sebelum 3 minggu merdeka sibuk cari bilik hotel,tapi kawasan Putrajaya semuanya sudah penuh.

Jadi bila tanya kawan di Putrajaya katanya area Kota Warisan katanya ok.

Mula la servey kondo homestay kawasan sana.Alhamdulillah ada.

Catatan perjalanan kami bermula pada 30 Ogos 2023 lebih kurang 630 pagi dari rumah.Percutian ke Zoo Negara juga di saat-saat akhir.Sampai dalam jam 12 tengah hari di Zoo Negara.

Setelah selesai tawaf dalam kawasan zoo, lebih kurang 5 petang lebih baru kami bertolak ke Kota Warisan.Tapi walaupun tidak dirancang tetapi Zoo Negara adalah tempat yang sesuai bawa anak-anak menikmati dan melihat haiwan liar secara lebih dekat.Alhamdulillah cuaca juga elok sepanjang pengembaraan kami.Tiket juga dibeli secara atas talian lebih murah sedikit berbanding kaunter dan termasuk melawat panda.Pelancong dalam dan luar negara jangan ceritala ramai sangat.Bertabahlah.tapi semua kami seronok.

Kami sampai di Kota Warisan dalam 630 petang,terus check in dan jalan-jalan sekitar bawah .Kolam renang pon boleh tahan cantiknya.Bilik juga tip top. 

Esoknya dalam 630 pagi kemi bergerak semula ke Putrajaya Central,sebab semua kenderaan perlu diletak di sana dan perlu menggambil shutle bas untuk ke dataran Putra.Sebenarnya masa tu kiranya dah lambat sangat ..sepatutnya orang ramai dah memenuhi ruangan dataran sejak malam lagi.

Tetapi oklah untuk merasa kenikmatan sambut merdeka peringkat kebangsaan kan.

Bila sampai memang sangat padatlah warganya,tetapi sangat berbaloi walaupun hanya dapat tengok sikit-sikit ja.. kalau nak keselesaan baiklah menonton di kaca television sahaja.

Selepas selesai di Putrajaya,kami ambik shutle semula dan balik ke Putrajaya Central, dari sana pula ambil tiket KLIA Express bawa anak-anak ke KLIA,melihat anjung tinjau.

Selepas tu pulang semula ke Kota Warisan, malam biasanya masa mandi manda kolam.Esoknya Jumaat memang bercadang bawa anak-anak melawat masjid Putrajaya, Alhamdulillah mungkin orang masih bercuti,keadaan masjid tenang dan tidak begitu ramai pengunjung.Singgah solat di sana dan seterusnya bergerak ke The Mines.

Selepas The Mines,semua dah kepenatan dan terus la pulang ke Penang,walaupun jalan ada ketika sesak,ada ketika ok,tenang.Alhamdulillah semuanya lancar dan destinasi terakhir kami ke Pak Mat Western.pertama kali ke sana.Makanan dan service juga ok.Harga tak tanya pula berapa.

Itu sahaja coretan catatan perjalanan buat anak-anak bonda terima kasih segalanya.Diaorang dah besar.

Salam Kemerdekaan ke 66

Bonda......

Friday, June 16, 2023

Kota keriangan 2023

 Assalammualaikum semua..

Pada 30 May lalu, kami sekeluarga bercuti di Genting Highland,rasanya ini kali yang ke- 3 sampai sepanjang usia perkahwinan yang genap 15 tahun pada 31 May 2023.

Entri ini ditulis setelah hampir dua minggu selepas bercuti.

Kali ni ,bonda sendiri memilih untuk ke Genting kerana kesesuaian usia anak-anak yang semakin meningkat dewasa.Alhamdulillah percutian selama 2 malam di Genting Highland berjalan lancar.

Kami bertolak awal pagi dari Tasek Gelugor,bimbang jika sampai di sepanjang Seberang Jaya sesak pula,perjalanan lancar dan kami singgah makan di RNR Tapah.Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Genting.Tak sangka pula perlu susur keluar ke Sungai Buluh,jadi bolehla menikmati pemandangan kota raya dulu sebelum naik Genting.

Kami terus ke 'Skycap' saja nak bagi anak-anak merasa guna skycab untuk ke puncak.Membeli belah di Genting Premium Outlet dan bersiar- siar dulu di Indoor theme Park.Hari mula sampai memang tak nak masuk indoor lagi,bagi anak-anak rest dulu,dan keesokan harinya 

Kami beli tiket secara 'online' ,lebih murah berbanding beli dari kaunter.Alhamdulilah kenangan tercipta, pelbagai ragam anak-anak,semoga semuanya menjadi kenangan terindah.Bonda abah cuba yang terbaik,tapi tidak mungkin sempurna. 3 Hari 2 Malam di kota Genting.

In sya allah ada rezeki nanti,anak-anak cukup ketinggian kita bermain di outdoor  pula.Semoga kita semua sihat ,panjang usia..bahagia hingga syurga.

Terima kasih buat suami, anak-anak tersayang untuk kenangan ini.

Itu sahaja coretan dari kota keriangan semoga bahagia kita semua hingga di Sana nanti.

Allahhum ma Ya Fattah, Ya Razzak.

Salam Jumaat💗

Bonda siap mengarang 4.25pm

Kpdn

Kompleks sempilai

Tuesday, May 16, 2023

Usia

 Assalammualaikum dan salam sayang buat semua pembaca.Alhamdulillah 14 Mei 2 hari lepas,genap usia 41 tahun.Bertambah usia.Terima kasih buat arwah mak melahirkan dan membesarkan,semoga arwah bersama golongan yang beriman berada di taman-taman syurga.Amin.

Semoga Allah panjangkan usiaku dengan berkat ,dilimpahkan rezeki yang banyak,bahagia dan dimatikan dengan khusnul khotimah.Amin. Itu doa untuk diri sendiri.

Dalam usia sebegini 41,rasanya jika bukan perkara yang tidak penting macam malas untuk menggambil kira.  Baik saja melewati masa dengan bahagia dan tanpa rasa syak wasangka. Tambah usia bermakna kita didewaskan oleh keadaan sekeliling,siapa sahabat kita semasa susah senang,insan yang mendengar segala keluh kesah hati masa resah gelisah.Tetapi tidak berasa hati seperti dulu, lebih tahu di mana hendak salurkan kegelisahan dan kedukaan yang melanda diri.Bersukur kerana berada dalam linkup sahabat yang baik,saudara yang memahami.Alhamdulillah.

Hari ini 16 Mei ,adalah hari guru,semoga semua para pendidik sama ada rasmi mendidik secara langsung atau tidak,supaya Allah ampunkan semua dosa..moga segala usaha diberkati.


Salam sayang

Usia 41 (14 Mei 2023)

Catatan pada 16 Mei

Taman Perda Indah

Wednesday, March 22, 2023

Kisah Mac 2023

 Assalammualaikum dan salam hormat buat semuanya.Alhamdulillah kita sudah berada di bulan ke tiga 2023.

Cepat je masa berlalu.Alhamdulillah Kisah Mac setakat hari ini berjalan lancar.Bermula 1 Mac,saya telah bertukar tempat bertugas dari Pejabat Timur Laut ke Pejabat Seberang Tengah, kiranya ke pejabat ibu negeri lah. Pertukaran adalah sebab telah berpindah rumah,jadi pejabat ni lebih hampir la dari kediaman.Kalau hendak difikirkan keseronokan dan kemudahan tu semestinya tempat lama lagi indah.Tapi jika sudah rezeki tiada salah untuk kita bertukar angin, pasti ada hikmahnya.Alhamdulillah perpindahan dirai oleh sahabat pejabat , dan penerimaan sahabat di pejabat baru juga alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.Syukur dikelilingi sahabat dan ketua -ketua pejabat yang baik hati dan memahami.

Keduanya semalam 21.Mac .2023,anakanda kedua Nor Abdullah Fur'qan dapat melanjutkan pengajian ke MRSM Balik Pulau,yang merupakan pilihan ke 3 nya,yang pertama MRSM Kepala Batas dan Ke dua MRSM Langkawi.Alhamdulillah walaupun pilihan ke 3 semoga anak-anak bonda semua dipermudahkan urusan dan mencari ilmu dan mendapat ilmu yang berkat.Sentiasa dilindungi oleh Nya dan doanya semua yang baik bukan hanya untuk anak-anak bonda tapi untuk semua anak-anak di luar sana.

In Sya Allah esok hari pertama Ramadan 1444H,Semoga kita semua dipertemukan pada Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun akan datang,diberikan kesihatan yang baik dan paling penting kita semua keluar dari bulan suci mulia dengan Allah telah mengampunkan segala dosa dan menerima segala amalan kita semua.

Setiap kali hadirnya Ramadan,tidak lupa hari pertama arwah mak dimasukkan ke wad Hospital Tengku Fauziah Kangar.Aruah pergi meninggalkan kami pada 22 Ramadan,tidak lama cuma masa menjaga aruah, aruah sudah tidak sedarkan diri,hentaklah aruah boleh mendengar atau tidak.Harapnya masih boleh mendengar suara kami.kalau diingat macam tak sempat berbuat baik dengan arwah mak,kalau sempat menjaga pun ianya sekejap sangat.Tapi Allah dah tetapkan bergitulah perjalanan perpisahan kami.Semoga aruah mak dan seluruh arwah ahli keluarga kita yang telah pergi ditempatkan bersama golongan soleh dan solehah.Amin.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada bulan Ramadan dan bulan-bulan selebihnya pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.

Doanya juga moga-moga ada rezeki untuk mengerjarkan umrah dan haji, dan dapat  melancong luar negara juga bersama keluarga.Macam dah lama rasanya tidak bercuti yelah sebelum ni banyak juga dihabiskan untuk proses ubah suai rumah dan urusan lain.In sya allah semoga Allah mudahkan dan Allah bagj mesti pada masa yang tepat.

In sya allah ada rezeki jumpa lagi di lain entri,Selamat menjalani ibadah puasa, dipermudahkan urusan kita dan selamat semuanya.❤️🥰

Wednesday, March 1, 2023

Tetiba cameron







 Assalammualaikum..salam ceria semua.harapnya semua sihat dalam cuaca tidak menentu sekarang.Cuti sekolah baru bermula..kebetulan cuti minggu 21 dan 22 hb terus plan bercuti ke Cameron..bersiap-siap terus gerak.Alhamdulillah jalan tak sesak..mudah la tiba di sana.Dalam perjalanan barula tempah homestay dan sebagainya.Kiranya ini lah kali pertama bercuti dan menginap di homestay.Oklah sebab rumahnya betul-betul berdepan dengan tapak pasar malam.So mudahlah kami ulang - alik ke pasar malam.


Citernya kami nak naik ATV tau ..bila sampai ke tempat kejadian kos tiketnya jadi mahal la pula..kiranya 100% kenaikan dari RM10 ke RM20 kiranya lari juga la bujet bila dicongak-congak🤣.

Lepas turun dari Cameron kami terus ke Callie Castle..walaupun kami sampai tu hampir-hampir je dah ditutup dalam 30 minit lagi..tapi redah ajalah alang-alang dah sampai.Syukur sempat cover keseluruhan ..tapi memang betul-betul ontime ditutup tak sempat nak tinjau-tinjau gerai jualan.

Tapi okla segala perancangan percutian berjalan lancar ..walau tak der la plan sangat.Alhamdulillah menjadi ..anak-anak pon dah besar pandai-pandaila diaorang uruskan diri masing-masing.

In sya Allah ..nampaknya lepas ni ada rezeki bolehla kita bercuti ke Luar Negara..Menunaikan umrah tu memang bucket list la..tapi negara luar tu sampingan rasanya Turkiye jugalah...

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...