Tuesday, September 19, 2023

Belasungkawa 🥹


Assalammualaikum dan salam sayang semua.Alfatihah buat sahabat rakan sekerja, Allahyarham Muhammad Abi Saifuan bin Mustafa,baru petang semalam 18 September 2023 lebih kurang jam 8 malam dijemput ilahi pulang ke negeri abadi.Kami rakan-rakan sekerja sempat memberi penghormatan terakhir buat arwah sehingga selesai bacaan talkin..

Serba sedikit berkaitan arwah ,arwah adalah dari kemasukan baru bertarikh 1 April 2019.Pada saya arwah orangnya ceria,menghormati semua orang terutama dari pihak atasan dan kami yang lebih senior darinya,peramah, pada pandangan saya semuanya ok dan  tidak pernah ada masalah dengan arwah selama kami satu pejabat sebelum ni.Arwah juga sering membantu kami semua dalam urusan kerja dan membantu dalam proses pertukaran saya tempoh hari.

Whatsapp terakhir kami berdua 2 hari sebelum arwah Aby dijemput. Selepas beberapa lama aruah bekerja, bertemu jodoh dengan wanita dari pejabat yang sama cuma unit yang berbeza.Begitu juga isteri arwah,baik,sangat menghormati,peramah sesuai lah bertemu jodoh dengan arwah.Takziah buat Ikin, bukan sesuatu yang mudah dalam tempoh berkahwin belum lagi  setahun, berbadan dua, kita yang orang luar turut berasa sedih inikan pula Isteri arwah yang menanggung.Semoga Ikin terus kuat, sentiasa dalam rahmat Allah dan anak dalam kandungan juga membesar dengan sihat sehingga selamat dilahirkan.Tak sabar pula menanti 'Aby Junior'.

Sebenarnya pada hari kelmarin ,entri ni bersambung - sambung penulisannya ,bermakna hari Aruah meninggal, ada la berlaku sedikit salah faham antara saya dan sahabat lama(cerita lain).Boleh kata memang dah level sahabat la sebab dah lama sangat kami kenal.Kalau yang sudah mengenali saya,mungkin sudah dapat tahu saya bagaimana sikapnya,saya jenis yang susah bertanya atau tidak suka menggambil tahu lebih lanjut jika ada apa-apa perkara berlaku.

Tapi ujian dan pengajaran yang sangat besar dan tersentap dengan kekhilafan diri sendiri, saya tidak sedikit pun menyalahkan sahabat yang memang saya kira terasa sangatlah dengan soalan yang saya ajukan bukan secara verbal tapi melalui 'Instagram Messages' dan bagi saya pula itulah soalan seperti santai-santai dan tiada langsung niat menyakitkan hati atau apa-apa.Tapi ikhlas dari hati saya tidak menyalahkan sahabat saya,Saya sudah memohon maaf dan berdoa agar semuanya berjalan seperti biasa.Tidak pasti di pihaknya.

'Moral of the story ' jika ada apa-apa pertanyaan kepada sahabat elokla bertanya secara terus sebab dalam media sosial kita tak tahu itonasi suara sama ada serius, lawak-lawak, atau apa-apa sajalah orang boleh tafsirkan.Ingatan untuk diri sendiri janganlah banyak bertanya baik diam saja. Itu yang terbaik. Selesai.

Hanya selang beberapa jam dari peristiwa yang saya rasa amat sedih dengan apa yang berlaku dalam sebuah persahabatan, tergempar la berita kematian seorang sahabat yang peristiwa sebelum ini sangat sedih,tetapi berita kehilangan sahabat lagi-lagi menyentap jiwa, tiba-tiba hilang terus kisah  rajuk sahabat melalui medsos tadi hingga saat ni, Allah lenyapkan terus kesedihan yang tadi kita rasa paling besar la pada hari tersebut.

Dari kisah ini dapat rumuskan dalam beberapa jam Allah cepat-cepat sedarkan kesedihan,kebahagian dan apa-apa sahaja di dunia ni semuanya bersifat sementata.Kalau kita rasa itula saat kita terduduk sedih, rasa terhina,berduka,menyalahkan diri sendiri atau sesiapa dan sebagainya semuanya sementara.Diri terasa seperti di awangan, benar semuanya ketentuan ilahi telah sampai masanya tapi iktibarnya usia muda ,sihat jika sudah sampai masanya bersedia atau tidak dengan maut itu bukanlah pilihan kita.Pilihan yang kita ada adakah bersedia atau tidak dengan amalan yang akan dibawa nanti.

Selain itu juga kita boleh memaafkan arwah jika ada sebarang salah dan silap, tetapi bagaimana pula jika kita yang ada silap dengan arwah, risau jika arwah tak sempat maafkan kita.Atas sebab ini juga bagus juga amalan memaafkan semua sebelum kita tidur di malam hari, atau terus maafkan jika sesiapa saja yang kita terasa hati, walaupun sukar dan dicampur ego kita yang tinggi bolehla cuba juga cari jalan penyelesaian dengan memafkan. Hikmah dari banyak kematian mengejut di depan mata kita.

Begitulah serba sedikit cerita duka kesedihan 2 hari lalu, sehari sebelum kejadian Ikin dihujani dengan kata-kata tahniah kerana kenaikan pangkat dan dapat berpindah ke tempat baru ,kita membaca dan mendengar juga tumpang bahagia bagi pihaknya, siapa sangka esoknya berderet ucap takziah pula.Ikin kehilangan suami pula.Silih berganti suka duka kita lalui, itulah dunia bersifat sementara.

Semoga sahabat yang membaca entri kali ini ,semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah.Maafkan jika ada salah silap antata kita, doanya kita semua bahagia dengan cara kita apa yang kita lalui itulah yang Allah telah tetapkan, ujian silih berganti itulah kehidupan kita di dunia yang penuh tipu daya.

Semoga kita semua saling tarik menarik untuk masuk ke syurga firdausi nanti dan marilah sedekahkan bacaan  Al Fatihah buat Nabi Junjungan Nabi kita SAW, para ahli keluarga ,sahabat, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat dan seluruh umat Nabi Muhammad yang sudah dijemput pulang ke penciptaNya.

P/s  ; adakah kita semua telah melakukan persediaan menghadapi kematian? Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..MATI ITU PASTI...

Kompleks Sempilai

4.28pm



Sunday, September 3, 2023

Jelajah kemerdekaan ke 66


 Assalammualaikum dan salam kemerdekaan buat seluruh warganegara Malaysia walaupun di mana berada di luar atau dalam negara.Alhamdulillah syukur untuk tahun ke 66 tahun ni,doa kita semoga merdeka kita merdeka selamanya yang mengikut aliran agama islam dan budaya serta adat majmuk kita.

Sebenarnya perancangan sambut merdeka di Putrajaya pada tahun ni tidakla dirancang sangat macam agak tiba-tiba.Lebih kurang sebelum 3 minggu merdeka sibuk cari bilik hotel,tapi kawasan Putrajaya semuanya sudah penuh.

Jadi bila tanya kawan di Putrajaya katanya area Kota Warisan katanya ok.

Mula la servey kondo homestay kawasan sana.Alhamdulillah ada.

Catatan perjalanan kami bermula pada 30 Ogos 2023 lebih kurang 630 pagi dari rumah.Percutian ke Zoo Negara juga di saat-saat akhir.Sampai dalam jam 12 tengah hari di Zoo Negara.

Setelah selesai tawaf dalam kawasan zoo, lebih kurang 5 petang lebih baru kami bertolak ke Kota Warisan.Tapi walaupun tidak dirancang tetapi Zoo Negara adalah tempat yang sesuai bawa anak-anak menikmati dan melihat haiwan liar secara lebih dekat.Alhamdulillah cuaca juga elok sepanjang pengembaraan kami.Tiket juga dibeli secara atas talian lebih murah sedikit berbanding kaunter dan termasuk melawat panda.Pelancong dalam dan luar negara jangan ceritala ramai sangat.Bertabahlah.tapi semua kami seronok.

Kami sampai di Kota Warisan dalam 630 petang,terus check in dan jalan-jalan sekitar bawah .Kolam renang pon boleh tahan cantiknya.Bilik juga tip top. 

Esoknya dalam 630 pagi kemi bergerak semula ke Putrajaya Central,sebab semua kenderaan perlu diletak di sana dan perlu menggambil shutle bas untuk ke dataran Putra.Sebenarnya masa tu kiranya dah lambat sangat ..sepatutnya orang ramai dah memenuhi ruangan dataran sejak malam lagi.

Tetapi oklah untuk merasa kenikmatan sambut merdeka peringkat kebangsaan kan.

Bila sampai memang sangat padatlah warganya,tetapi sangat berbaloi walaupun hanya dapat tengok sikit-sikit ja.. kalau nak keselesaan baiklah menonton di kaca television sahaja.

Selepas selesai di Putrajaya,kami ambik shutle semula dan balik ke Putrajaya Central, dari sana pula ambil tiket KLIA Express bawa anak-anak ke KLIA,melihat anjung tinjau.

Selepas tu pulang semula ke Kota Warisan, malam biasanya masa mandi manda kolam.Esoknya Jumaat memang bercadang bawa anak-anak melawat masjid Putrajaya, Alhamdulillah mungkin orang masih bercuti,keadaan masjid tenang dan tidak begitu ramai pengunjung.Singgah solat di sana dan seterusnya bergerak ke The Mines.

Selepas The Mines,semua dah kepenatan dan terus la pulang ke Penang,walaupun jalan ada ketika sesak,ada ketika ok,tenang.Alhamdulillah semuanya lancar dan destinasi terakhir kami ke Pak Mat Western.pertama kali ke sana.Makanan dan service juga ok.Harga tak tanya pula berapa.

Itu sahaja coretan catatan perjalanan buat anak-anak bonda terima kasih segalanya.Diaorang dah besar.

Salam Kemerdekaan ke 66

Bonda......

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...