haiiii dah lama tak menulis,masa yang ada digunakan semaksima mungkin mengurus urusan seharian.Bangun seawal jam5.30 pagi,menguruskan hal rumah,memasak,urus diri dan anak-anak sebelum keluar rumah jam 7.20pagi.Nasib sangat sang suami turut membantu jadi semuanya berjalan dengan mudah dan jayanya alhamdulillah.
Hari ni dah hari ke 36 dalam tahun 2014,cuaca yg tidak menentu sekarang membuatkan kami sekeluarga mngalami masalah kesihatan tetapi masih terkawal.Bermula dari Faqih anak bongsu demam sehingga dimasukkan ke wad,panasnya mencecah hingga 40 celcius...errmmmm kesian sungguh.Tapi itulah bila anak demam panas ni,kena lebih hati-hati,kena banyak basahkan badan anak dengan air,jelumla kata mudahnya.Peristiwa yang menakutkan saya dan suami bila otw ke hospital mata Faqih mula dah tengok2 ke atas.Cepat-cepat saya panggil dia takut dia tidak sedar dan mungkin itu tanda2 yang baby saya hampir tarik.Mujur sgt dah tak jauh dari GH.Apa lagi terus suami membawa kereta melawan arus.Memang merbahaya,tetapi keaadaan Faqih masa tu betul-betul menakutkan saya.Ok sampai saja terus berlari masuk ke 'wad kecemasan.Syukur baby saya masih seperti sediakala setelah mendapat rawatan segera.Pada mulanya kami bercadang nak merawat Faqih di hospital swasta saja,tetapi bila dah jadi mcm macamni terbatal niat nak ke hospital lain. Terima kasih juga kepada semua petugas di bilik kecemasan Pulau Pinang GH pada petang itu.2malam juga ditahan di wad.

Setelah Faqih dah sihat,ari jumaat dapat keluar wad,dapat berita pula yang nenek kepada suami pula meninggal dunia dari hospital terus balik Yan Kedah kampung suami.2 malam di sana dan balik semula ke Penang.
Semenjak dari Faqih demam,bersambung pula dengan Furqan dan saya batuk pula.... so kena lebih sket jaga kesihatan....minum banyak air kosong...ok jumpa lain di lain entri....