Tuesday, December 16, 2025

Sisa 2025

 Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak kekurangan...Alhmdulillah syukur dalam kekurangan masih terselit kebahagian, kegembiraan dan pelbagai cerita gembira dari pencipta yang adil segalanya.

Semoga segala proses ujian terselit banyak hikmah buat diri sendiri, cerita sedih terus bermuhasabah diri yang terlalu banyak kekurangan, ikutkan hati dan pelbagai rasa yang terus disimpan di sudut paling dalam biar dia di situ dan moga jalan ini Allah ampunkan segala dosa silam.

Moga tahun seterusnya hati lebih tenang, segala takdir berubah menjadi lebih baik mengikut aturanNya..

Buat semua, ketahuilah tiada salah silap kalian buat diri ini, semuanya dimaafkan.Tidak pernah simpan di sudut hati..hanya manis-manis yang terus bersemi hingga ke syurga nanti...Amin.Semoga keajaiban berlaku, tiada daya lagi menanggung semua ini dan kekuatan yang ada hanya semata keranaNya..jika tidak ntahlah diri ini dimana..malu dengan semuanya.Moga Allah ampunkan segala dosa..dan dosa sesama makhluk juga mereka maafkan dan halalkan semua ...itu harapan sebelum nyawa diambil semula🤍

Sayang Semua

16 Disember 2025

Kompleks Sempilai

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...