Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat
tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa cuti tak la banyak sangat dah.
3 tempat pilihan antara Batu Feringi, Bukit Merah atau Genting Highland.Akhirnya Genting dipilih.Selama usia perkahwinan ini adalah kali ke 4 kami sampai ke sini, pertama masa menggandungkan kak yong, kedua semasa ada anak 3...ke 3, 2 tahun lepas dan ini adalah yang ke 4.
Pelbagai perubahan fizikal Taman Tema yang dilihat, tetapi agak ralat sebab kami tak tahu kena buat tempahan awal untuk setiap permainan, mulanya ingatkan diaorang beli tiket untuk fast lane.kami terpaksala menunggu hampir 2 jam untuk satu permainan yang hanya ambil masa 5 minit.bertabahlah.....last- last dah nak balik baru tahu...masa tu pulak slot banyak dah penuh.
Syukur anggap ja itu rezeki kita dapat bermain untuk kali ni..moga-moga semuanya jadi kenang-kenangan buat kami dan anak-anak pada masa depan.
Penginapan kami di Midhills sama dengan kami datang sebelum ni, ok juga kawasan ni..dekat dengan kedai-kedai makan, kolam renang pon besar.
Alhamdulillah buat kenangan pahit dan terindah 2025 dan tahun - tahun sebelumni.Semoga kita semua sihat, anak-anak ditakdirkan takdir yang lebih baik dari bonda dan abah, dan segala kebaikan bagi kita dunia dan akhirat.
Entri ni separuh ditulis di Tingkat 10 Midhills dan separuh lagi disambung di Kompleks Sempilai..
Salam Jumaat terakhir 2025 moga banyak keajaiban berlaku dan doa2 yang terbaik buat kita diangkat.
2025 antara suka dan duka....
Nukilan Bonda
Zohor Jumaat.
No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!