Assalammualaikum, sudah 4 hari dalam bulan Oktober 2024,pelbagai cerita yang dilalui sepanjang entri last update bila la lupa dah ..hihi.
Cerita percutian kami kali ni dari 19 -21 September 2024 di Pulau Langkawi,pemilihan PL adalah kerana nak teman kak Yong ada program Beach Cleaning so alang-alang KY kena balik awal kami ambil keputusan untuk turut bersamanya.Kebetulan cuti sekolah pon sekejap saja. Segala persiapan tiket,kereta sewa ,hotel dan aktiviti dirancang selama 3 hari 2 malam di sana.Memandangkan program KY di Pantai Cenang,so kami decide ambil hotel sekitar Pantai Cenang ja.
Alkisahnya sebelum kami pergi memang tiada angin ribut, dekat-dekat kami nak pergi 2.3 hari macam tu,tiba-tibala muncul la angin ribut dan sekali gus Kedah banjir. Alhamdulillah kami beli tiket dari Kuala Perlis, siapa yang beli dari Kuala Kedah semua feri pergi balik terpaksa dibatalkan.
Jadi kami meneruskan dan tawakal dengan aktiviti yang dah dirancang, sebab kami nak pergi Aktiviti Mangrove pula kali ni,.memandangkan Island Hoping sudah, Cable Car dan tempat sejarah yang lain juga sudah,so agak takutla dengan cuaca yang tidak menentu. Kami pilih ZH Mangrove Langkawi Tour.Alhamdulillah dalam angin ribut tapi mulanya cuaca tak hujan dapatla kami menjelah beberapa tempat yang telah ditetapkan dalam pakej yang kami ambil.
Pakej kami ambil ada bat cave,Fish Farm,eagle watching,Andaman Sea,Kilim Signboard,Shoes Island,Crocodile Cave,monkey river,mangrove sightseeing,gorilla peak,swimming and snorkeling.kira full pakej untuk mangrove.Alhamdulillah semua sepanjang aktiviti cuaca ok cuma last-last je hujan sangat lebat,tapi selesai la semuanya.
Lepas aktiviti mangrove selesai kami terus balik ke hotel sebabnya memang semua dah basah kuyup.Balik anak2 sambung mandi kolam dulu,tapi bonda dah kemas2 untuk bawa pakaian ke dobi.
Elok selesai semua ..turun ke kereta elok je jalan lain macam,tengok tayar pancit,so panggil orang baiki kami plak sambung makan di restoren depan.Okla dalam sejam sempat kami makan dan baiki tayar kami meneruskan perjalanan dalam 5 minit untuk hantar baju ke dobi,ok basuh baju perlu tunggu dalam 10 minit,kami pon decide cari tukang gunting rambut,elok jumpa xjadi plak gunting,so nak undur2 keta,alkisahnya tayar belakang pula masuk dalam longkang.Memandangkan dah hampir setengah jam mesin basuh pon dh nak habis masa..saya dn fur'qan jalan kaki ke ke kedai dobi, xjauh mana lah,katanya ramai2 orang lalu lalang situ tolong angkat kereta tu.So ptg tu kami x sempatla bersiar di pantai cenang.Selepas baju semua selesai,kereta semua pon dah ok..kami balik ke hotel dan jalan2 di sepanjang gerai2 PC je.
Esoknya saya dan kak yong je ke Pekan Kuah untuk program BC.okla dalam 12.30 semuanya selesai kami terus balik semula ke PC.Siap2,terus keluar makan,shoping last serba sedikit di Pekan Kuah,sebelum hantar ky ke asrama semula.
Selesai semua kami terus ke Jetty Kuah,alhamdulillah cuaca elok tak angin ribut.kami sampai ke KP dalam jam 6.30 juga.Alhamdulillah selesai percutian kami walau tak dirancang sangat,semuanya ok berjalan dengan baik,alhamdulillah. Sampai Bertam dalam jam 10.30 juga sebab kami singgah RNR Gurun dulu.
Ok ada rezeki kita jumpa lagi di lain Pulau mungkin Redang,mungkin Perhentian, tapi masa entri ni ditulis bonda berada di Lumut untuk program retret & team building.Panjang juga jika mahu dicatat tapi in sya allah nanti akan diceritakan.
Semalam 4.10 .2024 birthday anakanda Nor Abdullah Fur'qan,happy birthday abg,moga jadi anak soleh,abang yang baik berbakti dan bertanggungjawab pada ahli keluarga,moga kita semua berada dalam kasih sayang Allah Swt,semoga berkasih sayang hingga syurga Allah.Amin.💞
Bonda
Orient Hotel and Resort Lumut
Rereat and team building KPDN