Wednesday, October 3, 2012

cerita raya,,,,

walaupun Syawal 1433 telah berlalu,baru hari ni nak update citer-citer raya.Pada tahun ni,giliran beraya di kampung laman sendiri bersama parent serta ahli keluarga amatla meriah rasanya.Bukan beerti beraya di kampung suami tidak meriah,tetap bila parent mertua keduanya sudah tiada menyebabkan tiada apa2 lagi istimewanya beraya di kampung suami.Bila ingat macamni,aku terfikir sejenak bagaimanakah perasaannya bila suatu hari mak ayah pula meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.Pastinya ketika itu Syawal aku mungkin tidak bermakna juga....

Pada tahun ni yang lebih istimewanya,anak saudara dan isteri yang baru berkahwin pun turut beraya di kampung halamanku,Bertambah meriahla keluarga kami .

Pagi Syawal seperti biasa aku dan keluarga akan ke masjid,samaada menunaikan solat sunat Aidilfitri ataupun tidak,aku kira inilah kewajipan aku pada setiap pagi Syawal,insyaallah akan kuteruskan dan turunkan kewajipan pada anak-anakku juga.

Tradisi masjid di kampungku selepas solat,akan diadakan upacara sedekah duit pada kanak-kanak.Aku rasa tradisi sebegini tiada di lain masjid.Seingat aku tradisi beri duit raya sejak aku kecil lagi...

Di kesempatan ini,aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.mungkin ada kata-kata dan perbuatan yang mengguris hati dan perasaan.

p/s:Al-Fatihah buat insan yang telah tiada....

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...