Saturday, November 19, 2022

Pilihanraya ke 15

 Assalammualaikum dan salam Jumaat buat semua.Diharap semuanya dalam keadaan baik dan sihat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.Banyak juga tempat yang telah banjir.Tetapi di Pulau Pinang kerap berlaku hujan yang lebat di sebelah petang dan malam.Hari ini cuti sempena pilihan raya esok.Cuaca dan bahang pilihanraya semakin terasa bahangnya.

Kali ni merupakan kali ke3 saya membuang undi,tidak seperti yang pertama atau kedua..rasanya kali ni lebih banyak mendengar ceramah-ceramah agama berkaitan pemilihan calon dr mendengar kempen-kempen pilihanraya.Alhamdullah media sosial digunakan sebaiknya dari pihak ustazah dan ustaz dalam menyampaikan ilmu,kesedaran supanya membangkitkan perasaan ambil tahu mengenai pilihanraya ini.Mungkin sebelum-sebelum ini,kita kurang didedahkan hal ini,syukur dilahirkan dalam islam yang ajaranya menyeluruh,dan selengkapnya yang tiada dalam mana-mana ajaran lain.

Bagi pendapat saya buat julungnya kali ini..saya memang milih calon dan bukannya parti.Tidak seperti 2 kali sebelumnya..sangat teruja dengan parti walhal calon dipilih langsung tidak memberi seperti apa yang diharapkan.

Semoga kali ini,semua umat Islam di Malaysia yang telah layak untuk mengundi semakin sedar akan pentingnya keluar mengundi.Gabungan PAS dan Bersatu adalab seperti yang diharapkan.

Semoga negara kita terus dilindungi oleh Allah ..selamat berkat sentiasa...

Selamat mengundi buat semua...semoga pilihan kita ..pilihan yang tepat...Amin


Pilihanraya ke15

19 November 2022

Sekolah Menengah Padang Besar Utara....


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...