Assalammualaikum...hai semua...lama tak menulis di lembaran blog.Bukan saya baru melahirkan tetapi cerita kelahiran masa anak ke 3..8 tahun lalu....hahah..lupa-lupa ingat la kisahnya pernah ditulis atau tak...tapi tak perlah jika pernah...baca ajalah lagi sekali🤪.
Esok 23 November adalah tarikh kelahiran anak ke 3.Pengalaman mengandungnya Faqih...atau nama penuhnya Nor 'Abdurrahman Faqih agak berbeza kerana saya ada kencing manis semasa mengandungkan dia...Alhamdulillah dapat kesan kurang lebih dalam bulan ke 3 kandungan.
So..tarikh hari ni 22 November saya dah kena check in hospital.Lebih kurang time macamni..lepas solat Asar bersiap-siap untuk menyerah diri di Hospital Bersalin Pulau Pinang.
Dalam jam 6 petang sampai,proses biasa dijalankan,selepas tu dimasukkan ke wad untuk proses seterusnya..Ahli keluarga yang lainnya dah pulang ke rumah.Ingat lagi time tu..wad 1 dan 2 penuh so saya duduk di wad 3..ok juga keadaanya wadnya...
Jadi malamnya berdoa agar sakit bersalin datang supaya tak dimasukkan ubat pada hari esoknya...Semalaman menunggu tiada rasa sakit nak bersalin...ok redho dan pasrah ajalah.Bermakna kata Jam 7 pg 23 November dokter akan masukkan ubat.Sebelum jam 7 bersiap2 bersiahkan diri dan sebagainya.sebab selepas masukkan ubat satu jam tak boleh bergerak.
Selepas satu jam dimasukkan ubat...akhirnya sakit yang teramat sangat...Alhamdulillah bila sakit kuat tu bermakna kata baby pon akan keluar...terus saya ditolak masuk labour room.
Jam 1002 pagi...alhamdulillah selamat melahirkan anak ke 3...tak sempat pon suami datang...elok suami sampai dah selamat melahirkan..apa-apa pon tak kisah..asalkan semunya dah selamat.
Selepas 8 tahun..masih segar semuanya dalam ingatan...semoga semuanya sihat dalam ingatan.Tahun lepas tiada sambutan birthday faqih bersama-sama..sebab kami dah bertolak ke Makkah.Tapi maklong dan paklong bawa anak-anak ke KFC kangar...oo sebelum terlupa birthday anak sama dengan kelahiran mak saya.
Semoga semuanya dipanjangkan usia...selamat dunia dan akhirat..sihat semuanya..
Esok akan sambung lagi cerita sambutan hari lahir ke 8...dalam keadaan sederhana sahaja.Penang masih lagi PKPB.so sambutan di rumah saja.
Subhanallah...hari ni 24 nov baru teringat nak send post ni..hahaha..
💜
Malas la nak edit dari atas..sebenarnya saya dah tersalah hari sambutan...memang birthday faqih 24 November ..bukan 23 November..macam mana lah boleh silap terok mcm ni.Mungkin sebab dia beria ingat birthday dia hari Isnin 23 November.🤩

No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!