Tuesday, August 10, 2021

Salam Maal Hijrah 1443h

Assalammualaikum...💙

 Alhamdulillah,kita dah masuk tahun baru dalam tahun Hijrah...bermakna semakin hari semakin pendek usia kita.Tema tahun ini adalah Manhaj Rabanni Ummah berkualiti.Manhaj membawa maksud cara atau jalan menjadikan ummah meletakkan Allah swt sebagai keutamaan dan panduan dalam segala amalan,perbuatan dan serta matlamat hidup diniatkan semata-mata keranaNya.

Syukur sekali lagi kita masih dipanjangkan usia memasuki tahun baharu,semoga segala amalan kita sebelumnya diterima Allah..Amin.Dalam situasi sekarang badai Covid 19 yang semakin mengganas,ramai orang telah kehilangan orang yang tersayang,anak-anak yang masih kecil kehilangan tempat bergantung dan bermanja,ibu ayah yang kehilangan anak-anak yang menjadi harapan keluarga,dan sebagainya.Pelbagai ujian mengikut kemampuan kita .Allah sentiasa ada dengan kita tempat bergantung harap ..tempat meluah rasa cuma kadang-kadang itula hati kita juga berbolak balik...iman ada turun naiknya.

Kehilangan yang bukan biasa-biasa kerana tidak dapat menatap wajah insan tersayang di saat akhir.Kelmarin juga negara digemparkan dengan kes kematian akibat Covid itu pemergian Allahyarhamah Siti Sarah,saya merasakan pemergian arwah adalah yang 'teristimewa' dijemput dikala Allah menggangkat darjatnya,semua lapisan masyarakat bercakap-cakap pasal kebaikan arwah setelah tiada.Allahuakbar,moga-moga khusnul khotimah,dengan keadaan arwah yang baru bersalin dan dijemput ajalnya kerana wabak.Semestinya banyak kebaikan arwah semasa hidupnya.

Semoga semua yang dijemput ilahi asbab covid ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diluaskan kuburan seluas mata memandang.Semoga Allah melindungi diri kita,dan negara kita dari wabak yang mengancam nyawa dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Esok genap 100 hari arwah mak pergi meninggalkan dunia ini..rasa macam aruah dah jauh pergi..kita pula semakin menghampiri.Itu pasti!selalu juga mimpi-mimpi aruah mak..semacam masih ada..itulah hikmah covid...sebelum arwah mak pergi memang dah lama tak dapat berjumpa dengan mak terutama anak-anak semacam Allah dah mula jarakkan hubungan kita dan perlahan-perlahan diambil terus.Jadi kadang-kala rasa seperti masih ada.Allahuakbar..Alfatihah(bacaan)🤲


Tahun baru ini marilah sama-sama kita berdoa agar wabak ini Allah angkat semula dan diletakkan ditempat asalnya.Semoga semuanya dalam lindungan Allah.Kepada semua barisan hadapan juga didoakan Allah sentiasa kurniakan mereka ketabahan dan kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang berat.Allah jaga seluruh ahli keluarga mereka,kerana mereka tidak boleh bersenang lenang di rumah seperti kita.semoga segala usaha dan penat lelah mereka diberkati.

Maaf add on ja.sebab malas nak buat entri baru...di kesempatan tahun baru walau sudah beberapa hari berlalu,.semoga kesihatan politik kita juga semakin stabil...siap ada rentas parti politik..dengar perkataan 'rentas 'pon dah serabut kepala...Allah bagi ujian demi ujian...semoga Allah kurniakan kita negara Malaysia seorang pemimpin yang memerintah mengikut ajaranNya...amin,yang individu bermasalah dan telah berzaman dalam parti..minta tolong undurkan diri secara berhemah...menjadi pemimpin bukan kerana wang semata-mata...sebab jika kerana wang saya kira mereka sudah banyak menggumpul kekayaan...7 keturunan makan tak habis...Ini kerana tanggungjawab ini adalah sangat berat...akan disoal kelak...

Akhir kata buat entri kali ini...semoga kita semua mengikut SOP yang ditetapkan walaupun beberapa syarat telah dilanggorkan seperti dapat menjamu selera di restoren,tetapi jika boleh elak kita elak.Kerajaan juga terpaksa menjaga ekonomi semua lapisan masyarakat ,kesian juga kepada peniaga jika pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di kedai.Cuma itula..kita usaha ikut SOP dan selebihnya kita tawakal.Jangan lupa dapatkan Vaksin,tetapi bagi yang sudah lengkap suntikan bukan bermakna dah dapat tiket kebebasan.

Semoga berjumpa lagi di coretan seterusnya...

Assalammualaikum...💙


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...