Monday, August 4, 2014

Seindah Lebaran 1435H

Alhamdulillah setelah seminggu bercuti raya..harini bermulah rutin seperti biasa.Kerja...kerja..kerja..Cuti seminggu walaupun hanya 4 hari di kampung halaman saya,bagi saya ianya sudah memadai....moment pagi2 raya bersama mak ayah yang sudah berusia bagi saya amat berbaloi-baloi.Pendapat saya jika mereka sudah tiada ...tidak lengkaplah raya kita.Memang kita masih ada kakak dan abang dan saudara mara yang lain
..tapi mereka juga akan sibuk dengan ahli keluarga masing-masing,anak cucu mereka.(pengalaman dari keluarga suami)


Jadi permintaan saya untuk tahun ini..alhamdulillah dipersetujui walaupun raya ke -2 ptg kami dah bertolak balik ke kampung suami.Nasib lagi hari Khamis raya ke -4 kami dah balik ke Penang.

Dalam perjalanan pulang singgah dulu di rumah bekas pengasuh anak-anak saya dulu.Lama juga mereka sekeluarga menabur bakti membesarkan anak-anak saya ketika kami keluar bekerja.Ada sekali tu kami tinggal anak untuk keluar menonton wayang..hanya sekali ok.hihi

Jam 12 malam kami selamat sempai ke rumah di Penang...Arghhhhhh...leganya...home sweet home...selesa dan seronoknya bila dah sampai di rumah..Balik awal ke Penang kami beraya di rumah kakak di Farlim,saudara mara bertandang ke rumah melengkapkan lagi hari raya kami seeluarga...sekian...

p/s menunggu jika ada kawan-kawan buat rumah terbuka pula...kikiki


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...