Friday, July 4, 2014

alahan yang menduga

Ini cerita pengalaman saya setiap kali di awal kahamilan.Ini kehamilan ke-4 dan keadaannya masih sama dengan yang sebelumnya...Mungkin rezeki orang lain,bila mengandung tidak mengalami apa2 komplikasi tetapi tidak bagi saya.Walau apapun saya bersyukur proses kelahiran setiap anak saya berlaku dengan cepat dan semuanya selamat.Itu yang paling penting.
Beberapa alahan yang saya alami apabila mengetahui diri ini SAH hamil.

1-Dapur Busuk
ok...bau dapur saya rasakan terlalu busuk,bukan rumah ni saja,rumah yang terdahulu pun mcmtu.So saya dapat simpulkan setiap kali mengandung terutama trimester pertama saya memang tak boleh bau dapur.

2-Tidak memasak
Sebenarnya saya suka memasak walaupun tidaklah seterer mana dalam bidang masakan.Setiap pagi sebelum kerja dan pulang kerja saya akan memasak.Tetapi itulah bila bau dapur pon tak boleh,mana mungkin saya boleh memasak.Tengok periuk kuali pon rasa nak nangis,walau dalam hati meronta-ronta nak melakukan aktiviti memasak macam selalu.Bau masakan yang 'palinggggg' saya tak boleh atau kata mudahnya pantang adalah bau nasi mendidih,rasa macam nak nangis sama kes dengan tengok periuk belanga tadi.

3-Malas
Ya ....sangat malas gilerrr,kalau boleh nak baring saja sepanjang masa,makan pon sambil berbaring,malas mandi,rumah kalau nak sepah atau apa ok tak kisah.Kalau sebelumni pantang saya rumah bersepah,keluar kerja mesti rumah dibersihkan dulu.Malas itu juga termasuk juga malas nak membaca,tonton tv juga jarang-jarang.

4-Pening dan muntah
Saya rasa ni kebanyakkanya mengalami simptom tersebut,jadi rasanya normal la pening dan muntah ni.Sehingga saat ni hampir 15 minggu saya masih mengalaminya..ok saya redhoooo..

5-Tiada selera
Orang lain mengandung mungkin berselera dan mengidam pelbagai jenis makan.Tetapi saya bukan lah salah sorang daripada mereka,saya tidak makan dan tiada selera langsung dengan makanan.Makanan yang digemari sebelum ini juga jadi sebaliknya...pelik bukan???

Itulah serba sedikit pengalaman saya sewaktu di awal kehamilan,tapi bila saya terfikir semula,dah lama Allah bagi kesihatan yang baik pada saya,ini baru sedikit ujian,sepatutnya saya kena hadapi ujian hidup ini.Setiap orang berbeza ujiannya,saya terima dengan ujian ini.Tetapi syukur alhamdulillah apa yang saya lalui ini bukanlah sepanjang proses kehamilan.Masuk bulan ke-5 saya seperti sediakala semula dan dapat melakukan aktiviti macam biasa.Harapnya kandungan kali ini juga begitulah hendaknya.

Di bulan yang mulia ini,saya terus memohon agar kesihatan saya pulih seperti sediakala semula.Dalam hal ni saya amat berterima kasih kepada suami yang sanggup memgambil alih tugas menguruskan anak-anak yang masih kecil dan juga mengurus rumah.Saya tidak perlu fikir sebab semuanya telah disediakan oleh suami,tip top tiada apa yang perlu saya komplain.Keluarga juga memahami situasi saya masa-masa kritikal begini.Saya rasa sangat bersyukur dan sekali lagi terima kasih pada semuanya.

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...