Thursday, June 26, 2014

Lambaian Sabah bahhhh

sudah lama tidak mengemaskini blog,nak kata sibuk tidak lah sesibuk mana,tetapi kesihatan yang tidak menentu juga menghalang dari melakukan pelbagai aktivi yang menjadi rutin harian.Mengapa terjadinya begitu???jeng...jeng saya tengah mengandungkan anak ke -4.Minggu ini saya kira dalam bulan ke tiga masih lagi dalam trimister pertama.


Walaupun dalam keadaan alahan yang agak teruk,perancangan awal yang dirancang sejak tahun lepas lagi diteruskan juga.Yalah tiket penerbangan sudah ditempah sejak awal.Tahun ke -6 ni kami merancang untuk bercuti di Negeri Di bawah Bayu.Seperti biasa jadual perjalanan telah diatur awal oleh suami,jadi bila dah sampai sana segala aktiviti seharian telah diatur jadi tidak membuang masa.Syukur segala apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya walaupun keadaan kesihatan saya tidaklah secergas mana.

Sepanjang 5 hari 4 malam aktiviti diisi supaya percutian kami tidak dipersiakan begitu saja.Semalam bermalam di kaki gunung Kinabalu,dan 3 malam di Kota Kinabalu.

Alhamdulillah semuanya selamat sepanjang kami berada di sana,dan yang pentingnya kami bergumbira dengan setiap percutian kami.Itu yang paling penting.

Untuk tahun ke 7 pula,kami tidak boleh membuat sebarang plan percutian lagi,bergantung pada keadaan anak-anak selain menantikan kehadiran ahli keluarga baru yang dijangka akhir bulan 12 tahun ini.

Kalau ikutnya saya dan suami bercadang ke Pantai Timur tetapi itulah bergantung pada keadaan.Mana tau ada rezeki lebih kehadiran anak baru kami dapat tukar kenderaan yang lebih selesa contohnya MPV.hehehe.maklumlah anak-anak dah semakin ramai,complain pun dah pandai.Sempitlah,berebut tempat untuk tidur dan sebagainya.

Tapi kalau yang jauh sikit rasanya teringin nak ke Bali atau Medan.Tapi itu bagi lah anak-anak besar dan kami pon boleh saving lebih sikit biasalah bila berjalan jauh ,kos pon bertambah la kan.

Ok itu saja untuk kali ni,Insya Allah hari Ahad ni kita mula berpuasa,semoga kita diberikan kesihatan dan kesempatan untuk mengharungi Ramadhan kali ni dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.Semoga saya lebih sihat dan alahan pun reda untuk merebut kebaikan dan keredaan di bulan yang penuh barakah ini.





No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...