Tuesday, April 8, 2014

genap.....

Hari ini genap sebulan sudah misteri kehilangan MH370,sepanjang tempoh tersebut juga pelbagai spekulasi berkaitan perkara tersebut.Pada hemat diri saya,selagi tiada bukti sahih kita tidak boleh berkata apa-apa.Hanya doa dan usaha sahaja yang mampu merungkai misteri tersebut.Semoga usaha mencari dn menyelamat berjaya dan segala tanda tanya terjawab sesungguhnya satu dunia menanti jawapan tepat dan pasti kepada insiden yang sungguh misteri ini.Susah juga bila ramai sangat "reporter" tak bertauliah ni.Yang mengambil iktibar dari peristiwa tersebut Alhamdulillah tapi dalam keadaan genting macam ni masih ramai lagi yang tidak bertanggungjawab.Ada juga individu yang nak "membongkar" kisah kehilangan MH370 tapi bukan sekarang...motif???alahai manusia.....



-08.03 -Walaupun agak terlewat sebulan dari tarikh sebenar,hari ini baru berpeluang mencatat detik-detik manis sambutan hari lahir anak sulung saya yang ke-5.Semoga Nor Auni Syifa' a.k.a Kak Yong menjadi seorang hamba yang sntiasa dirahmati olehNya dan menjadi insan yang baik di dunia ini.Macam baru semalam saya selamat melahirkan anak pertama,masih segar dalam ingatan detik-detik manis bergelar "BONDA"


Satu tarikh yang sama,pelbagai suka duka kita lalui.Sebagai hamba biasa lagi lemah hanya doa dan usaha saja senjata kita.Tiada yang lebih dari itu.Bagi MH370 saya masih mengharapkan masih ada 'keajaiban' berlaku walaupun tipis tapi tidak salah terus mengharap selagi tiada jawapan pasti.Sudah semetinya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...