Seperti kebiasaannya setiap tahun kami merancang untuk dua percutian....satu yang jauh sket dan satu lagi yang dekat-dekat je...Untuk tahun 2014 ini,jika bulan 5 haritu kami dah terbang ke negeri bawah bayu....minggu lepas pula kami selamat bercuti ke Ipoh..Plan asalnya nak bercuti di Genting Highlands dan Putrajaya,tetapi terpaksa dibatalkan sebab tarikh due saya semakin hampir...
Jadi dari Genting Highlands terus destinasi percutian bertukar ke Ipoh untuk ke Taman Tema Lost World of Tambun.2 malam 3 hari di Ipoh,pada pandangan saya Ipoh ok ok saja...tiada yang mengujakan sangat...tapi boleh laa...
Hari pertama sampai di Ipoh dalam jam 12 tengah hari terus check in di Downtown Hotel ...betul-betul berhadapan dengan Gerbang Malam dan tak jauh mana dari Ipoh Parade.Pemilihan hotel yang ok,dalam pusat bandar dan memudahkan pergerakan. Seperti biasa pemilihan hotel dan sbg nya suami yang memilih dan booking secara online.Setelah selesai berehat,solat,perut pon lapar,kami pon terus ke Restoran Nasi Ayam Fuziah,lepas makan jalan-jalan kawasan sekitar termasuk membeli belah di Ipoh Parade kt Parkson plak tu...mcmla kat Penang ni dah tak der mall sangat kan.....Balik hotel rehat lagi..cuma malamnya saya dan anak-anak tak keluar ke Gerbang Malam,iaitu tempat jualan yang dibuka dari jam 8.00malam .Hanya suami yang pergi tengok2 apa-apa yang best untuk dibeli.
Hari ke 2 di Ipoh...ini acara kemuncak kami ke Ipoh sebenarnya untuk mandi manda di Lost Of Tambun...jam 9.00 pagi kami dah sampai di pintu depan untuk beli tiket masuk..mungkin bukan hari minggu jadi tidaklah ramai sangat pengunjung dan cepat saja kami mendapatkan tiket.
Syukur sepanjang sehari kami di sana,cuaca amat elok sekali tidak hujan dan tidaklah panas terik,seronok ja semua mandi dan bermain dalam taman tema tersebut,,yang penting tujuan percutian adalah untuk bergembira dan rehatkan fikiran setelah asyik bekerja.Lunch kat situ okla rasanya walaupun agak mahal tapi agak berbaloi sbb sedap la juga...mungkin lapar setelah berendam lama dalam air...kami makan nasi Vangge,nasi yang dikatakan popular di Ipoh,Cendul,kopok lekor...lepas makan sambung semula mandi-mandi....
Setelah puas bermain air,kami terus bersiap untuk aktiviti seterusnya dalam taman tema tersebut iaitu tengok harimau diberi makan...selepas tu naik keretapi pusing-pusing rasanya kalau nak jalan keseluruhannya dah tak mampu...hehe..Jam 5.30 petang kami dah keluar dari taman tersebut.
Malamnya kami ke Gerbang Malam..dapat juga pergi ke sana walaupun anak-anak dah tido,dan kedai pon tak banyak lagi beroperasi sebab masih awal ...setelah membeli serba sedikit...terus balik ke bilik....letih sangat semuanya Zzzzzzzz awal malamtu.
Esok nya selepas bersarapan di hotel,kami bercadang utk pusing- pusing area Ipoh,lepas tu kami terus ke Taiping sebab nak ke Tasik dan beberapa tempat menarik di Taiping.Mulanya kami ke Aeon Taping baru je dibuka...makan-makan lama juga di situ.Itulah kami kalau ke mall memang lama...keluar je dari Aeon hujan yang sangat lebat....jadi program ke tasik terpaksa dibatalkan...dan kami terus ke Parit Buntar...berjalan-jalan di Kompleks Pasar Kemboja...ok juga setelah siap bershoping lebih kurang terus cari restoran utk mengisi perut.
Malam tu aktivi kami menziarah melawat rumah kawan suami...sampai di rumah dalam jam 11.00 malam...Menjadi kebiasaan keluar seawal manapun..sampai rumah tetap lewat mlm juga.Ok dulu cerita percutian dekat untuk tahun 2014...sebelum check in untuk melahirkan pula.hehe...tahun depan perancangan percutian tu dah ada in sya Allah ada rezeki sampaila kami.....
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...



No comments:
Post a Comment
Jika ada komen terima kasihla yer!!!!