Monday, March 9, 2015

Happy 2015

Alhamdulillah...syukur..berlalu sudah dua bulan kita di tahun 2015.Sudah lama saya tidak mengemaskini blog pelbagai peristiwa berlaku sejajar dengan peningkatan usia 33 tahun walaupun bulan 5 nanti baru genap 33.Tua dah rasanya.



Ok ..saya telah selamat melahirkan anak ke 4 pada 5 Januari lepas,nampaknya anak tahun baru juga nampaknya walaupun pada mulanya due 27.12.2014.Syukur segalanya dimudahkan segalanya dari mula nak bersalin,hingga selesai tempoh berpantang.Terima kasih lepada ahli keluarga dan rakan taulan yang mendoakan kesejahteraan saya.
Cepat sungguh masa berlalu..melalui hari-hari dengan tenang..walaupun lambakan tugas di pejabat, di rumah biasa2 saja ..tidak la sesibuk mana jika anak-anak dalam keadaan terkawal.hehe
Tidak terlalu merancang untuk melahirkan anak ke 4 di mana,tapi kali ni rezeki saya bersalin di Sungai Petani so jadi anak Kedah lah..nama? Nor Aboubakar Fud'zail.
Tempoh berpantang dihabiskan di rumah saya saja di Penang..lebih mudah dengan anak-anak yang lain,lagipon suami telah mula bekerja.
Menjalani tempoh berpantang seperti biasa,mengurut,bertungku selama 45 hari tu tak der la sangat rasa bosan.Bila time bekerja saya dan bayi saja di rumah.Anak-anak smua di nursery.
Minggu lepas saya sudah mula bekerja,bekerja seperti biasa,status jawatan masih juga sama...cuma ada pergerakan gaji di tahun 2015 setelah 7 tahun berkhidmat dengan jabatan ini.Alhamdulillah rezeki anak-anak.Semoga tahun 2015 terus membawa sinar yang lebih cemerlang bagi diri saya dan orang di sekeliling saya.



No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...