Tuesday, October 28, 2014

1436H

Assalammualaikum....salam sejahtera buat semua..salam Maal Hijrah 1436 walaupun sudah beberapa hari berlalu...semoga tahun baru ini terus membawa kita semua ke arah kebahagiaan dan kejayaan.Bagi saya tiada apa yang lebih baik dan penting dari kebahagiaan.Berbahagialah kita beri dan kongsilah kebahagiaan dengan org sekeliling kita selagi usia masih dipinjamkan.Bila kita berbahagia dengan apa yang kita miliki In Sya Allah segalanya dipermudahkan.
Sekejap saja sudah tahun baru semula..tidak kiralah tahun hijrah atau masihi..kesibukan harian membuatkan kita merasakan semuanya cepat saja berlalu.sehari berlalu berkuranglah sehari umur kita...apa yang perlu kita laluilah hidup kita seharian dengan sebaik mungkin.Saya masih cuba dan mencuba walaupun pelbagai halangan yang menghalang...itulah kita sebagai manusia selalu lalai dan alpa...siapa kita nak sempurna serba serbi.

Ok ok....entri kali ni tak adalah tujuan penceritaan yang khusus cuma peringatan bersempena tahun baru Hijrah.

Bersyukur dengan apa yang kita ada,itu yang di utamakan.setiap hari terus membaiki diri saya dengan nawaitu hanya pada yang satu.Semoga tahun baru ini kita semua terus diberkati olehNya.Penghijrahan hati dan diri kita ke tahap yang lebih baik dan terus Diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian dariNya.Amin......


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...