Tuesday, December 31, 2013

selamat datang 2014

Assalammualaikum,,,hello 2014 !!!amboih macam baru sangat menulis entri untuk tahun baru 2013,dah 2014 menjenggah.Segala suka duka,pahit manis sepanjang 2013ditinggalkan...Syukur,perancangan bagi tahun 2013 berjalan seperti yang direncanakan dengan izin Allah.

Cerita bab azam memang dah sinonim sangatlah dengan tahun baru...ok azam saya tahun lalu,yg lalu dan yang dah berlalu dengan lamanya  diteruskan lagi,yang mana kurang ditambah dan diperbaiki mana yang boleh.Yang lain lebih kurang saja,perbaiki diri hiasi peribadi. Tapi saya rasa tahun ni kelainan azam saya nak menggurangkan penggambilan gula.Bukan apa,bila usia bertambah keberangkalian untuk mendapatkan penyakit juga bertambah.So tak salahlah kiranya kita menggambil langkah berjaga-jaga.
Tahun 2014 saya kira cabarannya lebih besar,lagi meningkat usia,lagi terasa bahang cabarannya.Cabaran untuk diri sendiri,anak-anak,keluarga hingga ke negara harus direncanakan dengan sebaik mungkin.Kita perlu merancang walaupun sudah pasti perancangan yang terbaik hanya dariNya.Mengapa negara diambilkira dalam cabaran hidup saya????ermmm kos hidup semakin meningkat,harga keseluruhan barangan juga meningkat,pendek kata semuanya meningkat.Bukan saya kata k!!!

Cabaran dalam kerjaya juga tak kurang hebatnya,status kerja tidak penting,tetapi apa yang kita kerjakan itu yang penting sebagai tanggungjawab kita.Sudahla tahun 2014 ni saya tak mahu lagi terus menerus mengulangi perbuatan yang sama.Jadual tugasan yang baru amat menyenangkan dan menggembirakan.

Cerita mengenai sambutan tahun baru saya tidak pernah ke mana-mana tempat untuk menyambutnya,sambut ke tidak,ada bunga api atau tidak,selagi kita dipanjangkan usia,tahun baru akan menjenggah juga,begitulah seterusnya sehingga tahun yang baru tiba lagi.Semenjak tinggal di Pulau Pinang jika   berminat melihat percikan bunga api,tidak perlulah ke dataran sebabnya dari balkoni rumah juga nampak percikan kemeriahan dan warna warni bunga api.Berminit-minit lamanya.Megah dan mewah sungguh.

Masa di kampung dulu lagila,keadaan keluarga yang tiada transport dan jauh dari bandar mana mungkin saya dapat memeriahkan tahun baru.Jadi di usia yang ke 32 ni rasanya tak ada apa yang menarik tentang sambutan tahun baru.Tak rasa rugipun kalau tak sambut.

Kalau nak bercerita memang berjela lah panjangnya ,jadi cukuplah coretan untuk sambutan tahun baru 2014,semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya,selamat keluarga ,zuriat serta keturunan kita.Selamat semuanya,negara kita semakin maju tetapi penuh dengan keamanan.Itu yang paling penting. Aminnnnnn....

nak bercuti di mana ye tahun ni???


No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...