Tuesday, December 10, 2013

cuti kami. ...

Hai apa khabar semua..hari Ahad dn Isnin kami sekeluarga bercuti ke kota keriangan Genting Highlands....tidak mengambil masa yang lama untuk perbincangan,suami tanya saya "on" saja.memang keriangan sungguh,duit elek pon turun Banjaran Titiwangsa dgn kepuasan yang maksima kerana semuanya enjoy di sana..itu yang penting.



Cerita keseronokan dan keriangan di sana kalau nak dicatatkan ,nak diceritakan tidak akan sekali sama dengan apa yang kami lalui di sana...Pada saya selain keseronokan yang dicari tetapi saya lebih  lagi berminat cerita kejayaan dan kecermelangan individu yang bagi saya amat hebat,beliau adalah Tan Sri Dato Seri Lim Goh Tong,dari orang biasa,hanya tukang kayu dan lagi hebat bukan asalnya dari Malaysia,tetapi sangat berjaya dalam meletakkan nama di dalam dunia perniagaan yang pelbagai.

Begitu jauh pandangan dan tahap pemikiran luar kotak beliau.Bagaimana cara beliau mendapatkan tempat tersebut,pelbagai versi cerita yang saya dengar dan baca tetapi bagi saya itu cerita dan kisah lama,kesalahan atau keculasan datok nenek moyang kita....itu pun mugkin juga...yang penting sekarang Genting Highlands sangat menarik,dan berbeza tidak seperti tempat percutian yang lain saya kira.Dari segi sejuk aslinya,udara yang segar,bersih,segala kemudahan lengkap dan bersih ,bagi saya tiada komen negatif dari saya untuk Genting Highlands.Tak pernah saya pergi ke sesuatu tempat tanpa diiringi dengan komen negatif bila balik dari bercuti.Tapi kalini semua positif,A+,hehe.Agak berbeza dengan Cameron Highlands ,mungkin di sana banyak kawasan pertanian menyebabkan banyak kawasan hutan dah digondolkan,cuaca pon dah tak sejuk,kebersihan pon tak la sangat terjaga.Faktor penempatan membuatkan kawasan CH sukar dikawal.ok ok itu cerita tempat lain.melalut pula saya.Berbalik pada cerita GH ,Walaupun dari bangsa dan agama yang berbeza tetapi cerita kejayaan tidak salah jika kita ambik iktibar....

Setiap kali ke sana,kami akan ke geleria untuk menyuntik semangat,supaya kembali berusaha,kalau tidak boleh menjadi seperti beliau sekurang-kurangnya kita boleh berusaha mencipta kejayaan mengikut acuan kita sendiri...

Tapi sekarang "outdoor" ditutup selama 3 tahun untuk proses pembinaan 20th Century,mungkin dah siap sepenuhnya nanti In Sya Allah kami akan kesana lagi...kali ni sesuai dgn usia anak-anak mereka sungguh enjoy dalam "indoor theme park"dapat gelang sorang satu mainla sampai jam 12 mlm.Abisje main,terus beratur semula...bijak!

Ok itu saja coretan percutian saya sekeluarga buat kali ini,masa yang ada di puncak sana digunakan dan diatur sebaik mungkin,dan syukur berjalan seperti yang diharapkan......






p.s tahun depan ada rezeki kita jalan-jalan lagi....

No comments:

Post a Comment

Jika ada komen terima kasihla yer!!!!

Ulangtahun ke18

 Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...