Haiiiiii,dah lama tak menulis...banyak cerita,banyak perkara penting yang berlaku tetapi kekangan masa menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas.....Tapi yang sempat tu saya story mory k..
Dalam banyak-banyak perkara dan peritiwa yang berlaku,saya akan kongsi 2 cerita,yang pertamanya percutian ke Thailand (Phuket/Krabi) dan sambutan Hari Lahir anak ke tiga saya ..Nor 'Abdurrahman Faqih.....tapi entri birthday Faqih,nantila dulu....
Orang kata jauh berjalan,luas permadangan...betul.Begitulah saya dan suami,kesempatan dan peluang yang ada kami suka berjalan-berjalan,melihat cara dan tempat orang,lain padang,lain belalang kan.So dari situ kita boleh mempelajari pelbagai perkara selain merehatkan minda,yelahkan setiap hari bekerja sahaja,balik malam menguruskan rumah tangga,so sekali sekala perlu juga kita hiburkan hati,betul tak????
Percutian tahun ke 5 kami,agak jauh sedikit langkah kami...sikit-sikit kan,kalau sebelumni kami hanya pusing-pusing Semenanjung dan Borneo,kalini kami melancong ke Thailand...Wauuuuuu bestnya bila dapat tahu itu destinasi percutian yang agak boooom selama tempoh 5 tahun..(bg.kami sekeluarga laaa)Walaupun kami melancong bersama rakan-rakan sekerja (guru sekolah) tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar.Rombongan keluarga besar tersebut amat berjaya. *terima kasih pada pihak penganjur*
Kami bertolak pada petang Jumaat 1.11.2013 menggunakan khidmat bas dan pemandu pelancong dari Suria Indah..Perjalanan yang bermula jam lebih kurang 5.00 petang ok segalanya..Sampai di border Bukit Kayu Hitam dalam lepas Maghrib sebab jalan keluar dari pulau agak sesak..perkara biasalah bila hari Jumaat..JEM
Bila proses cop passport dah selesai,perjalanan diteruskan tapi tak jauh dari sempadan ...kami berhenti dulu untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.Ini kali pertama saya masuk Thailand melalui Bukit Kayu Hitam,kalau sebelumni saya masuk Thailand melalui Padang Besar,yelah dah memang orang Padang Besar,tapi terkejut jugalah dekat je Pekan Danok dengan sempadan kita.Tak macam Padang Besar..pekan kecil yang dikenali sebagai "Pekan Siam" perlu menggambil masa dalam 15 minit dari sempadan.Tapi tak perla,itulah orang kata kena berjalan-jalan baru tau kan???Ok selepas makan dan serba serbi selesai,kami bergerak semula.Tapi pekan Danok amat meriah pada malamnya....dalam kepala otak saya macam-macam berfikir....ermmm ok biarla mereka dengan aktiviti mereka.Tak faham????tak per tak penting pon..hehehe
Perjalanan diteruskan,belum lagi sembahyang Maghrib,xperla musafir la katakan niat saja untuk buat Jamak...tertido semuanya.Terjaga dalam jam 1 pagi bas berhenti di suatu kawasan perkampungan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.Lain benar perkarangan masjid mereka dengan kita.Kalau masjid di Malaysia semuanya indah-indah belaka, bermarmar kalau boleh keseluruhannya,tetapi tidak di masjid sana,keadaan masjid ok tetapi tidak lah seperti tempat kita.Kesian penduduk minoriti Islam di sana.Selepas solat semuanya selesai,kami menuruskan perjalanan,entahlah berapa jam lagi tapi memang jauhla.Terjaga semula dalam jam 5 lebih berhenti untuk solat Subuh di Masjid Krabi.masjid besar dan cantik dilengkapi bilik mandi.rasanya itulah masjid terbesar di kawasan tersebut.mandi dan solat di situ.Syukur semalam dalam bas anak saya ketiga-tiga orangnya tidak buat perangai,dan anak-anak kawan-kawan yang lain pon ok,macam dah 'di program' budak-budak tu semua...hehehhe
Perjalanan diteruskan lagi dalam jam 8 pagi,tetapi masa Malaysia dan Thailand lambat satu jam,kiranya jam Thai baru pukul 7 pagi.Tak jauh dari masjid,kami berhenti bersarapan,makanan ok lah lebih kurang kita. Setalah selesai makan kami meneruskan perjalanan yang menggambil masa lebih kurang 3 jam juga.Sebab kami bergerak ke Phuket dulu,sepanjang perjalanan terpandang akan wayar elektrik yang berselirat tidak seperti Malaysia ianya jauh lebih kemas.Tetapi yang bagusnya tak derla kot orang berani nak curi kabel elektrik kat sana.Mungkin itu salah satu faktor wayar-wayar berselirat macamtu.
Destinasi pertama kami Pulau Phang Nga,naik bot untuk menyusuri lautan.Sepanjang perjalanan melalui Pulau James Bond dan lain-lain pulau (saya lupa nama)hheheh.Sangat cantik itu saja yang mampu diucapkan.
Hampir 1 jam lebih dalam perjalanan menaiki bot kami berhenti makan di sebuah perkampungan Khoo Phan Yee,tak sangka dalam perjalanan menyusuri lautan yang luas ada perkampungan penduduk Islam di situ,perkampungan kecil dilengkapi masjid,sekolah dan kemudahan yang lain.Kami makan tengah hari di salah sebuah restoran di situ,makanan laut yang sangat fresh,sedap dan lengkap.Makan di situ adalah termasuk dalam pakej Suria Indah.Uishhhh memang berbaloila makan di restoran terapung.
Selepas menjamu selera,bersyoping lebih kurang,ha lupa nak cerita perkampungan tu ada tempat membeli belah,kiranya sama membeli sama kita menderma la kat penduduk Islam di sana.Membeli belah perkara utama dalam setiap percutian kami..tapi sikit-sikitla tukar duit pun beberapa ribu bath saja.Ok perjalanan diteruskan tapi nampak semua dah lemah la sbb perut dan kenyang,letih pon ye,sebab semalaman tidur dalam bas,mandi pon lebih kurang....tapi lepas semuanya selamat dalam perjalanan panjang dalam bot,naik bas semula terus ke bandar Phuket tempat jualan buah gajus,saya memang tak gemarkan sangat,harga agak mahal la...Kalau ikut dalam jadual Pulau Pathong adalah next destinasi kami...tapi memandangkan semuanya dah xmampu lagi sebab kebanyakan ada anak-anak kecil,mereka menolak untuk ke sana,walaupun saya dan suami heheh masih gagah lagi nak ke sana,,,,tak perlah dah nama pun ikut group kami akur saja.Elok juga balik ke bilik hotel mandi-manda segarkan badan semula,sebelum melelapkan mata.Oooooo lupa pula cerita,sebelum check in kami makan malam dulu,makan malam tersebut juga termasuk dalam pakej,makanan????memang tip top,kalau 10 bintang boleh bagi 9 atau mengahmpiri 10.tetapi itulah anak-anak memang dah tidur,suami riba anak kedua,Syifa?tidur di kerusi,faqih di baby seat. Syukur boleh juga la menikmati hidangan malam.
Hari esoknya macam biasa selepas membuat persiapan awal,berkumpul dan bertolak ke restoran untuk mencari kedai sarapan pagi,sepanjang trip sarapan pagi adalah ditanggung sendiri bukan dalam pakej,tapi oklah lepas sarapan dan meneruskan perjalanan ke Krabi hampir 4 jam perjalanan, berhenti solat Zohor dan makan tengah hari...sedap.Anak-anak ok,amat ok,kawan- kawan memuji kami menguruskan anak-anak dengan mudah...Mereka tengok mudah,tapi saya dan suami depa xtau penat oiiiiiii,anak-anak pon padai berlakon dan menbawakan watak masing-masing di depan orang........tetapi terima kasihla pada kawan--kawan yang tolong-tolong tengokkan anak kami,maklumlah dalam group tersebuat kami sajalah anak 3 dan kecil-kecil lagi,dan Faqih adalah peserta termuda.......beri tepukan sket...
Part ni yang best ni,nak naik bot lagi meyusuri lautan yang indah,sekali lagi dalam fikiran saya,besar dan indahnya ciptaanNya,terasa diri begitu kerdil sebagai hambaNya.Memangla cantik tak dapat digambarkan,kena rasainya sendiri.Snorkeling, dan mandi laut aktiviti wajib la.....Faqih paling suka,Syifa tak sukakan aktiviti luar,Fur'qan ok ok saja.
Selepas berpusing-pusing pulau,jam 7 macamtu kami mendarat semula,badan memang dah letih,tetapi tak terus check in,sbb alasannya kalau dah Check in confirm masing-masing dah malas nak keluar dinner kan,so terus dinner dulu then baru balik hotel.Makan malam tu adalah dalam pakej Stemboat,ermmmm sekali lagi memang boleh bagi bintang-bintang la servis dan makanan yang disediakan.
Balik hotel macam biasa,urus diri,tapi malam tu ada pasar malam,,,tapi anak-anak memang dah all out siangnya membuatkan mereka nak tidor awal,so lagi sekali saya dan suami terpaksa akur bukan rezeki kami untuk melawat pasar malam...xperlah lain kali ada rezeki boleh pergi lagi kan..
Esoknya macam biasa berkumpul,sarapan dan kami meneruskan perjalanan membeli cenderahati dari Krabi,saya biasa-biasa saja membeli ala kadar,untuk kawan- kawan dan saudara mara.Selepas itu kami bergerak balik ke Malaysia.
Begitulah serba sedikit cerita rentetan perjalanan percutian kami,ada lagi tempat-tempat yang kami pergi tetapi tidak diceritakan di sini,biarlah ianya menjadi memori dalam diri kami.Begitu banyak dan indah sungguh percutian kami bersama ahli rombongan yang lain.Selain melihat-lihat tempat orang,saya merasakan rakan-rakan sebagai sebuah keluarga besar,tolong-menolong menjaga anak kawan-kawan,tidak berkira dan sama -sama pandai menjaga waktu agar rancangan yang diatur dapat berjalan seperti yang dirancang.Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.Sekali lagi tahniah buat rakan-rakan dan pasangan masing-masing.Tahniah juga buat anak-anak kecil yang tidak meragam sepanjang dalam perjalanan.Terima kasih juga kepada pemandu pelancong yang best dan boleh bagi bintang-bintang juga (En.Nasuha) dan pemandu pelancong yang memandu dengan penuh berhemah.Hujan emas negeri orang,seronok lagi negeri kita,begitulah bagi saya yang tidak pernah melancong negara jauh,tetapi dengan pengalaman yang sedikit itulah saya merasakan amat bersyukur kita berada di negara Malaysia.Malaysia adalah yang terbaik sebab tu saya pilih Malaysia (amboih sempat lagi berkempen)Harapnya lepasni kami akan membuat percutian di luar negara lagi,jika ada rezeki lebih apa salahnya.
Tahun depan In Sya Allah kami sekeluarga akan ke Kota Kinabalu,Sabah menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2014.Tapi penutup tahun 2013 In sya Allah kami akan ke Genting Highlands.Bawa anak-anak main-main.Tempat macam tu Syifa' suka heheheh. Sekian.....sebuah percutian yang penuh warna- warni.........
P.S Selalu berdoa dapat mengejarkan umrah bersama........
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa saja akan pecah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulangtahun ke18
Assalammualaikum, kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku sepanjang kehidupan kita.Kehidupan yang dilalui dengan rasa tenang, bahag...
-
Assalammualaikum semua....berbaki beberapa hari lagi bagi tahun 2025...salah satu tahun yang beratnya kepada kesedihan, penyesalan, banyak ...
-
Assalammualaikum...akhir-akhir tahun 2025 percutian yang tidakla dirancang sangat tapi Alhamdulilah ,Allah mudahkan segalanya.Sebab sisa c...
-
Assalammualaikum tanggal 21 Januari 2026 10 malam...tidak pernah sangka itula detik akhir pertemuan kami di dunia ini.. Selama hampir 6445 ...
Pantai Patong BUKAN Pulau Patong
ReplyDeleteTq betulkan,yelah rugi x p pantai yg kena thunami....yg nama tempat len tu hope betulla...heheh
Delete